Tidak Wajib Bayar Fidyah Jika Tidak Sempat Ganti Puasa Kerana Uzur Syarie Mufti


Tidak lama lagi, umat Islam bakal menyambut kehadiran bulan Ramadan sekali lagi. Dalam pelbagai persedian yang dibuat oleh umat Islam sebelum tibanya bulan yang mulia ini, sudah tentu timbul dua tiga perkara bersangkut-paut dengan ibadah puasa dan hukum bagi kes tertentu.
Salah satunya mengenai mengenai hukum seorang wanita yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadan hingga tiba Ramadan seterusnya kerana mengandung atau menyusukan anak.
Adakah wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah? Ikuti jawapan Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.
Soalan: Assalamualaikum wbt,
Adakah wanita yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan sehingga tiba Ramadhan seterusnya wajib qadha’ dan membayar kafarah? Alasan dia menangguhkan ialah kerana mengandung atau menyusukan anak. Terima kasih.
Jawapan: Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah ﷻ. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Di dalam Syariat Islam, mengandung dan menyusukan anak adalah bentuk keuzuran yang mengharuskan berbuka. Daripada Anas al-Ka’biy RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ
Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”
Riwayat al-Tirmizi (715) dan Abu Daud (2408)
Wajib ke atas wanita yang tidak berpuasa kerana mengandung atau menyusukan anak untuk menggantikan puasa selepas berlalunya Ramadhan. Jika dia tidak sempat menggantikannya, bukan kerana keuzuran, maka dia dianggap berdosa dan diwajibkan untuk membayar fidyah sebanyak satu cupak makanan ruji tempatan, seberat 600 gram. Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (2/92).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/200):
“Adapun sekiranya seseorang itu melewatkan qadha puasa Ramadhan kerana suatu keuzuran; seperti sakitnya berpanjangan, menyusukan, mengandung, atau sentiasa musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang lain, maka tidak wajib fidyah akibat kelewatan ini, dan wajib qadha sahaja.”
Kenyataan yang sama dinukilkan daripada kitab al-Taqrirat al-Sadidah (Qism Ibadat) (hlm. 456) oleh Syeikh Hasan al-Kaf:
“Jika seseorang itu melewatkan qadha kerana suatu keuzuran seperti musafir, sakit, menyusukan, lupa dan jahil – maka dia tidak wajib bayar fidyah.”
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa ibu-ibu yang melewatkan ganti puasa, kerana uzur Syarie seperti sentiasa sakit, menyusukan anak, dan mengandung, adalah tidak wajib dikenakan fidyah, jika mereka tidak sempat menggantikan puasa sebelum tiba Ramadhan seterusnya.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada pihak yang bertanya. Wallahua’lam.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

The post Tidak Wajib Bayar Fidyah Jika Tidak Sempat Ganti Puasa Kerana Uzur Syarie- Mufti appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/tidak-wajib-bayar-fidyah-jika-tidak-sempat-ganti-puasa-kerana-uzur-syarie-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hamil Menyusu Anak Dikira Uzur Syarie Tak Wajib Bayar Fidyah Yang Penting Qada Puasa

Hamil Menyusu Anak Dikira Uzur Syarie Tak Wajib Bayar Fidyah Yang Penting Qada Puasa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 312 hits
Hanya tinggal sebulan lebih sebelum seluruh umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan Sudah pastinya kita semua teruja membuat persediaan untuk berpuasa tetapi adakah semua hutang tahun lalu sudah dilangsaikan Apabila bercerita tentang pu...
Dah Ganti Puasa Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah Apa Itu Fidyah Bagaimana Kiraannya

Dah Ganti Puasa Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah Apa Itu Fidyah Bagaimana Kiraannya

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 322 hits
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB small Cover image via Google small Ramadan bagi tahun ini kian menjelma Syukur kehadrat Ilahi sekiranya kita dipilih lagi sebagai tetamunya untuk bertembung dengan yang bulan yang mulia bulan Ramadan br br...
Isu Ali Puteh Aliff Syukri Isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie

Isu Ali Puteh Aliff Syukri Isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 946 hits
Isu Ali Puteh Aliff Syukri isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie Malaysia Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Fuhh pagi pagi dah cerita pasal apa ni Sayidah Cerita hot viral sensitif isu pembahagian harta uiihh I know benda ...
10 Amalan Bulan Ramadhan Yang Dapat Dilakukan Selain Puasa Wajib

10 Amalan Bulan Ramadhan Yang Dapat Dilakukan Selain Puasa Wajib

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 431 hits
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa bagi setiap umat muslim Amalan yang akan didapat bila dilakukan di bulan mulia ini sangatlah istimewa
Mufti Wilayah Ganti Mujahid Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

Mufti Wilayah Ganti Mujahid Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 845 hits
Barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini menampilkan dua individu bukan ahli politik yang akan dilantik sebagai senator bagi memegang jawatan menteri kanan Dua individu itu ialah Ketua pegawai eksekutif ...
Cara Membayar Fidyah Utang Puasa Ramadan Yang Benar Menurut Islam

Cara Membayar Fidyah Utang Puasa Ramadan Yang Benar Menurut Islam

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 362 hits
Setiap umat Islam wajib hukumnya dalam melaksanakan puasa Ramadan Namun Allah SWT memberikan keringanan kepada orang orang yang berhalangan dan tidak mampu menjalankannya Sebagai gantinya kita harus membayar fidyah Berikut cara membayar fid...
Isu Yuran Pibg Hanya Sumbangan Bukan Wajib Bayar Rupanya Pekeliling Pibg Dah Dikeluarkan Sejak 1989

Isu Yuran Pibg Hanya Sumbangan Bukan Wajib Bayar Rupanya Pekeliling Pibg Dah Dikeluarkan Sejak 1989

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 428 hits
Isu Yuran PIBG Hanya Sumbangan Bukan Wajib Bayar Rupanya Pekeliling PIBG Dah Dikeluarkan Sejak 1989Sebab itulah bila timbulnya isu yuran PIBG maka ramailah yang mula bersuara Apa yang kita perlu faham tentang yuran PIBG ini ialah ianya adal...
Cara Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa Sunat 6 Syawal

Cara Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan Dan Puasa Sunat 6 Syawal

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 811 hits
Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pd 19 Januari 2020 jam 10 36 PM Puasa ganti atau qadha adalah bg menggantikan kembali
Koleksi 13 Resepi Air Viral Sedap Untuk Sejukkan Badan Di Bulan Puasa

Koleksi 13 Resepi Air Viral Sedap Untuk Sejukkan Badan Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 545 hits
13 Resepi Air Viral Sedap Untuk Sejukkan Badan Di Bulan Puasa Air dan puasa di bulan Ramadhan memang tak boleh dipisahkan Kalau pergi pasar Ramadhan tu bermacam jenis air ada sampai tak tahu nak beli yang mana satu Paling berkenan air viral...
Berang Parkir Diambil Lelaki Letupkan Motosikal Jiran

Lemon Law To Protect Buyers Rm4 000 Trade In Grant For Old Cars

Remaja 16 Tahun Antara 2 Maut Kereta Terjunam Gaung

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Belanjawan 2026 Malaysia Ringkasan Impak Rakyat Peluang Ekonomi

Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Kerajaan Umum Pelaburan Besar Untuk Perkasa Ekosistem Ai Tempatan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Aktiviti Program Bersama Malaysia Retailor Association Ppim 11 10 2025

Drama Jika Itu Salahku

Bila Tubuh Menyerah Catatan Tentang Demam Influenza Jmbelog

Sultan Pahang Bertitah Supaya Pembinaan Setiap Rumah Di Negeri Ini Perlu Berkualiti Tinggi Siap Ikut Jadual Ditetapkan

17 Tempat Makan Halal Di Taipei Yang Enak Dan Wajib Kamu Coba