Tidur Kuantan Lagi
Assalamualaikum WBT
SELEPAS 7 hari bercuti hari raya Aidilfitri, hari ini dah kembali ke kolej. Jam 7.31 pagi dah clock in, lepas tu pergi kantin cari lauk raya atau lebih tepat lagi rendang untuk ketupat nasi yang Angah bagi semalam. Selalunya ada, tapi tadi tak ada. Nasib baik ada sayur lodeh dan sambal tumis. Lengkaplah raya Sk tahun ni bila dah dapat makan ketupat dengan sayur lodeh, hehehe.
Baiklah, kita sambung cerita raya tahun ni. Lepas beraya di rumah Kak Roz, kami tidur semalam di Kuantan lagi sekali. Kira, dua kalilah transit di Kuantan semasa Berhari Raya di Terengganu tahun ni. Jika dalam perjalanan pergi hari tu, kami bermalam di Mandurah Hotel yang terletak di Beserah, kali ni kami memilih Cathayana Hotel yang terletak di pusat bandar Kuantan. Tahu pasal hotel ni dari Cik Ani yang dah lebih tiga kali bermalam di sini setiap kali pulang ke kampung Che Li di Setiu, Terengganu
Pak Inche tempah family room dengan kadar RM218 semalam. Pakej penginapan termasuk buffet sarapan untuk 3 orang. Sk tak ambil gambar bilik yang kami inap namun begitu inilah rupa bilik yang Sk muat turun dari google image Cathayana Hotel Kuantan. Biliknya luas dengan sebuah katil bersaiz raja dan sebuah katil single saiz premium. Wardrobe dan bilik air ada ruang lain ya.
Cafe hotel pula bersambung terus dengan bahagian lobi. Polos tak ada konsep. Tak ada nak berhias bagai, tapi.
Menu buffetnya lengkap dengan Nasi Lemak yang lengkap dengan hirisan timun, kacang tanah goreng dan ikan bilis, sambal tumis dan telur mata, Mihun Goreng, Sosej, Kacang Panggang dan salad serta beverages
Ada juga roti bakar, bubur & condiments, mee sup serta pemanis mulut iaitu puding roti bersos. Terima kasih pada Cik Ani yang kenalkan hotel ni pada kitorang 🤗
Malam tu, ingatkan nak makan Nan Cheese macam Pia makan di Restoran Kassim Baba tapi restorannya tutup sampai 21 April. Raya sakan no... Nampak pulak la Kemaman Kopitiam ni masa nak pergi RHB Bank, jadi Pak Inche ajak makan di sini. Dia punya buku menu Iman kata, tak tulis harga, Sk tak perasan pulak
Mee Kari untuk Tuan Tanah Kedaung! Siap ada peha ayam seketul, sedaplah di tekak Sk ni
Pak Inche makan Yee Mee Cantonese. Tak habis, tak sedap kata dia
Iman punya menu konsep berjuta-juta lemon
Terkojut dapat bil! Iman kata, baik makan kat MyViets yang kedainya dekat-dekat situ. Tu laaa.. tapi.. benda dah makan, bayar aje la.. hahahah!! Patutlah tengok kopi-kopi peket dia pun mahal nak mams!! Huhuhu
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/04/tidur-kuantan-lagi.html