Tidak Perlu Lagi Motosikal Troli Penduduk Kg Pangi Bakal Dapat Jalan Raya Ke Pekan Tenom


Terdahulu dilaporkan penduduk di Kampung Pangi mencipta ‘motosikal troli’ atau ‘troli haram’ yang bergerak menggunakan landasan kereta api sebagai inisiatif sendiri untuk ke pekan Tenom.


KOTA KINABALU: Program pembangunan Kampung Pangi di Tenom, termasuk laluan jalan raya ke pekan Tenom akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kata Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Ali Ahmad Hamid.

Katanya, bagi peringkat permulaan pelaksanaannya, kajian berkenaan laluan jalan raya akan dibuat terlebih dahulu.

“Memang di peringkat JKR, kita melihat semua dan kalau boleh kampung-kampung ini dihubungkan dengan jalan raya utama yang berturap dan Kampung Pangi tidak terkecuali daripada program JKR.

”Kita telah bercadang untuk mengadakan kajian sebab jarak antara pekan Tenom ke Pangi ini sekitar 10 hingga 12km dan kita difahamkan perhubungan yang ada setakat ini adalah menggunakan kereta api. Itu pun operasinya dua kali sehari, iaitu sebelah pagi dan petang. Ini sudah pasti menyukarkan penduduk,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, penduduk di Kampung Pangi mencari alternatif sendiri untuk ke pekan Tenom dengan mencipta “motosikal troli” atau “troli haram” yang bergerak menggunakan landasan kereta api.

Penduduk menggunakan ‘motosikal troli’ untuk menghantar hasil tanaman ke pekan Tenom. Kira-kira 500 penduduk di kampung itu mendakwa sukar keluar membeli barang keperluan atau menghantar hasil tanaman kerana tiada laluan kenderaan ke kampung itu. Ia turut menjejaskan tiga kampung lain yang berhampiran.

Ali berkata, terdapat dua kemungkinan laluan bagi pembinaan jalan raya yang menghubungkan Kampung Pangi dan Pekan Tenom dengan anggaran pembinaannya sekitar RM120 juta hingga RM165 juta.

Tambahnya, berdasarkan kajian awal, laluan di sebelah kiri daripada pekan Tenom ke Kampung Pangi berjarak kira-kira 10km tetapi kosnya dilihat agak tinggi kerana keadaan laluan yang berbukit.

Satu lagi kemungkinan adalah laluan dengan jarak kira-kira 12km.

”Laluan di sebelah kiri ini pada dasarnya digazetkan kepada SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd) kerana ada hidro di sana dan sebenarnya kawasan ini adalah sensitif, kita pun kalau boleh mahu mengelak daripada menggunakannya.

”Bagaimanapun setelah dikenal pasti, kemungkinan laluan yang boleh kita gunakan di sebelah kiri itu, kosnya murah sedikit kerana kawasan ini kurang berbukit, selain sudah ada jalan tersedia, iaitu dari pekan Tenom menuju ke kawasan hidro. Kita perlu juga membuat satu jambatan sejauh 230m dari kawasan hidro ini ke Kampung Pangi,” katanya.

Oleh sebab bentuk muka bumi yang berbukit, pembinaan yang dirancang itu mungkin mengambil masa yang lama untuk disiapkan, menurut Ali.

”Pembinaan mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun dan reka bentuknya juga mungkin ambil masa setahun, jadi paling cepat ia akan selesai dibina adalah empat tahun.

”Saya berharap buat masa ini, Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dapat menambah operasi perjalanan kereta api dari pekan Tenom ke Kampung Pangi.

“Mungkin daripada dua kali sehari kepada empat kali sehari, ia pastinya dapat membantu penduduk kampung di situ,” katanya. – FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/tidak-perlu-lagi-motosikal-troli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Mt Kalah Pilihan Raya Penentu Masa Depan Umno Umno Bakal Lingkup

Ahli Mt Kalah Pilihan Raya Penentu Masa Depan Umno Umno Bakal Lingkup

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 224 hits
agendadaily com7 8 2021Kuasa Presiden dalam menandatangani watikah calon juga menyebabkan ramai ahli MT yang tidak berani melawannya dan ia digunakan sebagai alat untuk menggugut mereka supaya menyokong serta patuh kepada arahannya Tidak da...
Kami Impikan Naik Motosikal Di Jalan Raya Bukan Lagi Di Landasan Kereta Api

Kami Impikan Naik Motosikal Di Jalan Raya Bukan Lagi Di Landasan Kereta Api

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 296 hits
Bekas ketua Kampung Pangi Udin Bakiwoh turut menghasilkan motosikal troli sendiri untuk kegunaan keluarganya TENOM Sampai bila kami hendak menggunakan motosikal di landasan kereta api Kami impikan untuk menunggang motosikal di jalan raya It...
Skmm Naik Taraf 28 Menara Telekomunikasi Di Kampung Pangi Tenom

Skmm Naik Taraf 28 Menara Telekomunikasi Di Kampung Pangi Tenom

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 576 hits
28 buah menara baharu akan dibina di Tenom SKMM SKMM giat usaha atasi masalah capaian internet Kampung Pangi Tenom CYBERJAYA Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi Pelan Jalinan Digital Negara akan membina sebanyak 28 buah ...
Peniaga Nasi Lemak Cem4s Sangka Kereta Hilang Ketika Ke Pasar Raya Rupanya Pergi Dengan Motosikal

Peniaga Nasi Lemak Cem4s Sangka Kereta Hilang Ketika Ke Pasar Raya Rupanya Pergi Dengan Motosikal

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 475 hits
MANUSIA tidak pernah lari dengan sifat lupa Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda yang terlupa kenderaan apa yang dinaiki semasa ke pasar raya untuk membeli barang Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pemuda tersebut ia memapark...
Kecoh Fenomena Langit Terbelah Petanda Musibah Bakal Tiba

Kecoh Fenomena Langit Terbelah Petanda Musibah Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 312 hits
Fenomena langit itu merupakan perkara biasa dan bukan petanda akan berlaku bencana besar YouTubeShare on telegraJAKARTA Satu fenomena mirip langit terbelah di Pacitan Jawa Timur menjadi tular di media sosial baru baru ini lapor laman Suara ...
Pergelangan Kaki Belum Pulih Lee Kwangsoo Dedah Bakal Jalani Pembedahan Bulan Hadapan

Pergelangan Kaki Belum Pulih Lee Kwangsoo Dedah Bakal Jalani Pembedahan Bulan Hadapan

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 207 hits
Umum mengetahui bahawa Lee Kwang soo sudah pun meninggalkan Running Man selepas hampir 11 tahun berlari bersama dek kecederaan pada pergelangan kakinya Dilihat aktif mempromosikan filem terbaru Sinkhole ramai yang meluahkan rasa risau denga...
Beli Sokongan Kulasegaran Setiausaha Sulit Bakal Dipanggil Sprm

Beli Sokongan Kulasegaran Setiausaha Sulit Bakal Dipanggil Sprm

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 188 hits
bebasnews myBy 09 08 2021IPOH Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perak akan memanggil Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam masa terdekat untuk membantu siasatan berhubung pendedahannya mengenai tawaran wang RM30 juta dan jawatan...
Misteri Kemunculan Awan Aneh Mammatus Di Langit Tanda Bencana Bakal Tiba

Misteri Kemunculan Awan Aneh Mammatus Di Langit Tanda Bencana Bakal Tiba

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 413 hits
Misteri kemunculan awan aneh Mammatus di langit tanda bencana bakal tiba Kewujudan awan unik dikenali sebagai awan mammatus yang terjadi di Ahmadiya Iraq telah menarik perhatian ramai di media sosial Gambar tersebut dikongsi seorang pendudu...
Adoiii Ala Mak Bakal Pengantin Hilang Dilarikan Bekas Kekasih

Adoiii Ala Mak Bakal Pengantin Hilang Dilarikan Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 280 hits
Upit mengesahkan lelaki yang dilihat penduduk itu merupakan bekas teman lelaki anaknya IstimewaBakal pengantin hilang dilarikan bekas kekasihJAKARTA Penduduk di sebuah daerah di wilayah Banten Indonesia gempar apabila seorang gadis yang bak...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024