Tidak Timbul Isu Muhyiddin Jadi Pengerusi Muafakat Kata Annuar




KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional telah disepakati secara prinsip, demikian menurut Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa. 
Beliau berkata, sehubungan itu jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional akan memperincikan draf piagam dan memorandum persefahaman (MoU) sedia ada antara PAS dan Umno bagi menerima gabungan parti baharu itu.
“Proses perbincangan (pemurnian piagam dan MoU) antara semua pihak perlu dijalankan secara berperingkat. 
“Yang penting, proses itu dilaksanakan secara semulajadi dan berperingkat dengan sesuatu keputusan (yang dibuat) biarlah semua pihak berpuas hati,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan lesen kepada beberapa penjaja di Batu Muda di sini.
Semalam, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan secara rasmi bahawa penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional sebagai gabungan besar.
“Kita ada menawarkan Bersatu sertai Muafakat Nasional, hasrat itu dah disampaikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Presiden Bersatu,” kata Annuar yang juga Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional.
Mengulas lanjut, Annuar berkata gabungan sesuatu parti politik tidak mudah kerana pembentukan Muafakat Nasional sendiri mengambil masa lebih setahun untuk mencapai persetujuan.
“Adalah normal sebagai sebuah parti politik yang berbeza-beza (ideologi). Kita kena tunjukkan kematangan dalam politik, (ambil) pendekatan yang mengelak situasi tak harmoni,” katanya.
Muafakat Nasional merupakan pakatan kerjasama antara PAS dan Umno dengan pembentukannya bertujuan menyatukan orang Melayu selain membentuk teras politik yang stabil.
Mengulas lanjut, Annuar berkata keutamaan kerajaan kini adalah memulihkan kembali ekonomi sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan negara.
“Jadi tak usah lihat daripada sudut parti...rakyat dan negara perlukan kerajaan yang stabil dan pemulihan ekonom. Jadi apa yang pemimpin parti perlu buat ialah cari jalan ke arah kestabilan, itu yang akan kita lakukan,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pertanyaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada Muafakat Nasional akan melantik Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusinya, Annuar menjawab ketiga-tiga parti di bawah muafakat itu meraikan kewujudan bersama serta tidak timbul soal perebutan jawatan pengerusi.
“Kita dah tidak pakai sistem politik lama, sekarang kita dah migrate (berhijrah) jauh ke depan menggunakan politik yang diistilahkan politik ta’awun (bantu-membantu) dan ta’yush (hormat-menghormati).
“Konsep Ta’awun iaitu daripada bergaduh kepada bekerjasama dan Ta’ayush iaitu hormati prinsip co-existence (kewujudan bersama),” katanya.
Beliau berkata fahaman falsafah politik Mukriz, yang juga Presiden Penaja (interim) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), ketinggalan 20 tahun kebelakang berbanding amalan politik baharu gabungan politik Muafakat Nasional.
“Kena tiru model Muafakat Nasional, bertoleransi, tiada masalah.  Tujuh kali pilihan raya kecil, calon semua dari BN, tiada lagi calon daripada PAS, tetapi PAS tetap bekerjasama dan itulah model baharu,” katanya menambah meskipun BN mempunyai kerusi paling banyak, namun perikatan itu tetap menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri dan ia selari dengan sistem politik model baharu.
“Kalau ikut model yang biasa, kena Umno (jadi perdana menteri). Apabila tiba masanya, mungkin Bersatu akan beri pada Umno semula untuk jadi Perdana Menteri,” katanya.


#Sumber : — Bernama   

 









............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/tidak-timbul-isu-muhyiddin-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

Muafakat Nasional Akan Adakan Libat Urus Dengan Bukan Melayu Islam Kata Annuar

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 234 hits
Muafakat Nasional akan meneroka kerjasama dengan pelbagai parti dan badan bukan Melayu Islam menurut Setiausaha Bersama Sekretariat MN Annuar Musa Annuar juga berkata Bersatu juga telah termasuk dalam sekretariat MN Sekretariat MN yg kini d...
Baik Najib Muhyiddin Atau Anwar Tak Boleh Kukuhkan Kedaulatan Kita Kata Dr M

Baik Najib Muhyiddin Atau Anwar Tak Boleh Kukuhkan Kedaulatan Kita Kata Dr M

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 266 hits
PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad berkata baik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim atau bekas perdana menteri Najib Razak tidak boleh mengukuhkan kedaulatan Malaysia Dalam temu bual Youtube dengan pelajar Far...
Will Muafakat Nasional Let Muhyiddin Chair Their Coalition Mukhriz

Will Muafakat Nasional Let Muhyiddin Chair Their Coalition Mukhriz

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 211 hits
Former Bersatu deputy president Mukhriz Mahathir today gives a sceptical response to the party s decision to join Umno and PAS in the latter s Muafakat Nasional political pact He said a political coalition would usually be led by the servin...
Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

Majoriti Bahagian Bersatu Di S Gor Sokong Muhyiddin Kata Naib Presiden

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 238 hits
Majoriti bahagian Bersatu di Selangor menyokong presiden parti Muhyiddin Yassin kata naib presidennya Abdul Rashid Asari Ini selepas pemimpin Bersatu bahagian Klang Kuala Selangor dan Jeram keluar parti awal bulan ini Tindakan keluar parti ...
Muhyiddin Accepts Invitation For Bersatu To Join Muafakat

Muhyiddin Accepts Invitation For Bersatu To Join Muafakat

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 205 hits
Bersatu president Muhyiddin Yassin has officially accepted an invitation for the party to join Muafakat Nasional according to PAS secretary general Takiyuddin Hassan Takiyuddin said Muhyiddin had personally responded to the invitation lette...
Isu Pati Segelintir Pihak Dalam Imigresen Rosakkan Imej Agensi Kata Hamzah

Isu Pati Segelintir Pihak Dalam Imigresen Rosakkan Imej Agensi Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 164 hits
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin hari ini mengakui bahawa cabaran untuk menyelesaikan masalah mengenai kemasukan haram ke negara ini antara lain adalah disebabkan segelintir pihak di Jabatan Imigresen yang memilih jalan yang merosakkan...
Macau Jangan Ambil Mudah Isu Jho Low Kata Kpn

Macau Jangan Ambil Mudah Isu Jho Low Kata Kpn

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 203 hits
Jho Low bukan saja dikehendaki pihak berkuasa bagi pembabitannya dalam kes penyelewengan dana 1MDB tetapi merupakan saksi penting perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak KUALA LUMPUR Pihak berkuasa Macau perlu mengambil be...
Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

Azmin Bersatu Dengan Muhyiddin Selamatkan Negara Kata Pemuda Negara

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Langkah bekas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan pimpinan parti bergabung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Perikatan Nasional adalah untuk menyelamatkan negara Ketua Pemuda Negara Afif Bahardin berkata ia ...
Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

They Travelled For Hours To Celebrate Raya With Us

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Rumah Terbuka

Jangan Kahwin Pada Usia Terlalu Muda

Akhyar Cedera Dipukul Dompet Telefon Bimbit Disamun

Drama My Stolen First Kiss

Emy Yusuf Feat Driant Kenyang Beraya Chord