Tiga Gajet Dapur Bawah Rm200 Yang Patut Ada Di Rumah
Bread maker apa yang paling best? Sis dah lama usha bread maker ni. Ralit pulak tengok orang share video meroti. Lagi-lagi time PKP ni. Masing-masing duk pakat keluar resepi berapi-rapi, mengapi-apikan kami yang tak pernah meroti ni. So siapa yang dah beli? Mehla kongsi menarik ke tidak bread maker ni. Paling budget friendly nampaknya Bread Maker Russell Taylors. Harga sama di Shopee mahupun Lazada. Tadi cuci mata di Lazada. Harga RM199 sekarang ni. Chup dulu masuk cart. Cepat korang beli kalau dah aim lama. Tengah big sale 11/11 ni.
Air Fryer memang sis dah ada di rumah. Highly recommended. Tak kisahla cap bulan atau bintang yang penting nama dia air fryer. Jimat masa. Jimat tenaga. Teringin nak makan ayam korea, sis beli je chiken wings kat Speedmart, masuk dalam air fryer suhu 180C lebih kurang 25 minit. Siap! Pastu sapu sos korea adabi. Fuh! Terangkat...jimat duit sis dari mengorder Grab. Kat bawah ni harga baru RM169. Sis beli dulu dua ratus lebihla jugak cap bintang. Rupa lebih kurang sama. Sampai sekarang masih duk guna. Sakittt hati juga bila tengok harga Russell Taylors ni memang murah giler. Kalau nak tengok spesifikasi nah sis dah tepek, pergi tengok sendiri :)
Ni lagi satu gajet dapur atau kitchen gadget yang wajib ada dalam setiap rumah. Wahai para suami, hadiahkan satu Russell Taylors buat isteri. Barulah lelaki seksi. Mr. Hubsy dah hadiahkan satu untuk sis, cap bulan. Harga mintak ampun RM700 lebih. Dua ploh kali suami berfikir nak beli. Nak terjolol biji mata tengok kemurahan harga pressure cooker zaman la ni. Honest review memang senang hati ada pressure cooker di rumah. Sis masak nasi arab jamu untuk tetamu datang beraya. Nasi masak elok sempurna. Pernah share dah previous post. Nasi dagang, paling best sup tulang. Alahai senang kerjaan. Time Aidiladha memang bermanfaat pressure cooker ni. Masak sup tulang, nasi daging, daging goreng kunyit memang effortless.
Sis tolong kongsi perkhabaran sahaja. Nah, ini tiga jenis barang elektrik atau gajet dapur bawah RM200 yang patut ada di rumah. Yang elok kita war-warkan. Pastu sis tengok kat FB group ada banyak private group yang berkongsi resepi dan tips Russell Taylors ni. Maklumat semua di hujung jari. Tinggal mencari sahaja :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azyyatiliah.com/2020/11/tiga-gajet-dapur-bawah-rm200-yang-patut.html