Lelaki Kudung Bersama Tiga Rakan Ditahan Ketika Sedang Leka Berjudi Di Jelutong


Makanan dan minuman disediakan oleh penganjur untuk kaki judi.GEORGETOWN - Polis menahan empat lelaki termasuk seorang orang kurang upaya kudung kaki selepas didapati berjudi dalam sebuah bangsal di Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, dekat Jelutong di sini tengah malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengah malam, lelaki berusia lingkungan 40-an yang menggunakan kaki palsu itu bersama tiga rakannya yang lain tidak sempat melarikan diri sebaik bangsal yang didirikan di dalam kawasan semak berhampiran dengan sebuah bengkel kereta diserbu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hasil risikan yang dibuat sejak beberapa minggu lalu mengenai aktiviti perjudian yang dilakukan di kawasan itu.


Menurutnya, lokasi bangsal yang tersorok dalam kawasan semak dan diawasi puluhan ekor anjing di sekitar kawasan itu menyukarkan pasukan serbuan masuk, namun polis juga mengesan beberapa laluan tikus untuk mereka melarikan diri sekiranya diserbu.

Makanan dan minuman disediakan oleh penganjur untuk kaki judi.
Makanan dan minuman disediakan oleh penganjur untuk kaki judi.
"Pemantauan yang dilakukan sebelum ini mendapati lokasi berkenaan menjadi tumpuan kaki judi walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

"Perbuatan mereka yang ingkar PKP dengan berjudi beramai-ramai seolah-olah mencabar undang-undang dan tidak takut dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Zainol berkata, risikan juga mendapati aktiviti perjudian di lokasi berkenaan melibatkan pertaruhan wang tunai sehingga puluhan ribu ringgit dalam satu masa.

Menurutnya, dalam serbuan malam tadi pihaknya merampas daun terup, sejumlah wang tunai dan peralatan perjudian daripada empat lelaki berkenaan.

Katanya, pemeriksaan di dalam bangsal berkenaan juga menjumpai pelbagai makanan dan minuman ringan yang disediakan penganjur untuk kaki judi.

"Semua yang ditahan berusia antara 30 hingga 50 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut dan mereka akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

"Selain disiasat atas kesalahan berjudi mereka juga akan disiasat di bawah Peraturan 11, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana ingkar dengan PKP," katanya.

Kredit : Sinar Harian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/04/lelaki-kudung-bersama-tiga-rakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Lagi Berseronok Ketika Musibah Ambil Kesempatan Ketika Suasana Sunyi Pkp Pasangan Disyaki Berkhalwat Ditahan

Masih Lagi Berseronok Ketika Musibah Ambil Kesempatan Ketika Suasana Sunyi Pkp Pasangan Disyaki Berkhalwat Ditahan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 369 hits
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan yang menjalankan operasi mendedahkan ada yang masih mengambil kesempatan untuk bermadu kasih dipercayai ambil kesempatan keadaan sekeliling agak sepi dek arahan PKP Berdasarkan kenyataan laporan di Fac...
Terima Upah Seikhlas Hati Pelajar Tiga Rakan Jadi Runner

Terima Upah Seikhlas Hati Pelajar Tiga Rakan Jadi Runner

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 595 hits
SEREMBAN 7 April Pelbagai cara dilakukan untuk mengisi masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dan ada antaranya menghasilkan pendapatan tambahan di samping membantu pihak pihak yang memerlukan Seorang pelajar kolej tidak menyangk...
Hiburan Didakwa Ingkar Pkp Ditahan Ketika Roadblock Ini Penjelasan Fikry Ibrahim

Hiburan Didakwa Ingkar Pkp Ditahan Ketika Roadblock Ini Penjelasan Fikry Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 543 hits
Sebelum ini hangat di media sosial apabila viral video seorang pemandu yang didakwa artis popular mengingkari arahan PKP Malah pemandu berkenaan memberi alasan tidak tahu mengenai arahan yang dikeluarkan berkenaan membawa dokumen sebagai bu...
Ingkar Arahan Pkp Lima Sekawan Ditahan Ketika Lepak Di Beranda Rumah

Ingkar Arahan Pkp Lima Sekawan Ditahan Ketika Lepak Di Beranda Rumah

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 634 hits
DUNGUN Lima sekawan ditahan kerana kesalahan melanggar Peraturan Kawalan Pergerakan Kesemua lelaki yang berusia antara 27 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Wa di sini kira kira jam 7 petang Khamis Ketua Polis Daerah Dungun...
Keluar Nak Beli Peti Ais Lelaki Ini Beri Penerangan Ketika Ditahan Polis Dapat Kesan Pekerjaannya

Keluar Nak Beli Peti Ais Lelaki Ini Beri Penerangan Ketika Ditahan Polis Dapat Kesan Pekerjaannya

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 519 hits
SUDAH terbiasa mengajar murid di sekolah peranan dan sifat sebagai guru turut terbawa bawa di luar waktu kerja Begitulah situasinya yang dihadapi Muhammad Azhan Zaffuan Ramli 33 apabila askar dan polis yang berkawal di satu sekatan jalan ra...
Ditahan Kerana Berarak Enggan Bersurai Ketika Majlis Pengebumian

Ditahan Kerana Berarak Enggan Bersurai Ketika Majlis Pengebumian

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 366 hits
KLANG Polis menahan seramai 26 individu kerana berdegil untuk bersurai sebaliknya terus melakukan perarakan ketika upacara pengebumian di Taman Intan Kapar di sini semalam Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Sal...
Sedang Asyik Melepak Dengan Rakan Sekali Polis Datang Lelaki Tak Fikir Banyak Terus Terjun Paya

Sedang Asyik Melepak Dengan Rakan Sekali Polis Datang Lelaki Tak Fikir Banyak Terus Terjun Paya

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 335 hits
Berani buat tapi tak berani kena tngkap Mungkin itu pepatah sesuai bagi segelintir masyarakat yang suka keluar rumah dan ingkar arahan kerajaan Pelbagai kaedah dah teknik dilakukan individu yang ingkar dengan arahan PKP demi menyelamatkan d...
Bella Astillah Akui Rujuk Ketika Dalam Edah Kini Sedang Hamil

Bella Astillah Akui Rujuk Ketika Dalam Edah Kini Sedang Hamil

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 457 hits
Sejak kebelakangan ini timbul pelbagai spekulasi mengenai Bella Astillah dan penyanyi Aliff Aziz mengenai hubungan mereka Walau bagaimanapun menerusi mStar Bella Astillah mengesahkan dirinya dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk ketika mereka ...
Padangbesar Pondan 14 Lelaki Leka Berbual Ditahan Ingkar Pkp

Padangbesar Pondan 14 Lelaki Leka Berbual Ditahan Ingkar Pkp

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 380 hits
Seorang pondan dan 14 lelaki termasuk seorang warga Thailand ditahan di sebuah pondok di Kampung Panggas Besar dekat sini semalam kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar DSP Shahrim Azhar...
Tidur Adalah Terapi Segarkan Badan Anda Layan Tidur Itu Hak Kita Sebagai Manusia

Google Year In Search 2025 Malaysia Senarai Carian Paling Trending Tahun Ini

Mandi Swimming Pool Hotel Sentral Melaka

Iesf Wec Malaysia Juara Kejohanan Dunia Iesf 2025 Dua Tahun Berturut Turut

Relik Menarik Dari Pompeii Dua Temuan Menakjubkan Yang Mengungkap Kisah Lalu

Sinaran Krepuskular Dan Burung Pucung Cina

Yusuf Azmi Tewas Tko Yunus Martin Raih Kemenangan Sulung Di Malaysia

Bila Kita Jadi Watak Jahat Dalam Cerita Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Merebus Jantung Pisang Agar Tidak Hitam

Perjanjian Ekstradisi Indonesia Dan Rusia Langkah Diplomatik Menuju Kerjasama Penegakan Hukum

Implikasi Kenaikan 2 Tenaga Harian Daripada Trans Fat Terhadap Kesihatan

Persiapan Akhir Malayan Tigress Skuad Beraksi Di Pentas Utama

Bundle Hbo Max Viu Kini Tersedia Harga Rm33 90 Bulan

2 Minggu Batuk Kering Makan Muntah Sajat Mohon Doa Sedang Diuji Masalah Kesihatan