Tidakkah Sekarang Kita Rasa Menteri2 Melayu Islam Dalam Kabinet Langsung Tak Berguna


 
Dilaporkan bahawa kabinet telah membuat ketetapan bersetuju untuk membenarkan syarikat pengeluar wiski jenama tempatan, Timah, untuk mengekalkan nama berkenaan.
Hal itu dinyatakan dua menteri, iaitu Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera, Alexander Nanta Linggi yang masing-masing berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Wee dan Alexander menyatakan pengeluar wiski berkenaan, Winepark Corp Sdn Bhd (Winepark), cuma perlu meletakkan maklumat tambahan berupa label bagi menjelaskan bahawa minuman keras itu merujuk kepada bijih timah dan bukannya nama sesiapa.
Dalam satu kenyataan berbahasa Cina di laman Facebooknya hari ini, Wee berkata kabinet telah menyelesaikan kontroversi itu.
“Dalam beberapa mesyuarat kabinet baru-baru ini, anggota jemaah menteri membincangkan perkembangan terkini isu Timah.
“Saya gembira insiden ini berjaya diselesaikan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.


“Timah tidak perlu menukar namanya,” kata beliau.
Sementara itu, Alexander yang dipetik Sinchew Daily memberitahu, beliau telah berjumpa dengan pengeluar alkohol terbabit dan berbincang mengenai cara menyelesaikan isu berkenaan.
“Saya kemudian membentangkan cadangan syarikat itu kepada kabinet dan kabinet bersetuju dengannya,” Alexander dipetik sebagai berkata.

Akhir Oktober lalu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan kabinet membuat keputusan bahawa sebarang pengeluaran minuman keras di negara ini tidak boleh menimbulkan “keresahan rakyat” dalam konteks sama ada berkaitan bangsa atau agama.
Menurut Tuan Ibrahim, keputusan itu dicapai kerajaan berdasarkan usaha yang dilakukan PAS dalam menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan nama Timah.
Pada 18 Oktober pula, Dewan Ulama PAS Pusat mencadangkan agar syarikat pengeluar wiski Timah ditutup dengan alasan untuk mengelakkan duluan sehingga menyebabkan munculnya syarikat lain mengeluarkan minuman keras baru.  
Bagaimanapun, kenyataan Tuan Ibrahim itu bertentangan dengan kenyataan Alexander apabila menteri terbabit memberitahu belum ada sebarang keputusan dibuat kabinet berhubung kontroversi berkenaan.
Memberikan reaksi kepada kenyataan Tuan Ibrahim itu, Alexander berkata kabinet hanya membincangkan isu berkenaan namun tiada sebarang keputusan muktamad dibuat.
Yang nyata, kabinet kerajaan Melayu Islam berlabel Keluarga Malaysia akhirnya yang membenarkan nama Timah dibenar digunakan dalam jenama wiski keluaran tempatan itu.
Maknanya, menteri-menteri berbangsa Melayu dan beragama Islam itu sendiri turut terbabit bersubahat dalam mengekalkan atau membenarkan nama Timah terus digunakan, tidak mustahil sehingga ke hari kiamat.
Kenapa kabinet yang majoritinya Melayu dan Islam tidak berani menukar nama Timah?
Ternampak menteri-menteri Melayu Islam dalam kabinet, terutama daripada Pas, langsung tidak berguna, jangankan mahu mengharamkan terus arak sebagaimana kerap dilaungkan sebelum ini, nak menukar nama Timah pun mereka tak mampu melakukannya.
Tapi senang-senang saja mereka menukar Perdana kepada Vellfire. – ShahbudinHusin 13/11/2021.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/tidakkah-sekarang-kita-rasa-menteri2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Melayu Islam Arak Pun Tak Boleh Nak Halang Apa Punya Lekeh

Kabinet Melayu Islam Arak Pun Tak Boleh Nak Halang Apa Punya Lekeh

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 213 hits
Jemaah Kabinet majoriti Islam tidak patut buat keputusan menangkan syarikat arak Oleh MOHD ALI HASHIM November 16 2021 Kerajaan disarankan supaya tidak berkompromi dengan syarikat arak walaupun kepentingan syarikat arak yang melabur jutaan ...
Perjuangan Melayu Islam Belum Selesai

Perjuangan Melayu Islam Belum Selesai

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 135 hits
Sayidina Ali r a berkata Orang bijak bukan sahaja dapat membezakan antara kejahatan dengan kebaikan tetapi dapat mencari kebaikan antara dua kejahatan Imam Ghazali juga pernah menyatakan salah satu cara mengenal keaiban diri adalah dengan m...
Fadhli Shaari Mahu Terajui Muafakat Melayu Islam

Fadhli Shaari Mahu Terajui Muafakat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 270 hits
KETUA Pemuda Pas yang baharu Ahmad Fadhli Shaari mahu memastikan sayap pemuda parti itu terus mendokong hasrat parti dan menerajui muafakat antara Melayu Islam di negara ini Antara agenda besar yang akan dibawa beliau ialah memperkemaskan p...
Inikah Yang Dinamakan Kerjaan Melayu Islam

Inikah Yang Dinamakan Kerjaan Melayu Islam

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 212 hits
SHAHBUDINAkhirnya yang setuju nama Timah tidak perlu diubah ialah kabinet Inikah yang dinamakan kerajaan Melayu Islam Tan Sri Hadi Awang sila komen sikit
Satu Perangai Orang Melayu Suka Buat Yang Sangat Disukai Dalam Islam Ustaz Kazim Elias

Satu Perangai Orang Melayu Suka Buat Yang Sangat Disukai Dalam Islam Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 321 hits
Satu Perangai Orang Melayu Suka Buat Yang Sangat Disukai Dalam Islam Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Budak2 Melayu Sekarang

Budak2 Melayu Sekarang

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 103 hits
Tengahari semalam memenuhi jemputan walimatul urus kawan Varsity pramugari gua Pramugari gua pi amik air dan booking tempat duduk gua beratur nak ambil makanan di depan ada kapel sedang senduk nasi boleh main acah2 bercinta depan termos nas...
Kahwin Cara Melayu Vs Cara Islam Mana Satu Jadi Pilihan

Kahwin Cara Melayu Vs Cara Islam Mana Satu Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 151 hits
Kisah ni di ambil dari facebook sharing Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating Sebolehnya kita jangan dating dating ni Islam tak galakkan Apa pun cerita ini sekadar tauladan Buang yang keruh ambil yang jernih S...
Rentasan 1001 Panas Kini Wujud Usaha Parti Melayu Islam Halang Dap

Rentasan 1001 Panas Kini Wujud Usaha Parti Melayu Islam Halang Dap

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 167 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10011 HIPOKRASI PEMIMPIN MELAYU ISLAM MENCIPTA MUSUH SENDIRI 2 PAS HILANG LOGO DI MELAKA 3 PH DIJATUHKAN DI MELAKA BUKAN KERANA GAGAL
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al Quran Dan Fardu Ain Tahun 2023

Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah