Tidak Perlu Jawatankuasa Siasat Dakwaan Annuar


Oleh Noor Hidayah Tanzizi 
[email protected]
- Januari 8, 2021 @ 6:11pm

TAJUDDIN
PASIR SALAK: UMNO tidak melihat keperluan menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat dakwaan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, kononnya wujud sokongan secara hitam putih membabitkan pemimpin tertinggi UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata dakwaan itu adalah tuduhan palsu yang cuba memburukkan kepemimpinan UMNO.

Katanya, ia dilihat bertujuan menghasut dan menyalahkan kepemimpinan dengan melakukan perbuatan tidak mengikut dasar parti menolak Anwar dan DAP.

"Tak perlu layan dakwaan itu. Tiada keperluan (menubuhkan jawatankuasa khas), lagi pun tuduhan itu tidak betul. Tidak ada cadangan, usaha atau gerakan untuk menyokong Anwar atau DAP.

"Dia kata ada pemimpin UMNO berjumpa dengan pemimpin DAP dan Anwar, tidak boleh jumpa ke? Bukan bermakna bila jumpa kita mahu ada satu gerakan untuk menubuhkan pakatan kerjasama politik," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 100 keluarga yang terjejas banjir di Dewan Serbaguna Chikus di sini, malam tadi.

Semalam, beberapa pemimpin UMNO menggesa jawatankuasa khas ditubuhkan parti itu bagi menyiasat dakwaan dikemukakan Annuar dan kesahihan surat sokongan terhadap Anwar.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah, dilaporkan berkata, jawatankuasa khas itu penting bagi memastikan siasatan terperinci dilakukan terhadap dakwaan Annuar yang menyatakan parti itu bakal bekerjasama dengan Anwar dan DAP bagi membentuk kerajaan baharu.

Mengulas kemungkinan UMNO berdepan undi protes daripada pengundi sekiranya terus mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan dalam tempoh terdekat, Tajuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO berkata, ia hanya andaian.

Katanya, pilihan raya perlu diadakan supaya rakyat boleh memberi mandat kepada kerajaan baharu yang lebih stabil.

"Mana mereka tahu ada protes ke tidak sebab belum sampai masa nak tahu siapa menyokong siapa, siapa nak protes siapa.

"Sekarang ini kerajaan tidak stabil, jadi nak mewujudkan kerajaan yang stabil lebih baik pergi kepada rakyat supaya rakyat memilih.

"Mandat baharu dan kestabilan ini penting, kerajaan tak stabil tiada yang mahu melabur dalam negara dan tiada peluang pekerjaan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/tidak-perlu-jawatankuasa-siasat-dakwaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siasat Dakwaan 66 Peratus Doktor Pernah Kena Buli

Siasat Dakwaan 66 Peratus Doktor Pernah Kena Buli

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 250 hits
MALAYSIAKINI Kongres Kesatuan Pekerja pekerja Dalam Perkhidmatan Awam menggesa Kementerian Kesihatan mengambil perhatian serius berhubung gejala buli dalam kalangan petugas kesihatan termasuk doktor dan doktor pelatih di negara ini Presiden...
Lembaga Disiplin Umno Boleh Siasat Annuar Jika Ada Aduan Rasmi

Lembaga Disiplin Umno Boleh Siasat Annuar Jika Ada Aduan Rasmi

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 252 hits
Bekas setiausaha BN Annuar Musa akan disiasat oleh Lembaga Disiplin Umno sekiranya terdapat sebarang aduan rasmi oleh ahli ahli parti berikutan kenyataannya pada sidang media yang dianggap menyerang dan memalukan parti Namun Pengerusi Lemba...
Annuar Ulangi Dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jumpa Loke Dari Dap

Annuar Ulangi Dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Jumpa Loke Dari Dap

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 852 hits
freemalaysiatoday com January 12 2021 12 25 AMAnnuar Musa berkata jika Umno mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan DAP ia sepatutnya dibincangkan dalam parti PETALING JAYA Bekas setiausaha agung Barisan Nasional Annuar Musa mengulangi...
Umno Jangan Berganjak Lagi Annuar Musa Memudahkan Mt Membuat Keputusan Malam Ini

Umno Jangan Berganjak Lagi Annuar Musa Memudahkan Mt Membuat Keputusan Malam Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 274 hits
Segala galanya kini sudah terdedah secara terbuka dan bukan merupakan suatu rahsia lagi Menjelang mesyuarat MT UMNO malam ini di mana parti itu akan membuat keputusan penting berhubung kedudukannya dalam kerajaan PN Annuar Musa tampil mende...
Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

Annuar Musa Dedah Surat Sokongan Pemimpin Umno Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 339 hits
Astro AwaniJanuari 6 2021Annuar Musa menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri A...
Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa Apa Kesan Dari Serang Beliau Terhadap Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 303 hits
Hamdan Taha1 Kenyataan annuar musa hari ini membuktikan dengan jelas kerajaan PN telah hilang mejoriti MP apabila beliau menyebut zahid dan beberapa mp umno telah tanda tangan SD menyokong Anwar Ibrahim 2 Terbukti apa yang di nyatakan oleh ...
Annuar Beli Insurance Untuk Selamat Diri

Annuar Beli Insurance Untuk Selamat Diri

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 216 hits
Annuar beli insurance untuk selamat diriULASANSidang akhbar Annuar sepertimelempar bom ke diri sendiri HARI ini kolam politik negara berkocak dengan sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa Sidang media itu m...
Gempar Annuar Musa Sahkan Sd Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Betul

Gempar Annuar Musa Sahkan Sd Zahid Sokong Anwar Jadi Pm Betul

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 302 hits
Tit for Tat Selepas di pecat sebagai Setiausaha Agung BN oleh Zahid Hamidi semalam Hari ini Annuar muncul di Sidang Media mendedahkan kesahihan Surat Sokongan Bersumpah SD kepada YDPA bagi menyokong Anwar menjadi PM9 Sekaligus menjatuhkan k...
6 Ditahan Kes Mayat Wanita Dalam Mpv Penembak Anggota Polis Masih Bebas

Sakit Kepala Punca Simptom Dan Cara Melegakan Secara Semula Jadi

Delicious Yoshida Beef Jerky Recipe

Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

China Displays Five New Ucavs

Sedarkah Kita Syirikkan Allah

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dahulu Pergi Sekarang Tidak Lagi

Kalau Tak Kemas Mesti Tak Jumpa

Kerajaan Pihak Industri Perlu Bertindak Metro Ahad 07 09 2025

Telefilem Jersi 45

Cara Mudah Masak Murtabak Mi Segera Sedap Resipi Padu Untuk Orang Bujang

Minda Segar Jiwa Yang Bertumbuh