Tiga Senario Yang Dijangka Bakal Cetus Perang Saudara Dalam Pkr


Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub


Kongres Nasional Tahunan PKR berakhir Ahad lalu, memperlihatkan kemelut dalaman parti semakin meruncing dengan ketidakselesaan terhadap Timbalan Presiden baharu, Rafizi Ramli tampak ketara disebabkan sikap mengkritik secara terbuka kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan strategi dilihat tidak menguntungkan PKR.
Pertentangan karakter dan hala tuju politik antara Anwar-Rafizi menjadi cabaran besar kepada PKR menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), malah bakal mencetuskan perbalahan dalaman lebih serius apabila Rafizi serta kumpulannya mendominasi, terutama dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP). Perbalahan dalaman dapat dilihat menerusi beberapa keadaan berikut.
Pertama, penentuan strategi kerjasama politik menerusi konsep khemah besar antara PKR dengan parti politik lain.
Konsep itu ditolak Rafizi kerana terdapat kemungkinan beberapa parti politik lain menumpang kekuatan PKR tidak menguntungkan parti. Kenyataan itu difahami merujuk kepada hubungan merangkumi parti seperti Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dianggap tidak berdaya saing.
Sekiranya PKR masih bersetuju dengan konsep khemah besar dan membenarkan platformnya digunakan seperti pemilihan logo pada pilihan raya, ia membuka ruang kemungkinan sekali lagi dipergunakan pemain politik untuk kembali berkuasa.
Pada PRU-14, kepemimpinan PKR sanggup membenarkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kempen pilihan raya dan menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri demi menyelamatkan negara.
Kesilapan besar PKR adalah terlalu mempercayai Dr Mahathir meskipun beliau ketika regim pentadbirannya pernah menghumban Anwar dan penyokong gerakan reformasi ke penjara.
Kerajaan Persekutuan dan beberapa negeri menang atas tiket PKR akhirnya runtuh akibat permainan politik yang ingin menghalang Anwar sebagai Perdana Menteri dan tindakan bersendirian Dr Mahathir meletakkan jawatan.
Ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada PKR berhati-hati meneruskan konsep khemah besar sehingga menyebabkan Rafizi komited menolak pendekatan itu.
Kedua, Anwar dinilai akan terus berusaha mencengkam kepimpinan parti dengan melantik penyokong dalam pasukannya untuk jawatan strategik tertentu dalam parti.
Berdasarkan Fasal 21.7 Perlembagaan PKR, Presiden diberikan kuasa melantik 24 penyandang jawatan penting dalam parti antaranya tiga Naib Presiden, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan 14 Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri.
Peluang ini diyakini akan digunakan untuk melantik pemimpin propresiden bagi mengimbangkan dan mengawal kekuatan pasukan Rafizi dalam parti.
Tindakan sama dilakukan Anwar sebelum ini apabila beliau melantik Rafizi sebagai Naib Presiden PKR selepas tewas pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada 2018.
Oleh itu, tidak mengejutkan jika Anwar melantik semula calon propresiden tewas untuk menyandang jawatan penting dalam PKR seperti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Fuziah Salleh, Farhash Wafa Salvador, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Fahmi Fadzil.
Ketiga, penentuan calon PRU-15 menjadi sukar apabila dua kem utama, iaitu kem Anwar dan Rafizi bersaing untuk dicalonkan pada pilihan raya. Sudah tentu Presiden mempunyai kuasa menandatangani watikah calon pilihan raya sangat berhati-hati menerima calon mewakili pasukan Timbalan Presiden.
Kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kubu kuat dan berpotensi dimenangi semula PKR dijangka akan diserah kepada kumpulan propresiden, manakala calon mendukung Rafizi akan diberikan kerusi sukar dimenangi.
Pengagihan kerusi tidak adil boleh mencetuskan sabotaj dalaman parti, sekali gus menyebabkan PKR akan hilang separuh bilangan kerusi Parlimen dimenanginya pada PRU-14.
Namun, PKR belum terlambat meletakkan semula potensi kemenangannya pada PRU-15. PKR perlu direformasikan dengan tindakan politik drastik, iaitu Anwar berundur sebagai Presiden dan menjawat Penasihat Umum.
Sepanjang Anwar di belakang tabir politik PKR ketika dipenjarakan, parti itu berkembang menerusi peningkatan cemerlang pada setiap pilihan raya umum bermula PRU-12.
Kedua, pemimpin parti yang masih berharap dan berjuang Anwar menjadi Perdana Menteri perlu diketepikan sebagai calon PRU-15 kerana matlamat itu tidak lagi relevan kepada rakyat berbanding isu penting mampu meraih sokongan pengundi.
Ketiga, kepemimpinan parti perlu mohon maaf kepada ahli kerana lemah dalam melaksanakan pemilihan apabila lambat mengumumkan keputusan pemilihan berbanding Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

*Penulis adalah Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Universiti Malaya (UM)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/07/tiga-senario-yang-dijangka-bakal-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Boleh Cetus Perang Agama

Boleh Cetus Perang Agama

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 193 hits
Golongan liberal akan cuba membuat provokasi dengan harapan segala ajaran islam menjadi lebih liberal terhadap fashion menjadi liberal terhadap semua perkara berkaitan wanita dan menjadi liberal seperti ajaran agama lain Hakikat asal semua ...
Najib Bakal Kepanasan Lebih 100 Laporan Polis Sudah Dibuat Dan Angkanya Dijangka Terus Meningkat

Najib Bakal Kepanasan Lebih 100 Laporan Polis Sudah Dibuat Dan Angkanya Dijangka Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 201 hits
Lebih 100 ahli PKR membuat laporan polis terhadap Najib Razak pagi ini bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas perdana menteri itu berhubung keputusannya menamatkan bayaran tahunan kepada waris Kesultanan Sulu Ini berlaku selepas keput...
Pkr Falling Into Umno Trap Analysts Say As Indian Representation Declines

Pkr Falling Into Umno Trap Analysts Say As Indian Representation Declines

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 166 hits
They compare the present situation with PKR s original purpose of opposing Umno s 3R narrative At its inception as a political entity some 20 years ago PKR touted itself as a party that would represent all of Malaysia s many ethnicities unl...
Rafizi Ketuai Pilihanraya 15 Pkr

Rafizi Ketuai Pilihanraya 15 Pkr

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 202 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata timbalannya yang baru Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan pilihan raya dalam persediaan parti itu untuk menghadapi PRU15 Dia berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR malam t...
Nurul Izzah S Pick As Pkr Vice President A Compromise Move Says Analyst

Nurul Izzah S Pick As Pkr Vice President A Compromise Move Says Analyst

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 179 hits
An analyst says the appointments of Nurul Izzah Anwar as a PKR vice president and Saifuddin Nasution Ismail as secretary general are aimed at appeasing party members who are split into two factions PETALING JAYA A political analyst has labe...
Yoursay Congress Over Pkr Must Now Take The Fight To Najib

Yoursay Congress Over Pkr Must Now Take The Fight To Najib

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 713 hits
YOURSAY Do not let him get away unchallenged each time he spins the facts Vijay47 Going through the closing speeches by its various leaders it is quite clear that PKR will not be taking home any prize for innovativeness Whatever was propose...
Pemimpin Pkr Syok Sendiri

Pemimpin Pkr Syok Sendiri

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 188 hits
SAYA merujuk kenyataan kenyataan yang dilaungkan oleh barisan pimpinan PKR semasa kongres parti itu yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai lalu Pada umumnya kenyataan mereka seolah olah memberi gambaran bahawa Malaysia telah lama bankrap ...
Pkr Temerloh Bersama Ajk Menyampaikan Sumbangan Kepada Yang Memerlukan

Pkr Temerloh Bersama Ajk Menyampaikan Sumbangan Kepada Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 228 hits
Hj Rosli Ismail Naib Ketua Cabang Temerloh menyantuni menziarahi penduduk yan perlukan perhatian Beliau menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan Anak ini berumur 4 tahun mengalami penyakit buah pinggang bocor dan sentiasa berulang alik...
Saifuddin Kembali Sebagai Setiausaha Agung Pkr Nurul Izzah Naib Presiden

Saifuddin Kembali Sebagai Setiausaha Agung Pkr Nurul Izzah Naib Presiden

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 174 hits
Saifuddin kembali sebagai Setiausaha Agung PKR Nurul Izzah Naib PresidenNickyson NyambarJulai 20 2022Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat manakala Nurul Izzah Anwar pula sebaga...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025