Tiga Peristiwa Haji Yang Perlu Diketahui Dan Dihayati


Tiga peristiwa haji yang perlu diketahui dan dihayati
Peristiwa Pertama: Kaabah Diselamatkan daripada serangan tentera bergajah pimpinan AbrahahPeristiwa ini terjadi dan bertepatan dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang lebih dikenali sebagai Tahun Gajah. Peristiwa pasukan bergajah terjadi pada bulan Muharram bertepatan dengan akhir Februari atau awal bulan Mac tahun 571 Masihi, atau sekitar sebulan setengah sebelum kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Ringkasan kisahnya adalah Abrahah yang menjadi wakil Raja Habasyah di Yaman menyaksikan orang-orang Arab berbondong-bondong datang ke Mekah setiap tahun untuk menunaikan ibadah haji. Rentetan daripada itu, beliau membina sebuah gereja besar dan mewah di Yaman yang dinamakannya dengan Al-Qulais. Tujuan pembinaan gereja tersebut adalah untuk mengalihkan tumpuan orang-orang Arab daripada setiap tahun pergi ke Mekah menunaikan ibadah haji dan beralih menuju ke gereja megah yang dibina olehnya di Yaman. Kejadian tersebut didengar oleh seorang laki-laki daripada Bani Kinanah yang kemudiannya melakukan perjalanan menuju gereja tersebut dan memasukinya pada suatu malam, lalu melumuri dinding-dindingnya dengan kotoran.
Abrahah yang mendengar berita tersebut berasa amat marah dan memutuskan untuk menghancurkan Kaabah. Dia kemudian memimpin sebuah pasukan tentera yang berjumlah 60,000 orang dengan pasukan yang dilengkapi oleh beberapa ekor gajah. Mereka berjalan menuju ke Mekah dan tiada satu pun kekuatan yang berani menghadangnya hingga tiba di sebuah tempat bernama Al-Maghmas. Di tempat itulah, mereka menggiring harta milik orang-orang Quraisy yang antaranya 200 ekor unta milik Abdul Muttalib datuk Nabi Muhammad S.A.W. Hal tersebut menyebabkan Abdul Muttalib selaku pemimpin masyarakat Quraisy datang menemui Abrahah.
Melihatkan kedatangan Abdul Muttalib maka Abrahah memberikan penghormatan dan memuliakannya. Tatkala Abrahah bertanya apa maksud kedatangannya, Abdul Muttalib berkata, “Maksud kedatangan saya ialah berharap Raja dapat mengembalikan unta-unta saya yang ditawan.” Abrahah berkata, “Mulanya saya berasa kagum denganmu saat melihat kedatanganmu, kemudian saya tidak lagi menghargaimu setelah kamu berbicara kepadaku. Apakah kamu hanya memikirkan untamu dan sama sekali tidak membicarakan tentang Kaabah yang merupakan agamamu dan agama leluhurmu, padahal kedatanganku ke mari adalah untuk menghancurkannya?” Abdul Muttalib berkata, “Saya adalah pemilik unta-unta itu. Adapun Kaabah, maka Pemiliknyalah yang akan menjaganya.” Abrahah berkata, “Tidak akan ada yang mampu menghalang saya.” Abdul Muttalib berkata, “Itu urusan kamu dan Pemiliknya” (Allah Ta’ala). Orang-orang Quraisy keluar berlindung ke gunung dan menanti sambil melihat apa yang akan dilakukan oleh tentara Abrahah.”
Abrahah mempersiapkan pasukannya untuk meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Tatkala pasukan tentera memerintahkan gajah yang bernama Mahmud untuk berjalan menuju ke Mekah, ternyata gajah tersebut duduk (tidak mahu berjalan). Mereka akhirnya memaksa gajah tersebut dengan memukulnya, tetapi ia tetap enggan untuk berjalan. Namun, ketika mereka mengarahkannya ke arah selain Mekah ternyata gajah itu mahu berjalan. Tidak lama kemudian datanglah pasukan burung Ababil (burung yang datang secara berkelompok) yang membawa batu-batu di paruh mereka dan ketika batu-batu tersebut menimpa salah seorang antara mereka, ia menjadi binasa. Allah Ta’ala berfirman, “Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) daripada tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (Surah Al-Fil: 105: 1-5).
Peristiwa Kedua: Safa dan Marwa Saksi Kecekalan dan Tawakal Siti Hajar menjaga anaknya Ismail
Jauh sebelum perintah ibadah haji dilaksanakan, Bukit Safa dan Marwa telah menjadi saksi sejarah perjuangan seorang ibu bernama Siti Hajar dalam menyelamatkan anaknya Nabi Ismail A.S daripada kehausan. Setelah turun wahyu kepada Nabi Ibrahim A.S memerintahkan supaya baginda bersama-sama dengan anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Mekah yang ketika itu belum didiami manusia, malah hanya berupa lembah pasir, bukit-bukau yang tandus dan tiada air. Di tempat inilah, kedua-duanya ditinggalkan Ibrahim. Siti Hajar merasa sedih saat ditinggalkan begitu saja di tempat yang tak berpenghuni lalu bertanya kepada Ibrahim “Hendak ke manakah engkau Ibrahim?” “Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua di tempat yang sunyi dan tandus ini?” Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab walau sepatah kata. Siti Hajar bertanya lagi, “Adakah ini memang perintah daripada Allah?” Barulah Nabi Ibrahim menjawab, “Ya.” Mendengar jawaban suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya menjadi tenteram. Ia percaya bahawa hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tiada manusia dan segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail A.S masih menyusu
Kecintaan Ibrahim kepada Allah dan menuruti perintah-Nya, melebihi segalanya. Ia pun menyerahkan semuanya kepada Allah dan berdoa, ”Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berdekatan rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat. Maka, jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim, 14: 37)

Sewaktu Nabi Ismail A.S dan ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air dengan berulang-alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa sebanyak tujuh kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwa, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya di bawah telapak kaki Nabi Ismail A.S. Air itu adalah air zam-zam. Siti Hajar kemudian mendengar suara malaikat Jibril A.S dan berkata kepadanya, “Jangan khuatir, di sini Baitullah (rumah Allah) dan anak ini (Nabi Ismail A.S) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah SWT tidak akan mensia-siakan hamba-Nya.”
Peristiwa Ketiga: Arafah sebagai medan khutbah perpisahanPeristiwa ini berlaku pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 10 Hijriyah, ketika Rasulullah S.A.W menunaikan ibadah haji yang kemudian dikenali sebagai Haji Wada’ (Haji Perpisahan). Baginda tiba di lembah Wadi Urana, dalam keadaan masih di atas unta lalu berhenti dan kemudian berkhutbah di depan lebih seratus ribu orang yang hadir. Itulah peristiwa penyampaian khutbah yang begitu menggetarkan jiwa dan boleh dikatakan sebagai kesimpulan ajaran Islam dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang diwariskan kepada umat manusia. Khutbah berlangsung di bawah panas matahari dan seorang sahabat bernama Umayyah bin Rabi’ah bin Khalaf diminta mengulang dengan suara yang kuat setiap kalimat yang Nabi S.A.W sampaikan agar dapat didengari di tempat yang jauh dari tempat baginda berada.

Khutbah perpisahan ini adalah penting kerana mengandungi mesej yang perlu difahami, diingati, dan diikuti walaupun selepas kewafatan Rasulullah SAW. Jika diamati, hampir kesemua mesej disampaikan Nabi S.A.W adalah menyentuh hubungan sesama manusia. Ringkasnya, isi khutbah perpisahan tersebut merangkumi 10 perkara penting, iaitu;1) larangan membunuh jiwa dan mengambil harta orang lain tanpa hak2) kewajipan meninggalkan tradisi jahiliyah seperti pembunuhan balasan dan riba3) mewaspadai gangguan syaitan dan kewajipan menjaga agama4) larangan mengharamkan yang dihalalkan dan sebaliknya5) kewajipan memuliakan wanita (isteri)6) kewajipan berpegang teguh pada al-Qur’an dan as-Sunnah7) kewajipan taat kepada pemimpin selama masih berpegang teguh pada al-Qur’an8) kewajipan berbuat baik kepada hamba sahaya9) umat Islam adalah bersaudara antara satu dengan lainnya10) kewajipan menyampaikan khutbah Rasulullah S.A.W kepada orang lain

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah dan di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempurnaan agama Islam. “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepada kamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” (Al-Ma’idah, 5: 3)
Selepas baginda membaca akan wahyu tersebut, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun, Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a perasan bahawa al-Qaswah unta Nabi S.A.W menitiskan air mata dengan banyak lalu beliau pun ikut menangis. Saidina Umar r.a bertanya apakah sebabnya lalu Saidina Abu Bakar r.a menjelaskan bahawa di sebalik berita gembira tentang telah sempurnanya agama Islam, maka wahyu penutup itu juga petanda khabar duka bahawa Nabi S.A.W pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai rasul telah selesai. Mendengar penjelasan itu maka Saidina Umar r.a pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.
sumber : newshub


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/06/tiga-peristiwa-haji-yang-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jemaah Haji Ini 5 Larangan Yang Wajib Diketahui Saat Di Makkah Dan Madinah

Jemaah Haji Ini 5 Larangan Yang Wajib Diketahui Saat Di Makkah Dan Madinah

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 212 hits
Petugas Penyelenggara Ibadah Haji mengingatkan jemaah haji Indonesia yang sudah berada di Tanah Suci dan yang baru akan berangkat untuk mematuhi aturan aturan Hukumannya dari denda hingga kurungan
Peristiwa Memali Haji Hadi Enggan Ulas Pada Sidang Media Bersama Dr M

Peristiwa Memali Haji Hadi Enggan Ulas Pada Sidang Media Bersama Dr M

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 186 hits
Hariz MohdPresiden PAS Abdul Hadi Awang enggan mengulas mengenai peristiwa Memali ketika hadir sidang media bersama Dr Mahathir Mohamad hari ini Itu di luar daripada format kita kata ahli parlimen Marang itu ketika ditanya pemberita selepas...
Perdana Jemaah Haji Indonesia Penerbangan Embarkasi Kertajati Tiba Di Madinah

Perdana Jemaah Haji Indonesia Penerbangan Embarkasi Kertajati Tiba Di Madinah

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 318 hits
Perdana Jemaah Haji Indonesia Penerbangan Embarkasi Kertajati Tiba di Madinah Jemaah haji penerbangan embarkasi Kertajati tiba di Bandara Amir Muhammad bin Abdul Aziz Madinah Senin Kelompok Terbang KJT 1 ini membawa sebanyak 369 jemaah asal...
Hukum Anak Kecil Melaksanakan Ibadah Haji

Hukum Anak Kecil Melaksanakan Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 260 hits
Bolehkah anak kecil melaksanakan ibadah haji Jawabannya hajinya sah tetapi belum mengganti haji wajib yang merupakan rukun Islam
Didampingi Bang Emil Menag Lepas Penerbangan Haji Perdana Dari Bandara Kertajati

Didampingi Bang Emil Menag Lepas Penerbangan Haji Perdana Dari Bandara Kertajati

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 157 hits
Menag Yaqut Cholil melepas keberangkatan jemaah haji kloter pertama dari Embarkasi Kertajati di Bandara Internasional Jawa Barat Kertajati Majalengka Jawa Barat Ini merupakan penerbangan pertama untuk jemaah haji di Jawa Barat bagian utara ...
Harga Pakej Haji 2023 Tidak Masuk Akal Ramai Yang Tolak Panggilan

Harga Pakej Haji 2023 Tidak Masuk Akal Ramai Yang Tolak Panggilan

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 512 hits
Harga Pakej Haji 2023 Tidak Masuk Akal Ramai Yang Tolak Panggilan Berita baru baru ini melaporkan betapa banyak orang merasa tidak berpuas hati dengan pengumuman Biro Pengelolaan Tabung Haji mengenai harga pakej haji untuk tahun 2023 Tidak ...
107 Ton Obat Disiapkan Kemenkes Untuk Jemaah Haji Indonesia Di Arab Saudi

107 Ton Obat Disiapkan Kemenkes Untuk Jemaah Haji Indonesia Di Arab Saudi

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 192 hits
107 Ton obat dan perbekalan kesehatan meliputi obat saluran napas obat saluran cerna obat antidiabetes
Aksi Gercep Petugas Ppih Transportasi Memastikan Jemaah Haji Sampai Ke Hotel

Aksi Gercep Petugas Ppih Transportasi Memastikan Jemaah Haji Sampai Ke Hotel

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 208 hits
Layanan transportasi berperan penting dalam memindahkan jemaah haji yang baru tiba di Bandara Madinah ke hotel hotel tempat penginapan
Syarat Wajib Haji Harus Mampu Apa Yang Dimaksud Mampu

Syarat Wajib Haji Harus Mampu Apa Yang Dimaksud Mampu

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 298 hits
Syarat wajib haji adalah istito ah punya kemampuan Apa syarat wajib haji itu mampu Mampu dari sisi harta sajakah ataukah fisik pula Silakan lihat pembahasan Bulughul Maram berikut ini
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Juicy Luicy Tanggung Jawab Chord

Amicorp Denies Alleged Fraud Over Us 7bil In 1mdb Scandal

Draining The Healthcare Swamp

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025