Tiga Beradik Lemas Di Terengganu Salam Takziah




Tiga Beradik Lemas Di Terengganu | Terbaca kisah kematian tiga beradik perempuan yang dipercayai lemas di Dungun Terengganu. Dilaporkan tiga beradik ni mengikut makcik mereka bercuti ke Terengganu dan mereka berkelah di pantai petang semalam. Difahamkan yang pada awalnya dua daripada mangsa telah ditarik oleh ombak besar ke laut dan kemudian kakaknya cuba menyelamatkan adik-adiknya. Malang sekali cubaan itu gagal dan kakaknya juga ditarik ombak yang begitu besar. Ketiga-tiga mangsa dihanyutkan ombak ke tengah laut. Ombak pantai memang menakutkan. Fobia

Ibu bapa mereka tidak turut serta kerana menguruskan urusan persekolahan yang bakal bermula tak lama lagi. Kebetulan mereka sekeluarga masih lagi keletihan kerana baru balik bercuti dari Thailand. Ajal menjemput dan sekaligus si ibu dan bapa kehilangan anak-anak mereka. Sungguh mereka insan terpilih. Diuji dengan musibah seberat ini

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali
Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim tertimpa sesuatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya.” [HR Bukhari dan Muslim]

Kenangan Lemas di Pantai Teluk Cempedak
Teringat berpuluh tahun dahulu ada satu peristiwa hitam berlaku dalam keluarga kami juga dikaitkan dengan laut dan peristiwa orang mati lemas ni. Paling tepat yang menjadi mangsa lemas adalah jiran Diah di kampung. Arwah sangat rapat dengan Diah. Kiranya dia pangkat abang. Arwah seorang yang kelakar, periang dan bijak. Nama yang selalu dipanggil di sekolah untuk terima anugerah kecemerlangan

Banyak buku-buku arwah diberikan pada Diah, sebab mak dia kata dia berniat nak hadiahkan pada Diah. Allahu. Walaupun pun dah berpuluh tahun perkara tu berlaku namun kenangan manis dan ingatan pada arwah tak pernah pudar. Orang yang baik memang akan dikenang sampai bila-bila

Masih ingat waktu tu orang masih sibuk berhari raya. Masing-masing tengah bercuti jadi kesempatan tu abang Diah dan rakan-rakan dia ambil kesempatan untuk makan angin di Teluk Cempedak di Kuantan Pahang. Hajatnya nak mandi pantai. Mereka bertolak dengan menaiki van, pagi tu arwah ceria. Sebelum bertolak sempat dia dukung anak saudara Diah yang berusia setahun. Anak saudara gembira bila didukung arwah dan menangis teruk ketika arwah mahu bertolak pergi. Seperti tak merelakan arwah pergi

Kami sedar ianya seakan satu petanda bila petang tu dapat panggilan diberitahu yang arwah lemas dan masih belum dijumpai. Berita arwah lemas kami terima dengan sukar sekali. Lepas beberapa jam operasi menyelamat diadakan arwah dijumpai tersepit di celahan batu besar. Kepalanya cedera akibat terhempas dengan batu akibat dipukul ombak. Sayunya hati Allah sahaja yang tahu

Sampai sekarang tiap kali ada berita orang mati lemas, kenangan dengan arwah pasti menjelma. Peritnya kehilangan tu. Diah hanya jiran tapi amat terasa sekali pemergian arwah. Apatah lagi ahli keluarga

Langkah-langkah Pencegahan
Baru Diah tahu yang sesetengah kawasan laut mempunyai arus deras yang boleh menarik mangsa ke kawasan air dalam. Selama ni mandi laut tapi kurang kesedaran tentang bahaya yang boleh menimpa. Untuk kita yang masih hidup ambil iktibar setiap apa yang berlaku. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh di ambil bila kita berada di kawasan perkelahan pantai, air terjun dan sebagainya ialah:
Ketahui ramalan cuacaBerenang dan menyelam dengan selamat. Berjaga-jaga jika berenang di dalam arus dna banyak kejadian lemas berlaku di sungai bila berenang dalam arus.Jangan memasuki air dengan terjun kepala dahulu melainkan dasar dan kedalaman dasar diketahui. Kecederaan tengkuk dan leher boleh mengakibatkan lemas. Elakkan pengambilan alcohol sebelum berenang dan jangan berenang berseorangan.Anak kecil yang berenang perlu ditemani orang dewasa. Pakai jaket keselamatan bila berada di air.Belajar berenang dapat membantu bila berada dalam keadaan sukar dan atasi panik. Apa punSemoga ahli keluarga mangsa tiga beradik yang lemas tu dan semua yang terlibat tabah menghadapi dugaan dari Allah. Entah bagaimana pula kalau ujian tu terkena dekat diri sendiri dan keluarga. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap peraturan yang ditetapkan. 





















Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/01/tiga-beradik-lemas-di-terengganu-salam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Dua Daripada Tiga Beradik Lemas Ditemui Pagi Tadi

Mayat Dua Daripada Tiga Beradik Lemas Ditemui Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 584 hits
MAYAT dua daripada tiga beradik yang lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah Dungun semalam ditemui hari ini Mayat Nurain Sofia Zawawi 8 ditemui lima kilometer dari tempat kejadian oleh Pasukan Mencari Dan Menyelamat SAR 7 48 pagi s...
Jenazah Tiga Beradik Lemas Selamat Dikebumikan

Jenazah Tiga Beradik Lemas Selamat Dikebumikan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 513 hits
31 Disember 2018 8 13 PM PASIR MAS Jenazah tiga beradik yang lemas di Pantai Sura Dungun Terengganu semalam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat di sini hari ini
Bersemadilah Dengan Tenang Anak Anakku Suasana Hiba Iringi Pengkebumian Tiga Beradik Lemas

Bersemadilah Dengan Tenang Anak Anakku Suasana Hiba Iringi Pengkebumian Tiga Beradik Lemas

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 1119 hits
Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat di sini semasa pengkebumian jenazah tiga beradik yang lemas dalam tragedi di Pantai Sura Dungun Terengganu Jenazah tiga beradik itu Nurain Fatma Zawawi 10 Nurain Sufia Zawawi 8...
Ibu Mangsa Lemas Dungun Pengsan Melihat Mayat Tiga Anak

Ibu Mangsa Lemas Dungun Pengsan Melihat Mayat Tiga Anak

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 883 hits
DUNGUN Suasana pilu menyelubungi Bilik Forensik Hospital Dungun di sini selepas kesemua mayat tiga beradik yang lemas dipukul ombak besar di Pantai Sura Tengah semalam ditemui pagi tadi Ahli keluarga termasuk ibu bapa mangsa Zawawi Wahab 42...
Mereka Berpelukan Selepas Ditarik Ombak Tiga Beradik Lem4s Ketika Bermain Di Pantai Sura Tengah

Mereka Berpelukan Selepas Ditarik Ombak Tiga Beradik Lem4s Ketika Bermain Di Pantai Sura Tengah

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 739 hits
Mereka berpelukan selepas ditarik ombak Tiga beradik lem4s ketika bermain di Pantai Sura Tengah Tiga beradik dilaporkan lemas selepas ditarik ombak ketika bermain di tepi Pantai Sura Tengah dalam kejadian jam 6 40 petang semalam Tiga beradi...
Tiga Beradik Hidup Menumpang

Tiga Beradik Hidup Menumpang

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 683 hits
Ketika remaja seusia meyambung sesi persekolahan baru tiga beradik yang menumpang teduh di rumah ibu saudara di Taman Seremban Jaya Seremban terpaksa berhenti sekolah tahun lalu akibat kemiskinan keluarga
Ditarik Ombak Besar Tiga Beradik Dikhuatiri Lem4s Di Dungun

Ditarik Ombak Besar Tiga Beradik Dikhuatiri Lem4s Di Dungun

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 787 hits
Ditarik ombak besar tiga beradik dikhuatiri lemas di Dungun Difahamkan ibu bapa mangsa tidak mengikuti percutian tersebut dan berada di kampung ketika kejadian Kegembiraan percutian tiga beradik bertukar tragedi apabila mereka dikhuatiri le...
Tiga Pemain Dari Uzbekistan Yang Dikaitkan Dengan Terengganu Fc

Tiga Pemain Dari Uzbekistan Yang Dikaitkan Dengan Terengganu Fc

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 459 hits
Kuala Terengganu Penyokong TFC masih menunggu siapakah pemain yang akan memenuhi kuota pemain import yang dijangka bakal diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan FA pada 5 januari 2019 ini di Kota Bharu Kami bawakan tiga n...
Tiga Beradik Mangs4 Lem4s Pantai Sura Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad

Tiga Beradik Mangs4 Lem4s Pantai Sura Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 489 hits
Pilu tiga beradik mangs4 lem4s Pantai Sura disemadikan dalam satu liang lahad Jenaz4h tiga beradik yang meningg4l dunia akibat lem4s di Pantai Sura Tengah Dungun Terengganu dikebumikan dalam satu liang lahad Satu liang Lahad Jenazah tiga be...
Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

Khatan Barakah Insani Iskandar Puteri Jauhar

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara

Bateri 7000mah Untuk Siri Galaxy S26