Tiket Masuk Ke Zoo Negara


Bila kali terakhir, anda menjejakkan kaki ke Zoo Negara? 
 
Soalan ini, kalau ditanyakan kepada mereka yang masih single, mungkin dia akan kata kali terakhir dia masuk Zoo Negara adalah masa zaman sekolah dulu.
 
Tapi, kalau soalan yang sama, ditanyakan kepada mereka yang dah berkeluarga, mungkin jawapannya adalah bulan lepas, atau minggu lepas, atau mungkin tahun lepas.
 
Mereka yang dah berkeluarga dan ada anak-anak kecil ini, tak pelik kalau mereka akan berkunjung ke Zoo Negara berulang-ulang kali. Kalau bukan berkunjung ke zoo negara sekalipun, mungkin mereka akan pergi ke tempat-tempat yang lebih kurang sama, seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya, Wild Life Park dan sebagainya.
 
Asalkan dekat tempat tersebut ada pameran haiwan, atau mini zoo, anak-anak pasti suka.
 
Harga tiket masuk ke Zoo Negara Malaysia Maklumat harga tiket masuk ke Zoo Negara ni saya perolehi dari laman web rasmi mereka iaitu di www.zoonegaramalaysia.my

Kadar bayaran masuk ke Zoo Negara ini ada perbezaan antara warganegara Malaysia dengan yang bukan warganegara.

Warganegara Malaysia Dewasa (13 – 59 tahun)
RM45
 
Kanak-kanak (3 – 12 tahun)
RM18
 
Warga emas (60 tahun dan keatas)
RM23
 
Bukan warganegara Malaysia Dewasa (13 – 59 tahun)
RM50
 
Kanak-kanak (3 – 12 tahun)
RM25
 
Warga emas (60 tahun dan keatas)
RM50
 
Pelajar boleh dapat harga tiket yang lebih rendah, dengan syarat ada surat rasmi dari sekolah dan pelajar beruniform.
RM13
 
Guru pengiring untuk 2 orang
RM17
Tertakluk kepada jumlah keseluruhan pelajar yang ikuti lawatan tersebut seramai 10 orang.
 
Harga tiket masuk ke Zoo Negara Mahal? Soal harga ini, memang ianya agak subjektif. Lagipun, bagaimana kita boleh tentukan sama ada sesuatu harga itu mahal ataupun murah?
Lebih-lebih lagi untuk suatu produk dalam kategori “pengalaman” atau experience.
 
Sebagai pelanggan, kita bukan sekadar membeli sekeping tiket, sebaliknya kita sebenarnya membeli suatu pengalaman untuk menyaksikan pelbagai spesies haiwan-haiwan dengan lebih dekat.
 
Saya masih ingat lagi, kali pertama saya masuk ke Zoo Negara adalah pada sekitar tahun 1998. Pada masa tersebut, saya masih bersekolah rendah.
 
Kemudian selepas lebih kurang 20 tahun selepas itu, barulah saya datang semula melawat Zoo Negara. Itupun sebab ada aktiviti membawa pelajar sekolah dalam kategori miskin. Kalau bukan sebab ada program disana, saya mungkin tak akan jejakkan kaki lagi ke tempat itu.
 
Sekarang ini, bila dah ada keluarga sendiri, saya dapati Zoo Negara ini adalah salah satu tempat yang bagus untuk kita bawa anak-anak pergi berjalan-jalan.
 
Kalau saya tanya pada anak saya, “Sophea nak pergi zoo?”
Belum sempat soalan tu saya habiskan, dengan pantas dia akan jawab “NAK!”
 
Tapi bila kira kos yang perlu dikeluarkan ini, buat saya berkira-kira sendiri.
Kalau 2 tiket dewasa dah RM90
1 tiket untuk kanak-kanak RM18
Jumlah perlu bayar untuk tiket masuk RM108.
 
Itu belum kita ambil kira kos-kos lain, misalnya petrol, tol, beli makanan, cenderahati dan sebagainya.
Saya rasa, untuk ke Zoo Negara ini kosnya boleh mencecah sehingga RM200 dan keatas untuk keluarga saya.
 
Ini saya cerita berdasarkan kepada situasi saya sendiri.
Kalau ada persamaan dengan keluarga orang lain, saya anggap ianya sekadar kebetulan.
 
Bila kita dah tahu, duit yang perlu ada dalam dompet kita, kalau nak pergi melawat Zoo Negara ini, at least kena ada RM200 maka bermulalah fasa untuk kita membuat keputusan dan mempertimbangkan segala pilihan yang ada.
 
Wajarkah untuk belanjakan RM200 untuk beberapa jam di Zoo Negara?
Berbaloi atau tidak, untuk sediakan bajet sebanyak RM200 untuk aktiviti melawat zoo negara setiap bulan?
 
By the way, ada ke orang yang melawat zoo negara setiap bulan?
Hmm kalau soalan yang sama, ditanyakan pada anak saya, saya rasa kalau hari-hari masuk zoo pun dia sanggup.
 
Sebagai pelanggan, sudah tentu saya suka kalau bayaran tiket masuk ke Zoo Negara ini dapat dikurangkan ataupun setidak-tidaknya, lebih murah dari harga yang sekarang ini.
 
Namun saya juga faham, disebalik harga yang kita (pelanggan) perlu bayar ini, ada kos-kos tertentu yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan zoo, bagi memastikan operasi mereka dapat berjalan dengan lancar.
 
Kos operasi bagi sebuah zoo Kos untuk menjalankan operasi sebuah zoo adalah berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor. Antaranya adalah seperti
1. Saiz zoo
Lazimnya zoo yang lebih luas mempunyai bilangan haiwan yang lebih banyak berbanding zoo yang bersaiz agak kecil.
 
2. Bilangan haiwan yang dipamerkan di zoo tersebut
Setiap haiwan yang dipamerkan mempunyai keperluan yang berbeza, dan kos untuk memastikan setiap haiwan yang berada di zoo berada dalam keadaan kesihatan yang terbaik juga berbeza-beza.
 
3. Lokasi zoo tersebut
Boleh jadi tanah yang digunakan untuk dijadikan zoo bukanlah tanah hak milik sendiri sebaliknya adalah tanah sewa. Jika zoo dibuka dilokasi yang banyak penduduk, dan lokasi yang cukup strategik, kos untuk sewa boleh jadi lebih mahal.
 
4. Tahap perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak zoo kepada pengunjung
Setiap zoo yang berbeza menawarkan perkhidmatan dan pengalaman kunjungan yang berbeza-beza juga.
 
Ada zoo yang menganjurkan acara persembahan haiwan, aktiviti interaksi bersama dengan haiwan, sesi tayangan video dan sebagainya. Kalau anda biasa masuk zoo yang berbeza, saya pasti anda juga dapat lihat kepelbagaian perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengurusan zoo yang berbeza.

Kalau anda berkunjung ke Wild Life Park di Pulau Langkawi, anda berpeluang untuk lalui pengalaman beri makan kepada burung-burung yang comel. Burung-burung ini akan hinggap ditapak tangan dan akan makan makanan yang disediakan.
 
5. Kos untuk penjagaan haiwan
Kos untuk penjagaan haiwan ini meliputi kos untuk makanan, kos penjagaan kesihatan, rawatan, tempat tinggal dan sebagainya.
 
6. Kos untuk gaji pekerja
Siapa yang akan menjaga para haiwan yang dipamerkan di zoo kalau bukan pekerja?
 
7. Kos penyelenggaraan
Setiap kemudahan, fasiiliti, sangkar dan sebagainya yang terdapat di zoo perlu diselenggarakan dari semasa ke semasa, bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik.
 
Sangkar perlu selalu dibersihkan bagi mengelakkan haiwan jatuh sakit kerana sangkar terlalu kotor dan banyak najis.
 
8. Kos utiliti
Kos untuk penggunaan elektrik dan juga air bersih juga perlu diambil kira. Ada zoo yang turut mempamerkan haiwan dari iklim sejuk seperti penguin dan juga panda. Haiwan seperti ini perlukan penghawa dingin dipasang setiap masa.
 
9. Insurans
Operasi sebuah zoo pastinya memerlukan mereka untuk menginsuranskan perniagaan yang mereka jalankan. Saya dapat rasakan, kos premium yang perlu dibayar pastinya agak tinggi.
 
10. Permit
Pengendali zoo biasanya perlu mempunyai pelbagai permit sebelum dibenarkan untuk mengendalikan sesebuah zoo.
 
11. Pemasaran dan pengiklanan
Aktiviti pemasaran dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan pengunjung terus datang.
 
12. Aktiviti penyelidikan dan pemuliharaan
Aktiviti berbentuk kajian dan penyelidikan ini adalah antara aktiviti yang perlu untuk dijalankan, bagi mendapatkan maklumat yang lebih baik mengenai pelbagai spesies haiwan-haiwan yang terdapat dalam jagaan pihak zoo.
 
Mereka perlu tahu, apakah diet, penyakit, keperluan dan segala-galanya mengenai haiwan tersebut. Maklumat seperti ini bukannya semua boleh di google. Ada maklumat yang hanya boleh diperolehi melalui aktiviti penyelidikan sahaja.
 
Kalaulah kita sebagai pelanggan mempunyai kesedaran, betapa kos untuk memastikan sebuah zoo dapat beroperasi dengan baik itu sangat mahal, mungkin kita tak akan jadi pelanggan yang banyak komplen, seperti saya.
 
Tapi disatu sisi lagi, bagaimana pihak pengurusan zoo akan dapat mengutip keuntungan menerusi jualan tiket, kalau pengunjung merasakan harga tiket terlalu mahal dan mereka memilih untuk tak masuk ke zoo.
 
Mana lebih baik, dapat kutip sikit atau langsung tak dapat?
 
Saya terfikir, kan bagus kalau harga tiket masuk ke Zoo Negara ini boleh dapat dengan harga yang lebih murah… Maybe lepas ini saya boleh jadikan aktiviti melawat Zoo Negara ini sebagai acara bulanan untuk keluarga saya.
 
Bagi warga yang prihatin terhadap kebajikan haiwan-haiwan di zoo, yang ingin menyumbang untuk makanan, rawatan, kos penjagaan dan sebagainya, sebenarnya pihak zoo ada menjalankan program adoption.

Anda boleh adopt harimau bernama Kayla ini melalui pautan ini.
 
Sumbangan sebanyak RM25 dan anda akan menerima e-certificate sebagai tanda anda telahpun adopt harimau ini.
 
Promosi yang dijalankan oleh pihak Zoo Negara Sekitar bulan Februari 2023, saya ada datang berkunjung ke zoo negara.
 
Waktu tu, saya perasan ada beberapa orang pengunjung yang masuk ke Zoo Negara dengan membawa joran bersama mereka. Saya jadi pelik… Eh boleh ke memancing dekat dalam zoo negara?
 
Masa ni saya belum tahu lagi yang rupa-rupanya, pengunjung memang boleh memancing di dalam Zoo Negara.

Kalau nak masuk ke Zoo Negara dan nak pancing ikan, bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM40 seorang. Setiap orang hanya dibenarkan bawa masuk sebatang joran sahaja.
 
Kemudian ada lagi syarat-syarat lain, antaranya mereka yang masuk sebab nak memancing hanya dibenarkan untuk berada dilokasi memancing sahaja. Tak dibenarkan untuk bersiar-siar dalam kawasan zoo.
 
Dari semasa ke semasa, pihak zoo sebenarnya ada mengadakan promosi tertentu, biasanya dalam bentuk pengurangan harga, bagi memastikan pengunjung dapat menikmati harga terbaik untuk mendapatkan tiket masuk ke zoo negara.
 
Promosi seperti ini biasanya dijalankan dalam satu tempoh masa yang terhad dan ianya juga tertakluk pada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan zoo itu sendiri.
 
Macam biasalah, saya ni kalau boleh mesti nak cuba dapatkan tiket dengan harga yang lebih murah.
 
Saya dapati ada dua tempat yang saya boleh dapatkan harga yang lebih murah.
Pertama, dari laman web Lazada.

Pada waktu carian ini saya lakukan, harga paling rendah yang saya jumpa di Lazada untuk tiket masuk ke zoo negara ini adalah berharga RM36.90
 
Kanak-kanak boleh dapat dengan harga RM14.90
 
Manakala warga emas RM20.90
 
Anda boleh gunakan pautan ini untuk ke platform Lazada.
 
Kedua, dari laman web Shopee. 
Dekat platform Shopee ini pun ada beberapa penjual yang menawarkan harga tiket masuk ke zoo negara dengan harga yang lebih murah berbanding di laman web rasmi zoo negara.

Saya jumpa harga paling rendah di Shopee adalah RM37.90 untuk dewasa.
 
Kanak-kanak RM14.60
 
Warga emas RM20.80
Anda boleh gunakan pautan ini untuk ke platform Shopee.
 
Bagaimana platform seperti Lazada dan Shopee ini boleh ada seller yang menjual tiket masuk ke zoo dengan harga lebih murah berbanding laman web rasmi Zoo Negara?
Sebelum saya menulis dengan panjang lebar lagi, biarlah saya buat penafian terlebih dahulu.
 
Saya sebenarnya tak mempunyai jawapan yang tepat.
Walaubagaimanapun, setelah saya memerhati dan meneliti konsep perniagaan yang dijalankan, saya boleh membayangkan beberapa kemungkinan, kenapa perkara seumpama ini boleh terjadi.
 
Terdapat beberapa sebab kenapa seller di platform marketplace ini mampu untuk menawarkan harga yang lebih rendah. Antaranya
(1) Mereka membeli tiket dalam kuantiti yang besar
Konsepnya sama seperti beli dengan harga borong, kemudian jual semula secara runcit.
 
(2) Mereka mengambil komisen kurang daripada yang sepatutnya
Para ejen ini boleh je jual dengan harga yang sama, seperti yang ditawarkan oleh pihak zoo untuk jualan tiket. Kita andaikan, kalau dia jual harga yang sama, ejen akan dapat peratus keuntungan sebanyak 30%.
 
Tapi disebabkan ejen ini nak jual lebih banyak tiket, jadi dia jual dengan harga yang lebih rendah. Bila jual dengan harga yang lebih rendah ini, kesannya ialah peratus komisen yang bakal dia terima adalah lebih rendah.
 
Contohnya, dia boleh raih komisen sebanyak 30% tapi disebabkan dia memilih untuk jual dengan harga yang lebih rendah, maka komisen yang tinggal adalah sebanyak 15% sahaja.
 
Oleh itu, ejen perlu jual lebih banyak tiket untuk menampung pengurangan peratus komisen yang sepatutnya dia perolehi tadi.
 
Tapi.. tak rugi ke kalau ejen ambil peratus keuntungan yang rendah?
Besar kemungkinan, jawapannya adalah tak rugi.
 
Para ejen ini tak perlu menanggung kos operasi yang besar, seperti mana pihak pengurusan zoo perlu tanggung. Ejen itu juga mungkin adalah orang perseorangan dan beroperasi hanya dari rumah. Ini bukanlah isu besar kalau perlu jual harga lebih rendah dan ambil komisen yang lebih kecil.
 
(3) Harga yang ditawarkan adalah harga promosi
Harga promosi ini selalunya hanya sah untuk masa terhad sahaja. Kalau kita tak beli pada hari yang sama, ada kemungkinan harga tersebut akan berubah kepada satu harga yang lebih mahal.
 
Matlamat mereka adalah supaya lebih ramai orang dapat masuk ke zoo.
 
Langkah keselamatan sebelum beli tiket murah Zoo Negara Sekiranya anda pergi ke platform Shopee ataupun Lazada, anda mungkin akan temui banyak penjual yang menjual tiket masuk ke Zoo Negara dengan harga yang murah.
 
Sebelum anda terus memilih seller yang berikan harga paling rendah, saya kira ada baiknya saya kongsikan juga beberapa tips sebagai langkah keselamatan.
 
Pertama, pastikan anda baca review dari pelanggan terdahulu.
Kita nak lihat, adakah terdapat sebarang review negatif dari pelanggan terdahulu, dan jika ada, cuba lihat apakah isu yang menyebabkan pelanggan tersebut memberikan review negatif.
 
Kedua, pastikan berapa lama tempoh sah laku tiket tersebut.
Setiap tiket yang anda bakal beli itu, ada tempoh validity. Anda perlu tahu, adakah tiket tersebut sah untuk 3 bulan, 6 bulan atau sehingga sepanjang tahun?
 
Hal ini anda boleh tanya dulu dengan penjual sebelum terus buat tempahan.
 
Ketiga, beli dari seller yang dah banyak jual tiket
Poin ini bukanlah untuk bertujuan untuk menutup periuk nasi mana-mana pihak ataupun ingin memboikot seller yang masih baru. Namun, saya perlu highlight poin ini sebagai langkah keselamatan.
 
Jika anda pilih seller yang baru, yang belum pernah ada rekod jualan, anda sebenarnya mengambil risiko dan berkemungkinan akan berdepan dengan masalah dengan tempahan anda. Ada kemungkinan untuk ada masalah, tapi tak semestinya mesti akan bermasalah.
 
In Shaa Allah, dalam masa terdekat saya dan famili pasti akan berkunjung sekali lagi ke Zoo Negara.
 
 
The post Tiket masuk ke Zoo Negara appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/tiket-masuk-zoo-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mendag Musnahkan 730 Bal Barang Bekas Rugikan Negara Rp10 Miliar

Mendag Musnahkan 730 Bal Barang Bekas Rugikan Negara Rp10 Miliar

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 264 hits
Kami melakukan pemusnahan sebanyak 730 bal pakaian alas kaki dan tas bekas dengan nilai mencapai Rp10 miliar Hal ini merupakan tindak lanjut pengawasan terhadap perdagangan dan impor pakaian bekas yang kami lakukan secara berkelanjutan ujar...
Perumahan Isu Sensitif Kenapa Nak Dedah Kepada Negara Lain Shahidan

Perumahan Isu Sensitif Kenapa Nak Dedah Kepada Negara Lain Shahidan

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 247 hits
Ahli Parlimen Perikatan Nasional Arau Datuk Seri Shahidan Kassim terus mempersoalkan sebab Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mahu membawa masuk pakar asing bagi menyelesaikan isu perumahan Malaysia 117SharesTindakan mente...
Apa Peranan Anda Jika Benar Anda Mahukan Malaysia Jadi Sebuah Negara Yang Adil Dan Baraqah

Apa Peranan Anda Jika Benar Anda Mahukan Malaysia Jadi Sebuah Negara Yang Adil Dan Baraqah

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 300 hits
BERSEDIAKAH KITA BERDEPAN DENGAN BALASAN ALLAH JIKA KITA MASIH MEMILIH UNTUK PEJAMKAN MATA PEKAKKAN TELINGA MEMBISU LIDAH TATKALA MELIHAT KETIDAKADILAN BERLEGAR DI DEPAN KITA Aku tidak tahu kenapa kita hanya melihat dan membiarkan Najib Raz...
Hutang Negara Rm1 2 Trilion Kerajaan Pembangkang Perlu Lawan Rasuah

Hutang Negara Rm1 2 Trilion Kerajaan Pembangkang Perlu Lawan Rasuah

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 117 hits
Penyelewengan dan rasuah tidak perlu dianggap sebagai urusan mencari derma politik atau untuk melancarkan urusan perniagaan kerana hutang negara telah pun membengkak kepada RM1 2 trilion Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata...
Selawat Dan Munajat Untuk Kesejahteraan Negara Malam Tadi Di Kl Cheras Bersama Pmx

Selawat Dan Munajat Untuk Kesejahteraan Negara Malam Tadi Di Kl Cheras Bersama Pmx

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 108 hits
Barangsiapa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW nescaya Allah berselawat ke atasnya Di kala ada pihak yang semakin giat usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan ini hanya kerana mahu melindungi kebobrokan pemimpin mereka yang terpalit de...
Isu Kamal Adli Sebuah Negara Kononnya Bangga Sangat Singapura Aman

Isu Kamal Adli Sebuah Negara Kononnya Bangga Sangat Singapura Aman

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 286 hits
Rakyat malaysia yang berotak kiri kononnya bangga dengan singapura Kononnya tempat paling aman selamat Rakyat hidup senang lenang Petikan cerita Pasukan Polis Singapura telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive di mana suspek dida...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa