Roche Anjur Webinar Memimpin Kesaksamaan Dan Keadilan Bersempena Hari Wanita Sedunia 2023


ROCHE ANJUR WEBINAR MEMIMPIN KESAKSAMAAN DAN KEADILAN BERSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023 | Assalammualaikum semua. Pada 8 Mac bersempena Hari Wanita Sedunia 2023, Ruby berbesar hati dapat memanfaatkan hari tersebut dengan menyertai Sesi Perbincangan melalui Zoom iaitu topik Leading for Equality & Equity: How far have we already come towards gender equity in our nation? (Memimpin Kesaksamaan & Keadilan: Sejauh manakah telah kita capai dalam kesaksamaan jantina di negara kita?)
Topik yang menarikkan? Apa yang lagi menarik adalah barisan panel yang turut serta. Beliau adalah Datin Paduka Marina Mahathir, Penulis & Aktivis; Cindy Sirinya Bishop, Duta Muhibah (Goodwill) Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Asia Pasifik, Thailand; Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd dan Yeoh Ying Ying, Pengurus Besar Roche Singapore Pte Ltd. 
ROCHE ANJUR WEBINAR MEMIMPIN KESAKSAMAAN DAN KEADILAN BERSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2023 


Moderator sepanjang program adalah Freda Liu BFM yang sememangnya berpengalaman dalam mengupas isu semasa berkaitan isu semasa di Malaysia dan dunia. Bersempena Hari Wanita Antarabangsa, Roche Malaysia, Thailand dan Singapura menganjurkan satu webinar yang bertajuk “ Menerajui Kesaksamaan & Keadilan: Sejauh manakah telah kita capai dalam kesaksamaan jantina di negara kita?”
Di samping meraikan kepimpinan wanita, sesi tersebut juga bertujuan untuk memberi penekanan terhadap keperluan keadilan untuk mencapai kesaksamaan jantina serta keupayaan mengubah kesihatan pesakit menerusi perkongsian wanita inspirasi yang telah memberikan impak positif dalam industri masing-masing


Barisan panel pemimpin wanita dari rantau Asia Pasifik ini terdiri daripada Datin Paduka Marina Mahathir, Penulis & Aktivis; Cindy Sirinya Bishop, Duta Muhibah (Goodwill) Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Asia Pasifik, Thailand; Deepti Saraf, Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd dan Yeoh Ying Ying, Pengurus Besar Roche Singapore Pte Ltd. 
Mereka berkongsi pengalaman, pandangan dan perspektif masing-masing dalam memperjuangkan kesaksamaan jantina dalam industri yang diceburi bagi menginspirasikan kebijaksanaan, keberanian dan perubahan dalam komuniti. 

Mengulas mengenai keperluan perubahan struktur dalam komuniti, Datin Paduka Marina berkata, “Saya percaya keadilan dan kesaksamaan adalah penting bagi Malaysia dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan makmur yang akan menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi dan peluang yang saksama bagi wanita. 
Menggalakkan kesaksamaan jantina akan memperkasakan Malaysia untuk menyerlahkan potensi bakat wanita. Keadilan dan kesaksamaan bagi wanita juga akan meningkatkan keadilan sosial dan penglibatan dalam proses membuat keputusan terhadap keperluan dan kepentingan wanita.”

Deepti Saraf teguh memperjuangkan kesaksamaan kesihatan wanita memandangkan jurang yang lebih luas dapat dilihat dalam bidang penjagaan kesihatan untuk wanita. Beliau berkata, “Wanita membentuk 70%  daripada tenaga kerja ¹ sektor penjagaan kesihatan di peringkat global tetapi hanya 52% ² aset penjagaan kesihatan global memberi tumpuan terhadap wanita. Turut didapati bahawa wanita kurang diwakili dalam ujian klinikal, menyumbang kepada ketidaksamaan kesihatan dan ketidakadilan sosial ³.”
Beliau menambah, “Kita memerlukan lebih ramai pemimpin wanita untuk menyuarakan ketidaksamaan ini. Di Malaysia, pada masa ini wanita membentuk 40% daripada pasukan pengurusan kanan pada tahun 2022 ⁴. 
Ini tentunya satu pencapaian yang baik. Sungguhpun terdapat perkembangan positif dalam kesaksamaan jantina sejak beberapa dekad lalu, namun dunia masih belum berada pada landasan untuk mencapai mencapai kesaksamaan jantina menjelang 2030 ⁵.”
Deepti menegaskan bahawa Roche amat komited dalam penyelidikan dan perkongsian yang inklusif bagi memperkasakan infrastruktur penjagaan kesihatan buat wanita. 
“Di tempat kerja kami, kami menyokong wanita dengan membina sebuah komuniti yang sejahtera untuk warga kerja wanita, memastikan mereka mendapat pementoran dan bimbingan serta menangani kecenderungan yang tidak sedar dan kepercayaan mengehadkan yang sering didepani wanita,” katanya. 

Ying Ying Yeoh, yang percaya bimbingan dan jalinan kerjasama meningkatkan peluang untuk kesaksamaan, berkata, “Kita mampu mencapai lebih banyak sekiranya kita berkolaborasi dan menyokong satu sama lain. Sama ada bersama pasukan sendiri mahupun dengan kumpulan di luar organisasi anda, perkongsian bermatlamat akan membantu menyingkirkan pendekatan berbentuk silo atau menyendiri dan menerima kepelbagaian minda yang membawa kepada kemampanan sumber dan impak kolektif jangka panjang. 
Roche komited dalam memastikan persekitaran kerja yang inklusif kepada kakitangannya dan akan memperluaskan usaha ini bersama rakan industri agar kami sama-sama berupaya membangunkan solusi penjagaan kesihatan baharu dan lebih baik untuk semua.”

“Sebagai duta, saya akan terus menzahirkan sokongan kepada wanita dan berusaha memecahkan sempadan kesamaan jantina institusi yang wujud,” ujar Cindy Sirinya Bishop. 
Tambahnya, “Memperjuangkan kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita membantu untuk mencabar peranan jantina dan norma-norma biasa yang mengehadkan potensi wanita dan mengekalkan keganasan berasaskan jantina. 
Usaha-usaha mewujudkan kesedaran juga membolehkan individu untuk mengetahui hak mereka dan mengambil tindakan untuk menangani ketaksamaan yang dihadapi wanita dalam masyarakat

Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak dari rumah agar menghormati dan menghargai setiap insan terutamanya wanita. Kita hidup harmoni bersama walau di mana anda berada.”

Apakah cabaran Datin Paduka lalui dalam meningkatkan kesaksamaan dan keadilan jantina di Malaysia?
Sangat banyak cabaran, salah satu adalah untuk memperdengar suara wanita kerana di Malaysia adalah terhad. Stigma terhadap wanita telalu banyak yang tidak membenarkan kita bersuara. Ramai tidak mahu wanita memberi pendapat tentang banyak perkara. Seperti yang berlaku sekarang banyak program tentang Invest Malaysia tetapi semua panel adalah lelaki. Ramai tidak mahu mendengar pendapat wanita yang lebih tahu banyak perkara

Bagaimanakah usaha Datin Paduka dalam meningkatkan keterlihatan wanita di parlimen negara kita Malaysia dalam kerja yang anda lakukan? 

Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, “Saya sentiasa terlibat dalam memberi kesedaran melalui kerjasama bersama NGO agar dapat mempromosi kempen kesedaran. Malah, saya juga telah bersama-sama mendidik ramai untuk memahami peranan kita semua. Topik ini dibincangkan ke peringkat tertinggi dalam institusi kerajaan. 
Malah saya mengambil pendekatan dalam memberi pendidikan melalui rancangan 3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial MySpace, Friendster, Facebook, Instagram hadir dalam kehidupan harian kita

Kesaksamaan dan Keadilan dalam semua jantina dan bangsa adalah topik yang sering diajukan. Politik kita boleh lihat di parlimen hanya 10% wanita sahaja, sedangkan semasa musim pilihan raya, wanita yang mengemudi semua kempen agar ia berjalan lancar dan putaran keadaan itu berterusan

Kita sentiasa cuba membantu para wanita. Seumpanya, tentang kewarganegaraan anak kepada ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara. Setelah banyak proses perlu dilalui, kerajaan bersetuju memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara

Ini bukan tentang keterlihatan sahaja tetapi kuasa yang penting untuk wanita. Isu ini harus dipandang serius kerana ia keutamaan dalam sebuah institusi kekeluargaan di Malaysia.”

Sebagai peneraju bidang penjagaan kesihatan, Roche menegaskan semula komitmennya untuk mempertahankan kepelbagaian dengan memberikan galakan aktif dan menambah bilangan wanita dalam jawatan-jawatan kanan serta pengurusan, pada masa sama terus mencari cara untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam projek-projek penyelidikan dan pembangunan

Roche memegang kepercayaan kukuh dalam menerapkan rasa bangga terhadap pencapaian dalam masyarakat dan menggalakkan orang ramai untuk berusaha ke arah kesaksamaan jantina, hak wanita sertamenyokong kepelbagaian dan inklusif. 
MENGENAI ROCHE
Roche adalah perintis dalam bidang farmasutikal dan diagnosis, memberi tumpuan dalam kemajuan sains demi mempertingkatkan kehidupan masyarakat. Gabungan kekuatan kedua-dua bidang, di samping peningkatan keupayaan dalam pandangan perubatan berpandukan data membantu Roche menyampaikan khidmat penjagaan kesihatan yang benar-benar bersifat peribadi. 
Roche bekerjasama dengan pelbagai rakan niaga merentasi sektor penjagaan kesihatan untuk menyediakan penjagaan terbaik bagi setiap individu. 
Roche merupakan syarikat bioteknologi terbesar dunia, dengan perbezaan jelas dalam bidang perubatan onkologi, imunologi, penyakit berjangkit, oftalmologi dan penyakit sistem saraf pusat. Roche juga adalah peneraju dalam diagnosis in-vitro dan diagnosis kanser berasaskan tisu serta merupakan pemimpin dalam pengurusan diabetes. 
Sejak bertahun-tahun lamanya, Roche telah membuat pelaburan dalam bidang penentuan genom dan perkongsian data dunia sebenar, sekali gus menjadi rakan peneraju industri bagi pandangan perubatan. 
Diasaskan pada tahun 1896, Roche meneruskan usaha pencarian kaedah-kaedah baharu mencegah, mendiagnosis dan merawat penyakit serta membuat sumbangan mampan kepada masyarakat. Syarikat ini juga berhasrat untuk meningkatkan akses pesakit terhadap inovasi-inovasi perubatan dengan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan. 
Lebih 30 ubat-ubatan dibangunkan Roche telah tersenarai dalam Senarai Model Ubat-Ubatan Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Antaranya antibiotik yang menyelamatkan nyawa, antimalaria dan ubat kanser. Selain itu, bagi 12 tahun berturut-turut, Roche juga telah diiktiraf sebagai salah satu daripada syarikat paling mampan dalam Industri Farmaseutikal oleh Indeks Kelestarian Dow Jones (DJSI)

Kumpulan Roche, yang berpangkalan di Basel, Switzerland, aktif di lebih 100 buah negara dan mempunyai lebih 100,000 tenaga kerja di seluruh dunia. Pada tahun 2020, Roche melabur sebanyak CHF 12.2 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan merekodkan jualan bernilai CHF 58.3 bilion. 
Genentech yang terletak di Amerika Syarikat, adalah anak syarikat milik penuh Kumpulan Roche. Roche merupakan pemegang saham majoriti Chugai Pharmaceutical, Japan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.roche.com

Roche telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1950-an, ketika jualan dan pengedaran produknya diuruskan oleh pengedar pihak ketiga. Sejak itu, Roche telah membentuk operasi yang turut melibatkan Roche (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah perniagaan farmaseutikal; Roche Diagnostics (Malaysia) Sdn. Bhd., perniagaan diagnosis dan Roche Services (Asia Pacific) Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Roche Services & Solutions APAC). 
Dengan jumlah tenaga kerja melebihi 1,000 orang, Roche telah berkembang sebagai salah satu syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia yang menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan yang holistik kepada pengamal perubatan dan pesakit. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.roche.com.my

Rujukan:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2021. Boleh didapati di: https://www.who.int/director-general/speeches/detail/who-director-general-s-opening-remarks-at-the-media-briefing-on-covid-19-1-april-20212. McKinsey & Company. Unlocking opportunities in women’s healthcare. Boleh didapati di: https://www.mckinsey.com/industries/healthcare/our-insights/unlocking-opportunities-in-womens-healthcare3. Cell Reports Medicine. Boleh didapati di https://www.cell.com/cell-reports-medicine/pdf/S2666-3791(22)00059-3.pdf4. Grant Thornton 2022. Boleh didapati di https://www.grantthornton.com.my/press/press-releases-2022/wib-2022/5. Perubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). (2023). Gender equality and women's empowerment. PBB. Boleh didapati di : https://www.un.org/sustainabledevelopment/gender-equality

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/03/roche-anjur-webinar-memimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Wanita Sedunia 2023 Tarikh Sejarah Tema Logo

Hari Wanita Sedunia 2023 Tarikh Sejarah Tema Logo

papar berkaitan - pada 10/3/2023 - jumlah : 600 hits
Sambutan Hari Wanita Sedunia disambut 8 Mac setiap tahun termasuklah di Malaysia Jika kita renungi kembali ibu kakak adik wanita guru wanita dan sesiapa sahaja wanita dalam perjalanan hidup kita telah memainkan peranan penting dalam hidup k...
Senarai Koleksi Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia Antarabangsa 2023 Kasihwanita

Senarai Koleksi Ucapan Selamat Hari Wanita Sedunia Antarabangsa 2023 Kasihwanita

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 383 hits
8 Mac 2023 Selamat Hari Wanita Sedunia Antarabangsa 2023 untuk semua wanita terhebat didunia Ibarat kata pepatah Tangan yang mengayun buaian dapat menggoncang dunia Maksud Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan wanita mampu menyumbangka...
Selamat Hari Wanita 2023

Selamat Hari Wanita 2023

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 203 hits
SELAMAT HARI WANITA 2023 Tanggal 8 Mac setiap tahun kita meraikan hari wanita sedunia Raikan mereka yang sentiasa ada dibelakang kita khususnya mereka yang bergelar wanita ibu kakak adik atau kawan Islam sangat menghargai kaum wanita serta ...
Tidur Regeneratif Rahsia Awet Muda Saranan Amlife Sempena Sambutan Hari Tidur Sedunia 2023

Tidur Regeneratif Rahsia Awet Muda Saranan Amlife Sempena Sambutan Hari Tidur Sedunia 2023

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 273 hits
Tidur Regeneratif Rahsia Awet Muda Saranan AmLife Sempena Sambutan Hari Tidur Sedunia 2023 Assalamualaikum semua Siapa sini ada masalah tidur Masalah tidur ni bukan hanya yang susah nak tidur je tau Kalau jenis yang banyak tidur tapi bila b...
Aktiviti Hari Terbuka Meem Gold Jewellery Ppim 11 03 2023

Aktiviti Hari Terbuka Meem Gold Jewellery Ppim 11 03 2023

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 237 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini dijemput sebagai ahli panel bagi majlis Hari Terbuka sempena ulangtahun pertama Meem Gold Jewellery yang bertajuk Emas Ekonomi Muslim bertempat di Pusat Perniagaan Worldwide 2 Shah Alam Turut s...
Tema Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

Tema Hari Guru 2023 Guru Insani Pemangkin Generasi Madani

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 331 hits
Tema Hari Guru bagi tahun 2023 adalah Guru Insani Pemangkin Generasi Madani Hari Guru secara amnya merupakan sebuah sambutan yang dinantikan oleh bukan sahaja para guru di sekolah tetapi juga para pelajar Tema Hari Guru 2023 ini secara rasm...
Tottenham Wanita Memecat Rehanne Skinner Dengan Vicky Jepson Untuk Memimpin Melawan Leicester Berita Sepak Bola

Tottenham Wanita Memecat Rehanne Skinner Dengan Vicky Jepson Untuk Memimpin Melawan Leicester Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 14/3/2023 - jumlah : 171 hits
Tottenham Wanita telah memecat Rehanne Skinner setelah sembilan kekalahan beruntun di WSL dengan asisten pelatih Vicky Jepson untuk mengambil alih sementara Spurs belum pernah memenangkan pertandingan WSL mereka sejak mengalahkan Brighton 8...
Wanita Malaysia Di Pentas Masakan Antarabangsa Puan Sri Nisa Bakri Sertai Malaysia Culinary World Cup 2023

Wanita Malaysia Di Pentas Masakan Antarabangsa Puan Sri Nisa Bakri Sertai Malaysia Culinary World Cup 2023

papar berkaitan - pada 25/2/2023 - jumlah : 250 hits
Ramai wanita Malaysia berjaya di pentas antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti Sains Filem dan ramai lagi Dalam dunia masakan pula Puan Sri Nisa Bakri mula mengukir nama apabila menyertai acara Malaysia Culinary World Cup 2023 yang berl...
Wanita Tanggung Hutang Kad Kredit Ah Long Rm119 000 Bekas Suami Kosmo 28 02 2023

Wanita Tanggung Hutang Kad Kredit Ah Long Rm119 000 Bekas Suami Kosmo 28 02 2023

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR Bekas suami tidak bekerja memaksa saya mengambil pinjaman peribadi kad kredit dan juga ah long hingga saya disenaraikan sebagai bankrap dengan hutang RM119 000 Demikian luahan seorang wanita berusia 53 tahun ketika ditemui sele...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba