Tiga Pegawai Kanan Atm Termasuk Pesara Dituduh Rasuah Bernilai Rm3 5 Juta


Kumara Sabapatty Salah seorang daripada tiga pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan ketika dibawa untuk diikat jamin atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung beberapa projek membabitkan kementerian di Mahkamah Sesyen , Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, KUALA LUMPUR – Tiga pegawai kanan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpangkat Kolonel, Brigadier Jeneral termasuk seorang Leftenan Jeneral (Bersara) dituduh atas kesalahan menyetujui, meminta dan menerima rasuah berhubung projek pertahanan berjumlah hampir RM3.5 juta di Mahkamah Sesyen Jenayah 11, Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.
Ketiga-tiga tertuduh adalah Kolonel Che Ahmad Idris, 54, menghadapi lima pertuduhan meminta, menyetujui menerima dan menerima rasuah, Brigadier Jeneral Mohammed Feizol Anuar Ayob, 50, menghadapi lima pertuduhan menerima rasuah dan akhirnya Leftenan Jeneral (B) Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, 59, turut dihadapkan atas tujuh dakwaan menerima rasuah.
Kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sesyen, Datin Sabariah Othman sebelum ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Mengikut fakta kes dua pertuduhan pertama, Che Ahmad Idris didakwa masing-masing meminta dan menyetujui menerima suapan berjumlah RM1 juta manakala tiga tuduhan menerima suapan berjumlah RM105,000 pada tarikh antara September 2019 hingga 7 April 2020 di lamat No.7, Jalan Pahlawan 1/2. Kompleks Perumahan Tun Osman Jewa, Kementerian Pertahanan Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.
Beliau didakwa meminta, menyetujui menerima suapan itu daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sd.Bhd., Elias Jemadi Tajuddin sebagai dorongan dengan menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam iaitu berjawatan Ketua Cawangan Peperangan Siber Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan untuk melakukan suatu perkara iaitu mencadangkan pelantikan syarikat FEHM Entity dilantik secara rundingan terus bagi Perkhidmatan Senggaraan untuk Bahagian Staf Perisikan Pertahanan.
Manakala tertuduh kedua,Brigadier Jeneral Mohammed Feizol pula dituduh lima pertuduhan menerima suatu suapan berjumlah RM128,000 antara tarikh 30 Oktober 2019 hingga 24 Jun 2020.
Mohammed Feizol didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di empat lokasi berbeza iaitu tempat parkir Masjid Khalid Al-Walid Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di Kampung Dato Keramat, tempat parkir Dorsett Residences Sri Hartamas di No.60 Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas, di hadapan pejabat Syarikat FEHM Entity Sdn.Bhd, No 70, Jalan 24/27A, Wangsa Maju dan di lokasi terakhir No.9, Persiaran Bukit Melawati , Bukit Melawati Kuala Lumpur.
Untuk lima pertuduhan itu, Mohammed Feizol didakwa terlibat dalam dua pertuduhan secara rasuah menerima suatu suapan iaitu tiga penerimaan daripada Pengarah Urusan Syarikat FEHM Entity Sd.Bhd. iaitu Elias Jemadi Tajudin sebagai dorongan membantu menyerahkan surat niat untuk menjadi rakan strategik dan kontraktor Senggaraan bagi Peralatan Perisikan Sistem Prisma Direktorat Peperangan Informasi (DPI) Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) di Kementerian Pertahanan bertarikh 5 September 2018 dari syarikat sama kepada Menteri Pertahanan pada waktu itu.
Manakala dua lagi penerimaan suapan rasuah itu dilakukan melalui anak perempuan Elias, Nurin Nazwa Elias Jemadi selaku penolong pengurus syarikat itu serta melalui pengarah eksekutif syarikat sama iaitu Hishamuddin Johari menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam ketika kejadian itu iaitu sebagai Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan.
Sementara tertuduh ketiga, pesara tentera, Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan pula didakwa atas tujuh pertuduhan rasuah wang tunai berjumlah RM2.26 juta antara tarikh 20 Jun 2019 hingga 20 Jun 2020.
Dalam dua pertuduhan pertama dia didakwa secara rasuah meminta suapan dan menyetujui menerima suapan wang tunai berjumlah RM2 juta manakala empat pertuduhan lain secara rasuah menerima suapan berjumlah RM226,000 sebagai upah daripada individu syarikat sama iaitu Elias Jemadi Tajudin.
Dia dituduh melakukan kesemua enam kesalahan itu di tiga lokasi berbeza iaitu Havana Club, Hotel Concorde, Kuala Lumpur; Hairdoc Medical Publika, Solaris Dutamas, dan Pejabat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan di Jalan Padang Tembak.
Mengikut caj keenam-enam pertuduhan itu, dia selaku pesara awal dengan wang pencen RM13,000 secara bulanan itu didakwa menggunakan kedudukan penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan menerima suapan sebagai dorongan melakukan perkara iaitu meluluskan cadangan syarikat FEHM Entity Sdn.Bhd dilantik secara rundingan terus bagi Perkhidmatan Senggaraan untuk Bahagian Staf Perisikan Pertahanan.
Dalam satu lagi pertuduhan kes ketujuh yang dibacakan berasingan, dia didakwa menyalahgunakan kedudukannya menerima secara rasuah suatu suapan wang tunai berjumlah RM50,000 daripada individu bernama Syed Omar Syed Mohamad, 47, sebagai upah kerana telah melantik syarikat Malvus Sence Sdn.Bhd untuk melaksanakan Perolehan Perbekalan, Penghantaran, Latihan dan Pentauliahan 2 Sistem JOUAV Cw-15D VTOL Fixed Wing Medium Range UAV kepada Bahagian Staf Perisikan Pertahanan Kementerian Pertahanan pada 26 Jun 2020 sekitar jam 2.30 petang di Pejabat Ketua Pengarah Perisikan Pertahanannya di Bahagian Perisikan Pertahanan
Ketiga-tiga didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009(Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama yang memperuntukan penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM10,000 atau tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang menjadi perkara kesalahan itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Siti Noor Hafian Zakaria manakala ketiga tiga tertuduh diwakili peguambela berasingan iaitu Gooi Soon Seng, Azrul Zulfikli Stork dan Datuk Mohd Shahrom Mohamad serta P.G.Cyril.
Muhammad Asraf mencadangkan wang jaminan RM100,000 untuk setiap tertuduh bagi semua pertuduhan yang dihadapi mereka berdasarkan liabiliti dan keseriusan kesalahan mereka selain mencadangkan syarat tambahan iaitu perlu menyerahkan pasport perjalanan antarabangsa kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes selesai dan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat setiap bulan.
Beliau turut meminta mahkamah mengambilkira jawatan tertuduh semasa untuk menetapkan wang jaminan yang dicadangkan itu selain menyatakan risiko mereka melarikan diri dan juga mengganggu saksi kes.
Peguambelanya mencelah dan merayu mahkamah menetapkan jumlah jaminan serendah mungkin memandangkan gaji terakhirnya adalah RM10,000 manakala bakal menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok selain ada tanggungan isteri dan anak yang masih bersekolah selain kedudukan tinggi tidak seharusnya menjadikan alasan menentukan nilai dan tidak relevan.
Bagaimanapun Muhammad Asraf mencelah semula mengekalkan nilai jaminan asal RM100,000 dan menjelaskan bahawa jaminan munasabah kepada OKT berjawatan tinggi perlu diberi bagi memastikan tanggapan masyarakat supaya mahkamah tidak pilih kasih jumlah jaminan tinggi kepada berjawatan tinggi.
Manakala bagi dua lagi tertuduh peguam mereka menyeru jumlah jaminan yang dicadangkan SPRM dikurangkan dengan mengambil kira situasi semasa tanggungan keluarga.
Malah untuk tertuduh ketiga khususnya, peguambelanya memberitahu mahkamah anak guamnya seorang pesara menerima pencen bulanan RM13,000 sahaja dengan dua anaknya di IPT serta mempunyai tanggungan seorang isteri tidak bekerja selain menguruskan ayah tua yang mengidap penyakit Imfoma Kanser.
Selepas mengambilkira hujah kesemua pihak, Sabariah membenarkan ketiga tiga tertuduh dengan masing-masing wang jaminan berjumlah RM80,000, RM60,000 dan RM110,000 (RM10,000 kes ketujuh) secara berasingan bagi kesemua pertuduhan sementara menetapkan 27 November ini sebagai tarikh sebutan serentak kes mereka di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 dan 14.
Ketiga-tiga tertuduh juga dikehendaki menyerahkan pasport perjalanan kepada mahkamah sehingga kes perbicaraan selesai manakala perlu hadir dan melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan mengikut jadual yang akan ditetapkan oleh SPRM.-MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/tiga-pegawai-kanan-atm-termasuk-pesara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Bekas Kp Perisikan Dua Pegawai Kanan Atm Didakwa

Rasuah Bekas Kp Perisikan Dua Pegawai Kanan Atm Didakwa

papar berkaitan - pada 28/10/2020 - jumlah : 303 hits
Bernama Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jen Datuk Sheikh Moksin Sheikh Hassan serta dua lagi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas 17 pertuduhan menerima dan meminta su...
Tiga Maut Termasuk Wanita Yang Dipenggal Kepalanya Dalam Serangan Di Gereja Perancis

Tiga Maut Termasuk Wanita Yang Dipenggal Kepalanya Dalam Serangan Di Gereja Perancis

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 192 hits
182 total views 182 views today NICE Seorang penyerang bersenjata pisau memenggal kepala seorang wanita dan juga membunuh dua lagi orang di sebuah gereja di kota Nice Perancis pada Khamis menurut polis dalam satu kejadian yang disifatkan ol...
Pampasan Itu Terlalu Sedikit Lelaki Dipenjara 19 Tahun Secara Salah Dibayar Pampasan Rm3 Juta Dari Kerajaan

Pampasan Itu Terlalu Sedikit Lelaki Dipenjara 19 Tahun Secara Salah Dibayar Pampasan Rm3 Juta Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 442 hits
Seorang penduduk kampung di China dibayar gantirugi 4 96 juta Yuan oleh kerajaan setelah mahkamah tersilap menjatuhkan hukuman terhadapnya atas pertuduhan membunuh dua kanak kanak lelaki pada tahun 1993 dan dikenakan hukuman mati Zhang Yuhu...
Zakat Pulau Pinang Peruntuk Rm3 015 Juta Untuk Guru Kafa

Zakat Pulau Pinang Peruntuk Rm3 015 Juta Untuk Guru Kafa

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 253 hits
Zakat Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM3 015 juta kepada guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain di negeri itu bagi tahun 2020 Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata sumbangan ber...
Pegawai Kanan Polis Ditaja Sindiket Macau Scam Melancong Ke Luar Negara

Pegawai Kanan Polis Ditaja Sindiket Macau Scam Melancong Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 559 hits
Kuala Lumpur Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengenai pegawai kanan yang dikatakan melancong ke luar negara ditaja oleh sindiket jenayah termasuk Macau Scam Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Da...
Bekas Pengurus Besar Kanan Fgv Didakwa Rasuah

Bekas Pengurus Besar Kanan Fgv Didakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 270 hits
BEKAS PENGURUS BESAR KANAN FGV DIDAKWA RASUAH SHAH ALAM Seorang bekas pengurus besar kanan FGV Holdings Berhad sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai RM10 000 Mac tahun lalu Norazam A...
Kpdnhep Pulau Pinang Lupus Barang Tiruan Bernilai Lebih Rm1 Juta

Kpdnhep Pulau Pinang Lupus Barang Tiruan Bernilai Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 257 hits
Pelbagai rampasan barangan berjenama tiruan cetak rompak dan makanan bernilai lebih RM1 juta sejak 2018 lalu dilupuskan Pelupusan dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang sejak Januari hingga Oktobe...
Bekas Setpol Mat Sabu Didakwa Rasuah Rm6 35 Juta

Bekas Setpol Mat Sabu Didakwa Rasuah Rm6 35 Juta

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 323 hits
393 total views 393 views today KUALA LUMPUR Bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima dan meminta suapan berjumlah RM6 35 juta daripad...
Selangor Peruntuk Rm100 Juta Untuk Syarikat Perintis Tunas Melalui Dana Inovasi Selangor

Selangor Peruntuk Rm100 Juta Untuk Syarikat Perintis Tunas Melalui Dana Inovasi Selangor

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 238 hits
Syarikat Perintis Tunas sering bermain dengan pelbagai idea baru dan inovasi diluar fikiran sekaligus membawa kepada sektor ekonomi baru Namun untuk memulakannya pelbagai syarikat ini akan menghadapi tekanan dari segi sokongan kewangan U
Towards More Comprehensive Pension Reform

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Tafsir Mimpi Gajah

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan

Heidi Moru Aku Ada Chord

Oliva Helmin Feat Kelvin Tunggu Tunggu Chord

Ada 3 Dituduh Bid Ah Padahal Tidak Bid Ah By Dr Hm Rakib S H M Ag