Tiga Resipi Terbaik Aunty Aini Adam Didam Dalam Rasa Ketuhar Kuali Ep10
Tak sempat nak tonton dan salin resipi-resipi menarik dalam Rasa: Ketuhar Kuali episod ke 10? Tak mengapa…RASA kongsikan kembali resipi penuh ketiga-tiga hidangan yang Adam Didam dan Aunty Aini masak iaitu Yong Tau Foo, Rendang Itik dan Kek Coklat Fudge. Nanti bolehlah cuba ya.
<<Klik disini untuk resipi penuh RASA: Ketuhar Kuali Ep 9>>
Disini kami kongsikan resipi-resipinya. Selamat mencuba!
1. YONG TAU FOO
BAHAN-BAHAN:
2 Batang Terung Panjang4 Cili Merah4 Cili Hijau5 Biji Bende4 Tauhu Lembut1 Peria Besar1kg Isi Ikan Tenggiri4 Biji Bawang Merah5 Ulas Bawang PutihDaun BawangDaun KetumbarLada HitamMinyak MasakHaliaStok Ikan BilisMinyak BijanGaramCARA MEMASAK:
Kisar kering isi ikan, bawang putih, bawang merah, daun bawang, daun ketumbar. minyak bijan, garam dan serbuk lada hitam.Sumbat isi ikan yang telah dikisar kedalam bende, cili, peria, terung dan tauhu.Goreng bahan-bahan sehingga layur dan kekuningan.Tulang dan kulit ikan digoreng dan ditumis untuk dijadikan sup yong tau foo bersama sedikit minyak, garam, stok ikan bilis, bawang putih dan bawang merah.Hidang yong tau foo yang telah siap digoreng bersama sup.Untuk sos, kisar cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan sedikit halia bersama sup yang telah dimasak.Masak sos sehingga pekat dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.Siap untuk dihidang.2. RENDANG ITIK
BAHAN-BAHAN:
1 Ekor Itik Potong 12Cili Kering (direbus, dikisar)6 Biji Cili Padi2 Inci Lengkuas5 Batang Serai2 Inci Kunyit5 Ulas Bawang Putih6 Biji Bawang Merah1 Sudu Besar Jintan Manis1 Sudu Besar Jintan Putih1 Sudu Besar Biji Ketumbar½ Sudu Besar Lada Hitam2 Pek Kecil Kerisik2kg Santan5 Biji Buah KerasSerbuk Lada HitamAsam KepingGaramCARA MEMASAK:
Tumis kering jintan manis, jintan putih, biji ketumbar dan buah keras.Panaskan minyak untuk memasak.Kisar bahan tumis kering bersama serai, cili padi, bawang merah, bawang putih, serbuk lada hitam, kunyit dan lengkuas bersama air.Tumis bahan kisar bersama cili kering yang telah direbus dan dikisar.Tumis sehingga naik minyak dan bau.Masukkan itik kedalam kuali. Kecut daging dengan memperlahankan api, dan masak sehingga satu jam.Masukkan santan, asam keping, dan garam.Apabila kuah telah mengering dan memekat, masukkan kerisik.Masak hingga daging melembut.Siap untuk dihidang.3. KEK COKLAT FUDGE
BAHAN-BAHAN:
1 Biji Telur¼ Cawan Minyak Sayuran½ Sudu Kecil Esen Vanila125g Susu Segar75g Gula Perang100g Coklat Gelap100g Tepung Serbaguna½ Sudu Kecil Sodium Bikarbonat¼ Sudu Kecil Serbuk Penaik¼ Sudu Kecil Garam60g Coklat SusuCeriGula AisingCARA MEMASAK:
Gaul bersama telur, minyak sayuran, dan esen vanila.Cairkkan coklat gelap bersama susu, dan tambahkan gula perang.Sejukkan cecair dan tuang kedalam bekas berisi telur sebentar tadi.Gaul sebati semua bahan dan masukkan tepung, serbuk soda bikarbonat, serbuk penaik, dan garam yang telah diayak.Gaulkan adunan secara perlahan-lahan hingga sebati.Tuangkan adunan kedalam bekas-bekas kecil.Letak coklat susu didalam setiap bekas.Bakar selama 15minit pada suhu 180’C.Hias bersama buah rapsberi dan gula aising.Siap untuk dihidang.
Jangan ketinggalan untuk saksikan Program Rasa: Ketuhar Kuali episod ke lima minggu hadapan ya. Gabungan karektor Aunty Aini dan Adam yang mesra dan bersahaja di kaca televisyen pasti akan menghiburkan para penonton. Dan yang pasti mereka akan berkongsi pelbagai resipi menarik dan tips memasak sepanjang 13 episod program masakan terbaru Rasa: Ketuhar Kuali ini yang akan disiarkan setiap Isnin jam 12 tengah hari hanya di Saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135.
Komen anda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/12/tiga-resipi-terbaik-aunty-aini-adam.html