Tiga Suspek Pencemaran Kimia Sungai Kim Kim Didakwa


tyrazalhe Mahkamah tetapkan sebutan semula kes pada 30 April ini
JOHOR BAHRU – Seorang pemandu lori dan dua pengarah sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melupuskan buangan terjadual iaitu buangan minyak atau enap cemar berminyak ke Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 7 Mac lalu.
Tertuduh N.Maridass, 35, Wang Jing Chao, 34, dan Yap Yoke Liang, 36, kesemuanya lelaki, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Maridass yang berkhidmat sebagai pemandu lori di syarikat pemprosesan tayar terpakai, didakwa melupuskan buangan terjadual tersebut ke dalam Sungai Kim Kim dengan menggunakan lori jenis Mitsubishi dan semi trailer tangki sawit.
Pelupusan dilakukan tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.
Wang dan Yap pula yang masing-masing merupakan pengarah syarikat tersebut didakwa bersuhabat dengan Maridass untuk melupuskan barangan terjadual itu ke dalam Sungai Kim Kim menggunakan kenderaan terbabit.
Ketiga-tiga perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan tapak projek pelebaran jambatan Sungai Kim Kim antara pukul 12.01 tengah malam hingga 1 pagi, 7 Mac lalu.
Maridass didakwa mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 34 B(4) Akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM500,000.
Wang dan Yap didakwa mengikut Seksyen 34B (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dibaca bersama dengan Seksyen 42 Akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34 B(4) yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM500,000.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asyraff Md Kamal manakala Maridass diwakili peguam Ratakrishna, Wang dan Yap Yoke Liang pula diwakili peguam G.Subramaniar Nair.
Dalam pada itu, Muhammad Asyraff meminta mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kesemua tertuduh memandangkan kesalahan tersebut adalah berat dan serius selain menjadi perhatian umum kerana membabitkan kesihatan ribuan masyarakat di kawasan tersebut.
Selain itu, beliau mengambil kira kemungkinan suspek melarikan diri.
Namun dalam rayuan mereka, kesemua tertuduh menerusi peguam masing-masing, memohon mahkamah supaya meringankan jaminan dengan alasan tertuduh mempunyai tanggungan yang ramai, tidak berkemampuan dan tidak berniat atau merancang untuk melarikan diri.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM100,000 terhadap Maridaas dengan seorang penjamin; RM250,000 dengan seorang penjamin terhadap Yap dan pasport diserahkan kepada mahkamah manakala tiada jaminan terhadap Wang yang merupakan warga Singapura.
Mahkamah menetapkan 30 April ini untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, Wang, Yap dan seorang lagi pengarah dijangka menghadapi 15 pertuduhan pagi esok.- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/tiga-suspek-pencemaran-kimia-sungai-kim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pencemaran Jas Kesan Empat Bahan Kimia Dalam Sampel Air Sungai Kim Kim

Pencemaran Jas Kesan Empat Bahan Kimia Dalam Sampel Air Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 568 hits
MOHD IZUAN ROSELI 13 Mac 2019 4 25 PM JOHOR BAHRU Bahan kimia daripada proses penguraian tayar iaitu D Limonene merupakan antara bahan utama yang dikenal pasti ter
Bee Yin Bertindak Pantas Suspek Pencemaran Sisa Kimia Didakwa Hari Ini

Bee Yin Bertindak Pantas Suspek Pencemaran Sisa Kimia Didakwa Hari Ini

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 282 hits
Pada 14 Mac 2019oleh PentadbirMenteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengambil tindakan pantas menangani kes pembuangan sisa kimia berbahaya secara haram di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Dalam sidang media...
Pencemaran Sungai Kim Kim Di Pasir Gudang

Pencemaran Sungai Kim Kim Di Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 704 hits
Pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang Umi pasti ramai dah tau tentang kes Pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim tu kan Umi buat entry ni bukan untuk meraih PV yang tinggi tetapi ingin meluahkan rasa kesal terhadap pelaku yang sewenan...
Segerakan Siasatan Pencemaran Sungai Kim Kim

Segerakan Siasatan Pencemaran Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 323 hits
Wartawan Watan Online Puteri UMNO menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk menyegerakan siasatan terhadap insiden pencemaran kimia Sungai Kim Kim Pasir Gudang yang menjejaskan kesihatan penduduk awam Naib Ketua Puteri UMNO Nurul Amal Mohd Fa...
Belum Ada Tangkapan Dalam Kes Pencemaran Sungai Kim Kim Kata Polis

Belum Ada Tangkapan Dalam Kes Pencemaran Sungai Kim Kim Kata Polis

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 357 hits
Pihak berkuasa giat menjalankan pemeriksaan dan pembersihan di Sungai Kim Kim yang dicemari sisa toksik semalam KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata belum ada tangkapan dibuat dalam kes pencemaran toksik di Sungai Kim ...
Ancaman Pencemaran Sungai Kim Kim Mungkin Belum Berakhir Kata Bekas Menteri

Ancaman Pencemaran Sungai Kim Kim Mungkin Belum Berakhir Kata Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 402 hits
Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan perlu menggubal rang undang undang alam sekitar yang baru untuk menangani pencemaran air dengan lebih berkesan PETALING JAYA Bekas menteri sumber asli dan alam sekitar Wan Junaidi Tuanku Jaafar men...
Pencemaran Kerja Kerja Pembersihan Sungai Kim Kim

Pencemaran Kerja Kerja Pembersihan Sungai Kim Kim

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 447 hits
SHARKAWI LONDING 14 Mac 2019 1 09 PM PASIR GUDANG Kerja kerja pembersihan sungai dijangka akan bermula dalam masa terdekat b
Suspek Pencemaran Sisa Kimia Ada Rekod Jenayah Kpn

Suspek Pencemaran Sisa Kimia Ada Rekod Jenayah Kpn

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Beberapa suspek yang ditahan berhubung pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim Pasir Gudang Johor didapati mempunyai rekod jenayah kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Beliau berkata kesemua sembilan lelaki warga ...
Baca Penjelasan Lelaki Ini Tentang Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Istihar Darurat Atau Pun Tidak

Baca Penjelasan Lelaki Ini Tentang Isu Pencemaran Sungai Kim Kim Istihar Darurat Atau Pun Tidak

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 513 hits
Rrtikel ini dipetik dari tweet saudara di laman twitter nya PENCEMARAN SUNGAI KIM KIM ISYTIHAR DARURAT ATAU TIDAK Ada yang desak perisytiharan darurat ada yang tolak Tapi berapa ramai yang faham apa yang didesak atau ditolak ni Fahamkan dul...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya