Tidak Pernah Mimpi Untuk Jadi Mb Osman Sapian


foto sumber internet. 
Sepanjang berkecimpung dalam bidang politik selama 44 tahun, Osman Sapian tidak pernah mengimpikan bahawa satu hari nanti beliau akan menjadi Menteri Besar Johor.

Beliau pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas selama tiga penggal ketika memegang tiket Barisan Nasional (BN) dari tahun 1999 sehingga awal 2013.

Dan setelah meninggalkan Umno dan bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan pada Pilhanraya Umum ke-14 yang lepas, Osman membuat kejutan apabila dilantik sebagai Menteri Besar berikutan kekalahan Kerajaan BN di negeri kubu kuat Umno itu.

Loading...
Kepimpinan Osman, 67, di Johor bagaimanapun hanya bertahan selama 11 bulan apabila beliau meletakkan jawatan pada 8 Mac lepas.

"Pada PRU 14, saya masa itu tak nak pun bertanding walaupun masa tu saya memegang jawatan Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri," kata beliau dalam satu temubual eksklusif dengan Bernama di pejabatnya, baru-baru ini.

Menghargai, terpulanglah

"(Ketika itu), saya nak pastikan supaya Pakatan Harapan dapat memenangi kerusi dan kalau boleh, dapat menukar kerajaan di peringkat negeri dan di peringkat persekutuan.


"Tetapi, pada ketika itu, kita parti baharu dan kekurangan pemimpin yang berkaliber dan berpengalaman serta sedikit sebanyak ada pengaruhlah, jadi saya diminta supaya memilih kerusi-kerusi untuk saya bertanding," kata beliau.

Hasratnya pada ketika itu, kalau PH menang di peringkat persekutuan, terpulanglah pada pucuk pimpinan nak letakkannya di mana.

"Setidak-tidaknya memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), saya terimalah ataupun nak jadi konsul general ke, sebagai kata orang tu menghargai… terpulanglah," tambah Osman.

Pada zaman mudanya, beliau mengidamkan jawatan seperti konsul atau konsul-jeneral Malaysia di luar negara kerana minatnya dalam mengeratkan hubungan dua hala.

"Walaupun saya pernah menjadi Adun selama tiga penggal semasa bersama Umno dahulu, saya tidak pernah mimpikan jawatan menteri besar. Malah saya pun tidak pernah memegang jawatan exco kerajaan negeri pada masa itu," katanya.

Beliau menjelaskan setelah menyertai Bersatu, beliau banyak menumpukan sepenuh usaha menggerakkan parti di akar umbi bagi menghadapi PRU14.

"Bukannya mudah parti yang baharu ditubuhkan yang tiada sumber kewangan yang kukuh dengan segala kekurangan, tetapi akhirnya gabungan parti-parti di bawah PH berjaya menumbangkan Umno dan Barisan Nasional di kubu kuat Umno ini," katanya.

Cabaran berterusan buatnya apabila dia mengepalai barisan exco yang belum mempunyai pengalaman dalam kerajaan negeri.

Hutang lapuk jutaan ringgit

"Kebanyakan exco tiada pengalaman, yang ada pengalaman jadi wakil rakyat tapi daripada pembangkang dan tidak pernah menjadi wakil rakyat kerajaan. Jadi, nak betulkan mereka dengan tiada pengalaman agak susah," kata beliau yang pernah memegang beberapa jawatan dalam GLC Johor.

"Jadi saya kena laksanakan tugas… macam mana beri ilmu pada mereka ini supaya mereka lebih memahami… it is a brand new government," tambah Osman.

Meskipun digelar MB Johor paling singkat mentadbir, beliau telahpun melakar sejarah negeri Johor, selain berupaya mencapai banyak kejayaan dalam masa 11 bulan pemerintahannya.

Sebagai MB, Osman telah melakukan sebaik mungkin untuk pembangunan negeri Johor dan kesejahteraan rakyatnya di samping mengukuhkan kedudukan kewangan negeri melalui pelbagai perancangan dengan sokongan dan kerjasama pentadbiran awam negeri.

Antaranya melaksanakan 10 janji 100 hari Pakatan Harapan Johor dan meneruskan inisiatif itu, merangka pelan pembangunan jangka panjang untuk Johor (Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030).

Selain itu, beliau bertanggungjawab dalam melupuskan hutang lapuk kerajaan negeri kepada persekutuan sebanyak RM187 juta atau 57 peratus daripada jumlah keseluruhan.

"Dalam masa 100 hari, saya dapat laksanakan manifesto PH. Saya juga buat lawatan, bawa Exco-exco ke daerah-daerah jumpa Pegawai Daerah supaya mereka semua ada perhubungan yang rapat dan memudahkan kerja mereka… selain itu, dekat sebulan lebih, saya memikirkan hala tuju untuk PH di Johor.

"Dalam pada itu, kerja-kerja yang bertimbun ditinggalkan oleh kerajaan sebelum tu (harus diselesaikan). 

"Selama setahun mereka tidak masuk pejabat sebab sibuk berkempen, saya terpaksa menguruskan.

"Pelbagai fail misalnya yang setahun tak diuruskan… orang nak ubah syarat, nak tukar nama, beli tanah, beli rumah… selama 17 bulan kerja (bertimbun)," kata Osman.

Ditanya mengenai perletakan jawatannya pada 8 April itu, bekas Menteri Besar itu berkata, beliau mengambil tempoh seminggu sebelum membuat keputusan melepaskan jawatan itu.

Meskipun enggan menyatakan secara khusus sebab musabab yang membawa kepada keputusannya itu, Osman berkata: "Itulah langkah terbaik, jika tidak ia akan menjejaskan lagi nama saya secara peribadi dan situasi politik di Johor."

Sambil berterima kasih kerana diberi peluang menduduki "kerusi panas" itu, Adun Kempas turut menasihati penggantinya Dr Sahruddin Jamal agar menjalankan tugas sebaiknya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/tidak-pernah-mimpi-untuk-jadi-mb-osman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gracia Indri Pernah Mengidap Skoliosis

Gracia Indri Pernah Mengidap Skoliosis

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 229 hits
Gracia Indri pernah mengidap skoliosis Hal itu terjadi karena tulangnya yang tak kuat menopang sesuatu dengan bobot berlebih
Ww Siapa Pernah Terjebak

Ww Siapa Pernah Terjebak

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 168 hits
Hahaha Mama salah seorang yang terjebak buat kad macam ni zaman mama sekolah dulu Manjang dok order sebab gambar comel2
Pernah Terima Penghormatan Ratu Elizebeth Ii Ini Antara Kejayaan Raihan Yang Ramai Tidak Tahu

Pernah Terima Penghormatan Ratu Elizebeth Ii Ini Antara Kejayaan Raihan Yang Ramai Tidak Tahu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 555 hits
Mereka yang lahir dan membesar dalam era 90 an pastinya mengenali kumpulan nasyid Raihan Hampir setiap lagu kumpulan tersebut diminati segenap lapisan masyarakat Lagu lagu seperti Pujian Pujian Iman Mutiara Sifat 20 Demi Masa dan Sesungguhn...
Aku Yang Isteri Kau Pun Kau Tak Pernah Peluk Erat Macam Tu

Aku Yang Isteri Kau Pun Kau Tak Pernah Peluk Erat Macam Tu

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 326 hits
Aku Yang Isteri Kau Pun Kau Tak Pernah Peluk Erat Macam Tu Runtuhnya sebuah rumahtangga kerana tiada lagi kejujuran kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain Akibatnya hubungan rumahtangga yang dibina atas dasar cinta musnah walaupun ...
Adik Pernah Dit4mpar Tudung Dik0yak Sejadah Dibuang Kerana Masuk Islam Tanpa Izin Keluarga

Adik Pernah Dit4mpar Tudung Dik0yak Sejadah Dibuang Kerana Masuk Islam Tanpa Izin Keluarga

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 412 hits
Adik pernah ditampar ayah gara gara tindakannya memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarga Tudung dikoyak sejadah dibuang Adik pernah diT4MPAR tudung dik0yak sejadah dibuang kerana masuk Islam tanpa izin keluarga
Paula Hamil Baim Wong Ceritakan Sang Istri Pernah Keguguran

Paula Hamil Baim Wong Ceritakan Sang Istri Pernah Keguguran

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 687 hits
Pasangan Baim Wong dan Paula Verhoeven sedang berbahagia Paula Verhoeven mengumumkan kehamilan anak pertamanya
Tak Pernah Ponteng Terawih Wany Hasrita Dilabel Riak Oleh Netizen

Tak Pernah Ponteng Terawih Wany Hasrita Dilabel Riak Oleh Netizen

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 852 hits
Sudah menjadi kebiasaan bagi umat Islam untuk menunaikan solat sunat Terawih apabila menjelang bulan puasa bagi merebut ganjaran pahala daripada Allah SWT Penyanyi Wany Hasrita juga tidak melepaskan peluang melakukan banyak amal ibadat ters...
53 4 Persen Pengguna Internet Di Indonesia Belum Pernah Belanja Online

53 4 Persen Pengguna Internet Di Indonesia Belum Pernah Belanja Online

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 240 hits
Dari survei APJII menyebutkan bahwa 53 4 persen pengguna internet di Indonesia belum pernah melakukan belanja online di platform e commerce Indonesia Sementara pengguna internet di Indonesia tahun 2018 telah mencapai 171 17 juta dari 264 16...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation