Tiga Hari Yang Luar Biasa



1. Ibarat mimpi, tiga kuasa besar dunia dilapor melakukan aktiviti ketenteraan yang kritikal dalam tempoh tiga hari berturut-turut.

2. Pada 15 April Rusia melancarkan ujian peluru berpandu ‘pembunuh satelit’ (satellite killer) yang dikenali sebagai PL-19 Nudol.

3. Pada 16 April pula China dilapor melakukan ujian peluru berpandu nuklear rahsia bawah tanah di tapak Lop Nur – hari yang sama juga kapal China dilapor menceroboh perairan Malaysia.

4. Pada 17 April Amerika Syarikat melalui ‘US Space Force’ mengisytiharkan bahawa mereka sedang membina model baru sistem senjata penghalang komunikasi satelit selepas 16 unit ‘Counter Communications System Block 10.2’ sah dibangunkan.

5. Menariknya, ketiga-tiga perkembangan ini berlangsung berturut-turut kurang 48 jam selepas ‘perang harga minyak’ tamat antara Rusia dengan proksi Amerika, iaitu Arab Saudi.

6. Untuk rekod, tindakan Rusia melancarkan ujian peluru berpandu ‘pembunuh satelit’ PL-19 Nudol pada 15 April hadir kurang sebulan selepas Amerika Syarikat melancarkan satelit kalis perang nuklear, iaitu Advanced Extremely High Frequency (AEHF-6) pada 27 Mac 2020.

7. Ujian peluru berpandu ‘pembunuh satelit’ oleh Rusia ini dilancarkan dari Plesetsk Cosmodrome dan terbang sejauh 3000 km sebelum terhempas di Laut Laptev.

8. ‘Pembunuh satelit’ PL-19 Nudol Rusia ini dihasilkan oleh kontraktor pertahanan Rusia Almaz Antey, yang sememangnya mengkhusus dalam peluru berpandu jarak jauh – bahkan Nudol dibangun berasaskan sistem anti-peluru berpandu balistik A-235.

9. China pula, meski pun menandatangani Comprehensive Test Ban Treaty (CTBT), namun ia tidak meratifikasinya sekali gus menjadikan perjanjian yang membolehkan pemantauan ke atas tapak ujian nuklear di negara itu tidak terpakai.

10. Tindakan China menjalankan ujian nuklear rahsia bawah tanah ini dalam keadaan ia enggan untuk menyertai perjanjian START (Strategic Arms Reduction Treaty) yang diusulkan oleh Presiden Amerika Donald Trump – kononnya atas alasan senjata nuklear China dibangunkan bagi tujuan defensif dan tidak mendatangkan ancaman – kini semakin mengundang rasa sangsi kuasa besar yang lain.

11. Hakikatnya, China dianggarkan memiliki 300 senjata nuklear dan tindakan agresif mereka di Laut China Selatan – terbaru laporan kapal mereka menceroboh perairan Malaysia hadir pada hari yang sama apabila Jabatan Negara Amerika mendedahkan ujian nuklear bawah tanah di tapak Lop Nur – menafikan secara tidak langsung dakwaan bahawa China bersikap ‘defensif’.

12. Amerika pula, disebalik usahanya untuk memperbaharui perjanjian START dengan Moscow yang bakal tamat pada Februari ini, bertanggungjawab untuk memarakkan ‘perlumbaan senjata ke arah perang angkasa’ dengan Rusia dan China.

13. Jika perjanjian START bertujuan untuk mengurangkan senjata strategik seperti peluru berpandu nuklear jarak jauh, Rusia telah mengusulkan satu perjanjian yang hampir serupa dalam konteks mencegah ‘perlumbaan senjata di angkasa lepas’ tetapi ditolak Amerika.

14. Sebaliknya, tidak cukup dengan melancarkan satelit Advanced Extremely High Frequency (AEHF-6) yang mencetus tindak balas Rusia pada 15 April, Amerika pada 17 April mendedahkan bahawa mereka sedang membina model baru sistem senjata penghalang komunikasi satelit yang dikenali sebagai ‘Meadowland’.

15. Leftenan Kolonel Stephen Brogan dari US Space Force dilaporkan Bloomberg mendedahkan bahawa empat unit model baru Meadoland akan disiapkan pada Oktober 2022 di mana ia lebih ofensif dengan keupayaan untuk menghalang lebih banyak frekuensi dan juga lebih ringan.

Ternyata, dalam keadaan seluruh dunia dibelenggu krisis pandemik COVID-19 yang masih tidak kunjung reda, tiga kuasa besar dunia ini tidak sama sekali mengendurkan persaingan kuasa antara mereka.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.

Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://scriptersnews.blogspot.com/2020/04/tiga-hari-yang-luar-biasa-russia-china.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ide Penelitian Anak Sma Yang Luar Biasa Kocak Ternyata Meneliti Sesuatu Itu Bisa Fun Juga Ya

10 Ide Penelitian Anak Sma Yang Luar Biasa Kocak Ternyata Meneliti Sesuatu Itu Bisa Fun Juga Ya

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 308 hits
Anak SMA aja bisa bikin penelitian keren gini masa kamu yang udah kuliah skripsinya gitu gitu aja kabarnya Aww
11 Ilustrasi Ini Gambarkan Dedikasi Luar Biasa Dari Tim Medis Selama Pandemi Corona Bikin Sedih

11 Ilustrasi Ini Gambarkan Dedikasi Luar Biasa Dari Tim Medis Selama Pandemi Corona Bikin Sedih

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 344 hits
Kita patut bersyukur karena masing masing negara yang terdampak covid 19 punya putra putri terbaik yang mendedikasikan hidupnya sebagai dokter dan tenaga medis hormat
Petir Di Siang Hari Sambar Petani Di Manggarai Tiga Orang Tewas

Petir Di Siang Hari Sambar Petani Di Manggarai Tiga Orang Tewas

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 299 hits
Petir di siang hari menyambar 3 orang petani warga Rahong Utara Kabupaten Manggarai tewas di sambar petir Selasa Tiga orang warga Rahong Utara Kabupaten Manggarai tewas di sambar petir Selasa siang Berdasarkan informasi yang diperoleh POS K...
Luar Biasa Masjid Al Aqsa Kesunyian Sambut Bulan Ramadan

Luar Biasa Masjid Al Aqsa Kesunyian Sambut Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 578 hits
BAITULMAQDIS Buat pertama kali dalam sejarah moden perkarangan Masjid al Aqsa kesunyian tanpa para jemaah ketika menyambut ketibaan bulan Ramadan Kebiasaannya puluhan ribu orang akan berbondong bondong ke tapak suci umat Islam itu untuk men...
Saya Dipilih Jadi Pm Dalam Situasi Luar Biasa Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Saya Dipilih Jadi Pm Dalam Situasi Luar Biasa Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 362 hits
SELEPAS 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid 19 Menjelaskan keputusan sukar itu Muhy...
Kebiasaan Yang Luar Biasa Pada Ramadan Tahun Ini

Kebiasaan Yang Luar Biasa Pada Ramadan Tahun Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 385 hits
Oleh Dr Azlan Shaiful Baharum SEMALAM kita menyambut ketibaan penghulu segala bulan iaitu Ramadan al Mubarak Ramadan Mubarak atau Ramadan Kareem diucapkan kepada pembaca Tahun ini kita akan menyambut bulan yang mulia ini seperti biasa denga...
Lirik Lagu Disaat Aku Pergi Dadali

Can Madani Deliver One Million Affordable Homes

From The Garage Understanding Motorcycle Engine Oil

Kuiz Ai Kebangsaan 2025 Untuk Murid Sekolah Menengah

Kuah Rojak Mak Bee Extra Pedas

Petronas In Talks To Sell Rio Oil Field Stake For Us 1bil

Tindakan Mfl Buat Perubahan Saat Akhir Ibarat Tiada Pendirian Pekan

Suami Isteri Maut Ford Mustang Terbabas Di Jalan Segamat Kuantan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Bag Custom Untuk Doorgift Kenduri Majlis Rasmi Sentuhan Eksklusif Untuk Tetamu Anda

Emotional Intelligence For Success

Top Commentators Of July Tahniah Blogger Mohamad Taufik

Qjmotor Srk 250 S Lancar Hujung Minggu Ini Harga Bawah Rm10k

United Newcastle Berebut Sesko Harian Metro

Vivo V60 Bakal Diperlihat Semasa Kl Fashion Week 2025