Tiga Lelaki Rohingya Terlibat Pecah Rumah Ditahan



KULAI - Polis berjaya menumpaskan kumpulan etnik Rohingya yang melakukan pecah rumah sekitar daerah ini sejak tahun lalu selepas menahan tiga suspek dalam serbuan berasingan di inap desa dan dua buah rumah di sini semalam

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, menerusi serbuan pada jam 8 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam, polis menahan tiga lelaki etnik Rohingya berumur 20 hingga 32 tahun bersama-sama dua kanak-kanak perempuan berusia 8 dan 9 tahun

"Mereka terlibat dengan beberapa kes pecah rumah dan kes terbaharu di Indahpura di sini pada 26 April lalu dan mangsa berusia 40-an membuat laporan polis jam 6.30 petang pada hari yang sama

"Menerusi serbuan itu pihak polis merampas antaranya dua buah kereta, peralatan pecah rumah, wang tunai pelbagai negara, buku bank, pasport, barang kemas dan dua komputer riba yang semuanya bernilai lebih RM80,000," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini hari ini


Menurutnya, modus operandi mereka adalah dengan memecah masuk rumah melalui pintu depan dan tingkap rumah mangsa dengan menggunakan pemutar skru sebelum menyelinap masuk pada waktu siang dan malam


Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan dua dalang utama kumpulan itu yang dikenali sebagai Abdullah, 32, dan Norjan, 20, yang masih bebas manakala dua kanak-kanak itu sudah dibebaskan kerana tidak terlibat dengan kegiatan tersebut

"Kanak-kanak tersebut merupakan anak tiri kepada salah seorang suspek yang ditangkap. Siasatan mendapati mereka sudah melakukan 10 kes pecah rumah di kawasan Indahpura, Bandar Putera, Saleng dan Senai sejak November tahun lalu hingga kini," katanya

Beng Yeow berkata, ada di antara suspek berkenaan memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) sementara yang lain tidak memiliki sebarang dokumen

"Polis juga masih menyiasat semua suspek yang tidak memiliki pekerjaan itu sudah berapa lama tinggal di negara ini," katanya

Katanya, tiga suspek tersebut direman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun atau denda atau sebatan


Sumber: Sinar Harian

from Sehinggit Media https://ift.tt/2W8tnDs
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/tiga-lelaki-rohingya-terlibat-pecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Ditahan Pecah Rumah Curi Babit Kerugian Hampir Rm500 000

Doktor Ditahan Pecah Rumah Curi Babit Kerugian Hampir Rm500 000

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 401 hits
Seorang doktor ditahan polis selepas disyaki terbabit sekurang kurangnya 22 kes pecah rumah dan curi di kondominium didiaminya sejak enam tahun lalu dalam serbuan di Gurney Park di sini Khamis lalu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komi...
Petugas Medis Terpaksa Menikah Via Online Di Rumah Sakit Ijab Kabulnya Sempat Diulang Tiga Kali

Petugas Medis Terpaksa Menikah Via Online Di Rumah Sakit Ijab Kabulnya Sempat Diulang Tiga Kali

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 296 hits
Keluarga mempelai pria tidak dapat ikut serta menemani beruntung rekan sejawatnya di rumah sakit selalu mendampingi dengan senang hati
Tiga Termasuk Warga Emas Ditahan Curi Kambing

Tiga Termasuk Warga Emas Ditahan Curi Kambing

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 471 hits
KEPALA BATAS Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes kehilangan lapan ekor kambing di sebuah kampung di Tasek Gelugor di sini Rabu lalu
Lelaki Didakwa Pukul Dan Bawa Pulang Angsa Hitam Ditahan Polis Jumpa Masakan Daging Angsa Ketika Serbuan Di Rumah

Lelaki Didakwa Pukul Dan Bawa Pulang Angsa Hitam Ditahan Polis Jumpa Masakan Daging Angsa Ketika Serbuan Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 505 hits
Seorang lelaki di China telah ditahan kerana didakwa mencuri seekor angsa hitam daripada sebuah taman lalu menjadikannya hidangan Rakaman kamera litar tertutup berjaya merakamkan detik detik lelaki itu dipercayai mencuri haiwan terbabit dar...
Lelaki Kudung Bersama Tiga Rakan Ditahan Ketika Sedang Leka Berjudi Di Jelutong

Lelaki Kudung Bersama Tiga Rakan Ditahan Ketika Sedang Leka Berjudi Di Jelutong

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 449 hits
Makanan dan minuman disediakan oleh penganjur untuk kaki judi GEORGETOWN Polis menahan empat lelaki termasuk seorang orang kurang upaya kudung kaki selepas didapati berjudi dalam sebuah bangsal di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim dekat Jelutong di...
Covid 19 Suami Isteri Terlibat Kes Penipuan Sumbangan Ditahan

Covid 19 Suami Isteri Terlibat Kes Penipuan Sumbangan Ditahan

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 506 hits
LANGKAWI Polis menahan sepasang suami isteri disyaki terlibat dalam kes penipuan kutipan sumbangan Covid 19 yang kononnya untuk disalurkan kepada penduduk Bukit Malut di sini petang semalam
Pekerja Perubatan Ditangkap Di Pulau Pinang Dengan Lebih 22 Kes Pecah Rumah

Pekerja Perubatan Ditangkap Di Pulau Pinang Dengan Lebih 22 Kes Pecah Rumah

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 462 hits
Memetik laporan NST Pasukan petugas polis menahan seorang pekerja kesihatan di kediamannya pada 23 April berhubung dengan beberapa kejadian pecah rumah sejak enam tahun lalu di kondominium tempat dia tinggal Foto GoogleLelaki berusia 38 tah...
Seakan Pijak Kepala Tuan Rumah Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia

Seakan Pijak Kepala Tuan Rumah Lelaki Dedah Antara Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 844 hits
Hasrat pendatang asing tanpa izin dari Rohingya menyelinap masuk ke Malaysia melalui jalan laut berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia Dianggarkan terdapat lebih 200 orang berada di dalam bot dan cuba masuk ke negara namun dihalang ke...
Kereta Banyak Terpaksa U Turn Bersalin Di Rumah Air Ketuban Dah Pecah Baby Nak Keluar

Kereta Banyak Terpaksa U Turn Bersalin Di Rumah Air Ketuban Dah Pecah Baby Nak Keluar

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 455 hits
Walaupun dalam situasi PKP masih lagi dilaksanakan dan telah pun memasuki fasa ke 3 boleh nampak kenderaan tetap banyak melalui sekatan jalan raya Mungkin jika benar benar ada hal penting atau bekerja tiada masalah cuma yang dirisaukan mere...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

The Fine Line Between Tired And Unhappy

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Setiap Orang Ada

Pengkhianat 2 Kakitangan Jpn Terima Rasuah Dipenjara Setahun Denda Rm10 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Jambu Air Hijau

Yang Perlu Hanya Smart Brain

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Take Decisive Action Impose Nationwide Ban On Vape E Cigarettes To Protect Public Health Govt Told

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hindari Mafia Tanah Pastibpn Id Ajak Warga Bandung Untuk Urus Sertifikat Elektronik