Pampasan Itu Terlalu Sedikit Lelaki Dipenjara 19 Tahun Secara Salah Dibayar Pampasan Rm3 Juta Dari Kerajaan




Seorang penduduk kampung di China dibayar gantirugi 4.96 juta Yuan (RM3,080,481) oleh kerajaan setelah mahkamah tersilap menjatuhkan hukuman terhadapnya atas pertuduhan membunuh dua kanak-kanak lelaki pada tahun 1993 dan dikenakan hukuman mati. 


Zhang Yuhuan, 52, yang telah menghabiskan masa di penjara hampir 27 tahun dan menunggu masa untuk menjalani hukuman mati sejak 2001, akhirnya bertemu kembali dengan keluarganya termasuk ibunya yang berusia 83 tahun, setelah dia dibuktikan tidak bersalah pada Ogos lalu.


Zhang akan menerima pampasan berkenaan yang merupakan antara jumlah pampasan besar yang pernah dibayar oleh kerajaan China setelah tersilap menjatuhkan hukuman penjara dalam kes lain sebelum ini. 


Tetapi Zhang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadilan kerana jumlah pampasan yang diberikan itu tidak mengikut permintaannya iaitu 22 juta Yuan (RM13,654,650) sebagaimana yang dituntutnya pada September lalu. 


"Jumlah pampasan itu terlalu sedikit," katanya dalam video temubual yang portal berita online. 


"Kerana tempoh hampir 27 tahun itu telah meragut masa muda saya yang telah berlalu dan tidak akan kembali lagi," katanya. 


Ketika bercakap dengan wartawan, Zhang berkata dia merancang untuk menggunakan sebahagian wang itu untuk membayar hutan dan membantu dua anak lelakinya membeli rumah. 


"Saya telah berjanji untuk membelikan rumah kepada mereka yang masing-masing bernilai 1 juta Yuan (RM620,665)," katanya yang juga mahu membina rumahnya sendiri dan baki pampasan itu disimpan sebagai dana pencen. 


Zhang yang telah menghabiskan 9,778 hari di penjara mendakwa dia telah diseksa oleh polis yang memaksa dia mengaku melakukan jenayah itu. Dalam tempoh hampir tiga dekad itu, Zhang dan keluarganya tidak pernah berputus asa dan berulang kali membuiat rayuan terhadap keputusan mahkamah. 


Bekas isterinya, Song Xiaonv, menyokong Zhang selama ini tetapi mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 2001 kerana tidak pasti Zhang akan keluar dari penjara ataupun tidak. 


Zhang akhirnya berjaya membuktikan bahawa dia tidak bersalah pada 4 Ogos lalu ketika Mahkamah Tinggi Jiangxi menarik balik hukuman mati yang ditangguhkan untuk Zhang dari tahun 2001. 


Mahkamah juga membuat U-Turn dan mempertikaikan kesahihan pengakuan Zhang dan menurut satu kenyataan, tiada bukti langsung yang dapat menyabitkan lelaki itu membunuh dua kanak-kanak berkenaan. 


Zhang akhirnya dibebaskan dan memeluk erat ibu dan bekas isterinya sebaik saja tiba di rumahnya. Detik menyentuh hati itu juga menunjukkan Zhang begitu beremosi ketika bertemu dengan keluarga yang sudah lama menunggu dia pulang. Bekas isterinya yang gagal mengawal perasaan lalu pengsan dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 




Klip video lain menunjukkan Zhang menangis dan memeluk anak lelakinya yang sudah lama terpisah di mana mereka hanya kanak-kanak ketika dia ditangkap secara tidak adil.


Pada Oktober 1993, dua mayat kanak-kanak lelaki berusia 4 dan 6 tahun ditemui di kolam di kampung Zhang. Jiran mangsa, disyaki sebagai suspek dan ditahan dua hari kemudian selepas mayat itu ditemui. 


Januari 1995, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Zhang selepas mendapati dia bersalah di atas pertuduhan membunuh dua kanak-kanak itu. Zhang terpaksa membuat pengakuan itu kerana dia telah diperas ugut dan diseksa ketika disoal siasat oleh pihak polis. 


Dua bulan kemudian, mahkamah tinggi membuka semula kes itu kerana fakta dan bukti pertuduhan yang tidak jelas. Tetapi perbicaraan semula tidak diadakan sehingga November 2001 atas alasan yang tidak diketahui dan mahkamah berpegang kepada keputusan yang dijatuhkan sebelum itu. Zhang membuat rayuan tetapi ditolak oleh mahkamah. 


Semasa menjalani hukuman penjara, Zhang menegaskan dia tidak bersalah. Keluarganya juga menghantar banyak dokumen ke Jabatan Kehakiman untuk membantunya mendapatkan perbicaraan semula. Zhang kemudian menghantar petisyen ke Mahkamah Tinggi Rakyat Jiangxi pada Ogos 2017 dan menuntut hakim menyemak kembali keputusan tersebut. 


Mac 2019, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk membuka semula kes itu dan perbicaraan diadakan 9 Julai 2020. 4 Ogos 2020, mahkamah menarik balik hukuman mati yang ditangguhkan terhadap Zhang dan membebaskannya. Pada hari yang sama, Zhang pulang ke kampungnya. 


Hakim Tian Ganlin yang bertanggungjawab ke atas kes itu berkata, "Setelah kami menyemak bahan-bahan bukti, kami mendapati tiada bukti kukuh yang dapat membuktikan Zhang melakukan jenayah itu. Oleh itu, kami menerima cadangan pendakwa raya dan mengesahkan Zhang tidak bersalah," katanya. 


Mahkamah Tinggi berkata, pegawai yang melakukan kesilapan itu juga telah memohon maaf kepada Zhang dan memaklumkan kepada Zhang mengenai haknya untuk menuntut pampasan dari kerajaan. 


Sumber: Daily Mail


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/pampasan-itu-terlalu-sedikit-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6059 Kerajaan Perlu Perjelas Kewujudan Lebih 1 Juta Talian Prabayar Meragukan Ppim Malaysia Gazette 04 11 2020

6059 Kerajaan Perlu Perjelas Kewujudan Lebih 1 Juta Talian Prabayar Meragukan Ppim Malaysia Gazette 04 11 2020

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu berkaitan talian prabayar yang meragukan Dalam masa yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia juga mendesak kerajaan...
Kisah Nyata Kafan Dan Jasad Guru Ngaji Itu Masih Utuh Hingga Puluhan Tahun

Kisah Nyata Kafan Dan Jasad Guru Ngaji Itu Masih Utuh Hingga Puluhan Tahun

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 365 hits
Lagi lagi keajaiban guru ngaji terbukti Di daerah Babat Lamongan ditemukan kain kafan masih utuh dan bersih dari sebuah makan tua Warga semakin takjub sebab jasad yang dibungkus kafan putih itu sudah dimakamkan puluhan tahun silam Subhanall...
Kerajaan Akan Memperuntukkan Rm400 Juta Untuk Meningkatkan Perkembangan Sains Dan Teknologi Tempatan

Kerajaan Akan Memperuntukkan Rm400 Juta Untuk Meningkatkan Perkembangan Sains Dan Teknologi Tempatan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 221 hits
Fokus kepada industri sains dan teknologi adalah diantara sebab mengapa banyak syarikat syarikat teknologi hadir di negara kita untuk memperkenalkan teknologi teknologi baru Semasa pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi kerajaan telah m...
Kerajaan Peruntuk Rm10 Juta Untuk Pertanian Berasaskan Peranti Berhubung

Kerajaan Peruntuk Rm10 Juta Untuk Pertanian Berasaskan Peranti Berhubung

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 223 hits
Dalam Belanjawan 2021 Kerajaan telah mengumumkan peruntukan untuk Program Ladang e Satelit dalam sektor pertanian Sebanyak RM10 juta diperuntukkan untuk pertanian berasaskan IoT secara geran padanan dan sehingga RM30 ribu kepada setiap Pert...
Zakat Pulau Pinang Peruntuk Rm3 015 Juta Untuk Guru Kafa

Zakat Pulau Pinang Peruntuk Rm3 015 Juta Untuk Guru Kafa

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 284 hits
Zakat Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM3 015 juta kepada guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain di negeri itu bagi tahun 2020 Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata sumbangan ber...
Saya Khai Tidak Pernah Bergaduh Itu Hanyalah Salah Faham Siti Nordiana

Saya Khai Tidak Pernah Bergaduh Itu Hanyalah Salah Faham Siti Nordiana

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 544 hits
Baru baru ini timbul dakwaan konon penyanyi Siti Nordiana dan Khai Bahar mempunyai masalah sehingga sukar bekerjasama Bagaimanapun dakwaan tersebut telah dinafikan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana source
Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

Anggaran Hasil Cukai Kerajaan Terlalu Optimistik Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Seorang pakar ekonomi mengkritik Putrajaya kerana bersikap terlalu optimistik berhubung unjuran hasil yang akan dikutip melalui cukai tahun depan Geoffrey Williams dari Universiti HELP memberitahu FMT bahawa kerajaan kelihatan...
Fakta Fakta Kakek Nikahi Gadis 17 Tahun Bawa Motor Nmax Emas 11 Gram Dan Uang Rp 10 Juta

Fakta Fakta Kakek Nikahi Gadis 17 Tahun Bawa Motor Nmax Emas 11 Gram Dan Uang Rp 10 Juta

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 561 hits
Cinta tak memandang usia Setidaknya itulah yang dibuktikan pasangan beda usia di Pegaden Subang Jawa Barat Abah Sarna lelaki berusia 71 tahun membuat heboh lantaran menikahi seorang gadis cantik yang masih berusia 17 tahun Noni Pernikahan m...
Pakar Asteroid Asteroid Apophis Bersamaan 880 Juta Tan Tnt Dijangka Menghentam Bumi Dalam Masa 48 Tahun

Pakar Asteroid Asteroid Apophis Bersamaan 880 Juta Tan Tnt Dijangka Menghentam Bumi Dalam Masa 48 Tahun

papar berkaitan - pada 31/10/2020 - jumlah : 257 hits
Asteroid dengan gelaran Apophis atau Dewa Kekacauan dalam bahasa Greek didapati telah bergerak lebih pantas dan ketika ini sedang menuju ke Bumi demikian amaran diberi oleh pakar asteroid dan ahli astronomi dari Universiti Hawaii Ahli astro...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization