Tiga Lagi Kanak Kanak Positif Dijangkiti Je Akibat Gigitan Nyamuk Culex


Perkhabaran positif kes Covid-19 kini makin melegakan rakyat Malaysia. Namun cara hidup dalam norma baharu mesti dititikberatkan. Ini bagi mengelakkan berlaku semula penularan wabak ini dalam diam.
Cuma apa yang dirisaukan kini adalah kes JE melalui gigitan nyamuk culex yang lebih cepat membiak di kawasan ternakan babi dan boleh menjangkiti penduduk di sekitarnya.
Gambar Hiasan 6 kes dikesan di Pulau Pinang
Seperti yang dilaporkan, tiga lagi kes Japanese Encephalitis (JE) direkodkan di Pulau Pinang selepas ujian makmal yang dijalankan menjadikan keseluruhan enam kes dikesan setakat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Norlela Ariffin berkata, tiga kes baharu itu membabitkan dua di Sungai Bakap, daerah Seberang Perai Selatan (SPS) manakala satu lagi di Balik Pulau, daerah Barat Daya.
“Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang ujian makmal tiga kes itu positif dan mangsa yang dijangkiti JE terdiri daripada kanak-kanak, namun semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Gambar Hiasan Jangkitan mungkin dari ladang ternakan babi berdekatan
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan umur serta jantina kanak-kanak yang dijangkiti JE itu namun memaklumkan mereka tidak menunjukkan gejala serius.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan semua mereka dijangkiti JE dari ladang ternakan babi terdapat di kawasan mereka kerana nyamuk culex membiak di air kumbahan ternakan serta parit tersumbat yang kotor.
Norlela berkata, sehingga semalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengambil sampel dari 90 babi di ladang ternakan di SPS dan Barat Daya serta lima babi hutan di daerah SPS, Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah, namun ujian makmal mendapati semuanya negatif JE.
“Menurut JPV Pulau Pinang ujian pada babi biasanya negatif JE, kerana ruang buat JE untuk muncul agak terhad, jadi masih ada kemungkinan ia datang dari babi yang diternak di ladang, tambahan pula kebanyakan JE kes menunjukkan apa-apa simptom,” katanya.
Gambar Hiasan Semburan berjadual, putuskan rantaian nyamuk culex
Katanya, memandangkan penyakit ini disebarkan melalui gigitan nyamuk culex, kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan ‘larvasiding’ dan semburan kabus akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan nyamuk dewasa.
Beliau turut menasihatkan pemilik ladang babi untuk memastikan ia dalam keadaan bersih dan tiada takungan air, serta pergerakan air parit berjalan lancar bagi mengelak nyamuk jenis culex membiak.
Gambar Hiasan “Orang ramai juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital apabila mengalami demam dan tanda penyakit JE seperti sakit kepala, sawan atau perubahan neurologi,” katanya.
Pada 27 Jun lalu, dua kes JE yang dilaporkan di SPS membabitkan dua kanak-kanak berusia dua dan lapan tahun, dengan seorang daripadanya masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), dan mereka dalam keadaan stabil.
Sumber: Bernama & Metro
The post Tiga Lagi Kanak-Kanak Positif Dijangkiti JE Akibat Gigitan Nyamuk Culex appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tiga-lagi-kanak-kanak-positif-dijangkiti-je-akibat-gigitan-nyamuk-culex/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Belum Reda Wabak Je Gigitan Nyamuk Culex Dikesan Berisiko Radang Otak

Covid 19 Belum Reda Wabak Je Gigitan Nyamuk Culex Dikesan Berisiko Radang Otak

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 252 hits
Dalam keadaan negara sedang melalui proses pemulihan Covid 19 rakyat mula dibimbangi pula dengan satu lagi wabak iaitu Japanese Encephalitis yang disebarkan oleh nyamuk Culex Sebelum ini melalui laporan Bernama terdapat dua kes JE dilaporka...
Parti Liar Tiga Warga Asing Antara 19 Individu Ditahan Polis Semua Positif Dadah

Parti Liar Tiga Warga Asing Antara 19 Individu Ditahan Polis Semua Positif Dadah

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 311 hits
TAWAU 1 Julai Polis menahan 19 individu termasuk tiga warga Indonesia yang didapati positif dadah terbabit dalam satu parti liar di sebuah rumah di Taman Nordin di sini semalam Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata kesemua 11 le...
Tiada Jaminan Pesakit Sembuh Covid 19 Tidak Dijangkiti Semula Pemeriksaan Setiap Tiga Bulan

Tiada Jaminan Pesakit Sembuh Covid 19 Tidak Dijangkiti Semula Pemeriksaan Setiap Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 278 hits
PUTRAJAYA 26 Jun Kementerian Kesihatan akan melakukan pemeriksaan susulan terhadap pesakit COVID 19 yang sudah didiscaj dari hospital setiap tiga bulan bagi memantau tahap sebenar antibodi dan keadaan paru paru mereka Ketua Pengarah Kesihat...
Pengalaman Positif Gbs Semasa Mengandung Risiko Tinggi Pada Bayi

Pengalaman Positif Gbs Semasa Mengandung Risiko Tinggi Pada Bayi

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 523 hits
Pengalaman Positif GBS Semasa Mengandung Risiko Tinggi Pada Bayi l Assalamualaikum Mengandung kali kedua ni memang tak dijangka Ye lah masa lepas habis bf Syafi sampai 2 tahun setengah Ana dah target untuk pregnant lagi Tapi belum sampai re...
Kasus Positif Di Palembang Terus Bertambah Gugus Tugas Covid 19 Sarankan Psbb Lagi

Kasus Positif Di Palembang Terus Bertambah Gugus Tugas Covid 19 Sarankan Psbb Lagi

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 251 hits
Juru bicara Gugus Tugas Covid 19 Sumsel Iche Andriyani Liberty mengungkapkan penyebaran virus corona di Palembang khususnya lantaran tingginya aktivitas warga setelah PSBB tak lagi diterapkan
Banten Laporkan 8 Kasus Positif Covid 19 222 Sembuh

Banten Laporkan 8 Kasus Positif Covid 19 222 Sembuh

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 252 hits
Tidak seperti biasanya Yuri tak menyebutkan penambahan kasus baru di semua provinsi di Indonesia hanya beberapa provinsi dengan tingkat kesembuhan yang tinggi saja yang ia sebutkan
Dawam Warga Sragen Pilih Karantina Mandiri Di Kuburan Usai Dinyatakan Positif Corona

Dawam Warga Sragen Pilih Karantina Mandiri Di Kuburan Usai Dinyatakan Positif Corona

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 250 hits
Masa pandemi covid 19 barangkali tak akan pernah dilupakan oleh Dawam perangkat desa di Desa Tanon Kecamatan Tanon Sragen Pasalnya tak hanya menjadi bagian untuk membantu penanganan pria yang menjabat sebagai Kasi Pelayanan dan juga Tim Sat...
Pengantin Pria Meninggal Usai Nikah 95 Tamu Undangan Positif Corona

Pengantin Pria Meninggal Usai Nikah 95 Tamu Undangan Positif Corona

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 232 hits
Lelaki di Bihar India meninggal dua hari setelah menikahi gadis pujaan hatinya Belakangan diketahui mempelai lelaki tersebut terpapar virus corona covid 19 Menyadur Times of India Rabu pria yang tak disebutkan identitasnya ini bekerja di da...
Hasil Swab Pendiri Pks Hilmi Aminuddin Positif Covid 19

Hasil Swab Pendiri Pks Hilmi Aminuddin Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 303 hits
Mantan Ketua Majelis Syura sekaligus pendiri Partai Keadilan Sejahtera Hilmi Aminudin meninggal dunia kemarin Selasa Dari hasil swab test Hilmi positif virus Covid 19 Pihak keluarga pun sudah melakukan isolasi
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti