Tidak Penuhi Janji Adalah Hutang


 
ADA satu kisah di mana seorang murid yang bertemu dengan Habib Muhammad Haykal Al-Khaneman telah mengadu tentang seorang sahabat yang berjanji untuk memberikan sesuatu ganjaran atas usaha dan kebaikan yang dibuat kepada sahabat tersebut, akhirnya bila kejayaan diperolehi maka janji yang dibuat sehingga sekarang masih tidak tertunai malah sahabat itu terus mengabaikan murid tersebut.
Apabila Habib mendengar rintihan muridnya maka Habib terus merenung dan lantas berkata, ”jangan bimbang atas janji yang tidak ditunaikan itu, tidak perlu berfikir dan bersedih atas janji yang tidak ditunaikan kerana janji adalah hutang dan hutang wajib dibayar, sekiranya dia tidak menunaikan janji sudah pasti janji itu akan merosakkan seluruh kehidupannya.”
Sebab itulah umat Islam dilarang untuk berjanji atau membuat perjanjian dengan orang lain dalam konteks positif.
Setelah membuat janji, maksudnya sudah terjadi kesepakatan atara dua belah pihak atau lebih yang wajib untuk dipenuhi.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: “Kaum muslimin itu terikat dengan perjanjian yang akan mereka tetapkan.” (HR. Tirmidzi, No: 253, Ibnu Majah, No: 2353).
 
Mungkir janji termasuk perbuatan mengkhianati Allah SWT 
Diambil dari buku ‘Para Musuh Allah: Golongan Manusia yang Menjadi Musuh Allah di Akhirat’, mereka yang menjadi musuh Allah adalah manusia yang selalu mungkir janji kerana termasuk golongan yang mengkhianati Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Mungkir janji merupakan perbuatan yang tidak terpuji kerana dapat mengundang rasa sakit hati dari orang yang dibohongi.
Selain merugikan orang lain, perbuatan ini juga merugikan diri sendiri.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surat An Nahl ayat 91:
وَأَوْفُوا۟ بِعَهْدِ ٱللَّهِ إِذَا عَٰهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُوا۟ ٱلْأَيْمَٰنَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ ٱللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.”
Bukan hanya Allah SWT yang melaknat manusia yang tidak menepati janji. Bahkan, malaikat dan seluruh manusia pun turut melaknatnya. Begitu besar dosa bagi orang yang mengingkari janji.
Sebagaimana hadits dari Ali bin Abi Thalib, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa tidak menepati janji seorang Muslim, nescaya ia mendapat laknat Allah, malaikat, dan seluruh manusia. Tidak diterima darinya taubat dan tebusan.” (HR. Bukhari dan Muslim).
 
Orang yang selalu mungkiri janji termasuk kategori sahabat syaitan 
Sungguh rugi bagi manusia yang memungkiri janji dengan sengaja. Perbuatan ini dikategorikan sebagai sahabat syaitan.
Syaitan akan merasakan kesenangan sewaktu manusia berhasil termakan janji-janji palsu.
Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an surah An Nisa ayat 120:
يَعِدُهُمْ وَيُمَنِّيهِمْ ۖ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ إِلَّا غُرُورًا
“Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.”
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضى الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Daripada Abi Hurairah Rha. dari Nabi SAW telah bersabda:
“Tanda munafiq itu ada tiga Apabila bercakap ia bohong, apabila berjanji ia mungkir dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Riwayat Imam Bukhari)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا إِيمَانَ لِمَنْ لَا أَمَانَةَ لَهُ، ولاَ دِينَ لِمَنْ لَا عَهْدَ لَهُ
Maksudnya: Tidaklah sempurna iman seseorang bagi sesiapa yang tidak beramanah dan tidak sempurnalah agama seseorang bagi sesiapa yang tidak menunaikan janjinya. (Riwayat Ahmad (13199) dan al-Bazzar (7196))
Dapat dirumuskan bahawa, umat Islam tidak perlu bimbang dengan manusia yang mungkir janji, biarkan dia terus dengan janji-janji palsunya kerana janji itu merupakan makhluk yang akan memakan diri si penjanji.
Sebagai hamba Allah, kita teruskan beribadah dan bermunajat kepadaNya dan biarkan urusan mungkir janji ini diuruskan oleh Allah SWT.
Kejayaan seorang hamba Allah adalah terletak kepada keikhlasan dan pengharapan kepada Allah SWT semata-mata, kerana janji Allah itu pasti dan janji manusia itu adalah fatamorgana.
Norsanizam Al-Dimasqi adalah pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bidang Syariah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 
https://mediavariasi.com/2023/02/jangan-berjanji-jika-tidak-mampu-ditunaikan/




Mereka (pemimpin) yang mungkir janji bersama niat dan agenda jahat merancang dan menyangka kuasa akan mengatasi rakyat tetapi lupa sebenarnya mereka sedang berperang dengan para malaikat . 
Kulit dan pakaian perhiasan diri termasuk ucapan menggambarkan Islamic tidak mampu bertahan lama untuk menutup wajah hati sebenar.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kluangmanexpress.blogspot.com/2023/04/tidak-penuhi-janji-adalah-hutang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Zara Zya Sedih Kucing Kesayangan M4ti Netizen Turut Merasai Bagi Pencinta Kucing Kucing Adalah Sahabat Baik

Video Zara Zya Sedih Kucing Kesayangan M4ti Netizen Turut Merasai Bagi Pencinta Kucing Kucing Adalah Sahabat Baik

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 343 hits
Pelakon Zara Zya meluahkan rasa sedih apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Gabby telah m4ti pada Selasa Video yang dimuat naik pengguna TikTok nadia nanad02 menyaksikan Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin sedang...
Gagal Adalah Kelemahan Dan Kekurangan Mengaku Gagal Bukan Kekalahan

Gagal Adalah Kelemahan Dan Kekurangan Mengaku Gagal Bukan Kekalahan

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 143 hits
Yang gagal dan kalah ada lah menyamun Tak MENGAKU berbohong Tak MENGAKU Dan masih merancang penipuan pembohongan Siakap senohong gelama ikan duri Lambat laun tanda pun dah ada besok dia buat satu lagi skandal mencuri bersama kroni anak iste...
Bantuan Warga Emas Adalah Bagi Warga Emas Miskin Tegar

Bantuan Warga Emas Adalah Bagi Warga Emas Miskin Tegar

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 185 hits
Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM ingin memaklumkan bahawa video yang tular di laman media sosial berhubung dengan Bantuan Warga Emas adalah tidak tepat Bantuan Warga Emas adalah bantuan kepada warg
Ini Adalah 19 Mou Bernilai Rm170 Billion Yang Ditandatangani Itu

Ini Adalah 19 Mou Bernilai Rm170 Billion Yang Ditandatangani Itu

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 470 hits
Ketiadaan butiran mengenai 19 memorandum persefahaman yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China sewaktu lawatan rasmi Anwar Ibrahim ke Beijing menimbulkan persoalan berkaitan jenis dan nilai sebenar pelaburan yang didakwa dirai...
Hak Memberi Pengampunan Adalah Budi Bicara Agong Umno Tidak Wajar Sama Sekali Campurtangan

Hak Memberi Pengampunan Adalah Budi Bicara Agong Umno Tidak Wajar Sama Sekali Campurtangan

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 170 hits
Keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi yang sebulat suara bersetuju untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Najib Razak yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta adalah sesuat...
Urusan Penganmpunan Najib Adalah 100 Di Tangan Ydpa

Urusan Penganmpunan Najib Adalah 100 Di Tangan Ydpa

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 121 hits
Urusan pengampunan Najib ni adalah 100 urusan YDP Agong tanpa libatkan PM YDP Agong boleh melantik Ahli Lembaga Pengampunan Diraja yang PM bukan ahlinya YDP Agong akan mempengerusikan mesyuarat ahli Lembaga ini dalam membuat keputusan berka...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Make Your Business Standout

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi