Tidak Selamanya Kami Menyanyi Unic




Unic kembang empayar perniagaan sebagai bekalan ketika tidak diperlukan nanti»Oleh Nor Akmar Samudin [email protected]

MENYEDARI tidak boleh bergantung harap kepada sumber pendapatan dari aktiviti seni saja, tiga anak muda yang menganggotai kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan, Ahmad Fadzli dan Fakhrul Radhi, menubuhkan syarikat, UNIC Nasyeed & Training Consultants.

Selain terus aktif melalui persembahan nasyid, UNIC menggabungjalinkan konsep berhibur sambil mendidik melalui program motivasi dan kursus latihan di peringkat sekolah dan juga universiti. Berbekalkan pengalaman juga, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu UNIC Records.

Tujuan penubuhan syarikat itu bertujuan memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat serta berfungsi sebagai pengedar kepada semua UNIC Records dan pelanggan mereka.

Fadzli berkata, terus giat mengatur langkah dalam bidang perniagaan, UNIC bergerak setapak lagi dengan menubuhkan anak syarikat, UNIC Biotrade Sdn Bhd.

"Tidak selamanya kami akan menyanyi kerana bidang seni berdasarkan permintaan peminat. Kami perlu bersedia sebelum tiba masa kami tidak diperlukan lagi nanti. UNIC Biotrade diwujudkan bagi memasarkan dua produk terbaru keluaran syarikat berasaskan produk untuk kesihatan."

"Sejajar keadaan masyarakat kini yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan seharian sehingga terabai kesihatan sedangkan badan yang sihat adalah harta paling berharga."

"Tanpa pengambilan makanan tambahan, kebanyakan masyarakat kini mengalami masalah kekurangan daya tahan tubuh sehingga mengalami kelesuan, keletihan, ketegangan, mudah alami tekanan jiwa dan mental, sakit kepala (migrain), demam serta banyak lagi penyakit yang akan hinggap pada tubuh."

"Bertitik tolak dari itu, UNIC Biotrade mengeluarkan dua produk kesihatan bersesuaian semua lapisan masyarakat, terutama kepada mereka yang keletihan dan kele-suan bekerja," katanya.

UNIC... semakin aktif berniaga.
20110208


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2011/02/tidak-selamanya-kami-menyanyi-unic.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Lagu Bea Sobar Bea Akui Takut Takut Menyanyi Di Kelantan

Penyanyi Lagu Bea Sobar Bea Akui Takut Takut Menyanyi Di Kelantan

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 202 hits
Penyanyi lagu Bea Sobar Bea Eda Ezrin akui rasa takut takut untuk bernyanyi di negeri sendiri walaupun banyak lagunya telah menaikkan loghat Kelantan Memetik laporan Sinar Harian Eda atau nama sebenar Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail berkat...
Nandos Peberet Selamanya

Nandos Peberet Selamanya

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 218 hits
11 May 2024 Sabtu Gerak dari umah dalam kul 4 Duk dlm grab hampir 2 jam Pening pale mual semua ada Gi Subang Parade je pun Kalau tak jam tak sampai sejam dah boleh sampai tak tau punca apa jam kat nak sampai Subang baru tau punca Kat tepi j...
Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej

Pengharaman Vape Kekal Memorandum Jemaah Menteri Dibentang Awal Tahun

Joannes Johnny Aman Sebulan Sarak Setaun Nyabak Chord

Casa Dlca 0studio Arquitectura Mexico