Hak Memberi Pengampunan Adalah Budi Bicara Agong Umno Tidak Wajar Sama Sekali Campurtangan


 
Keputusan mesyuarat MT UMNO malam tadi yang sebulat suara bersetuju untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh terhadap Najib Razak yang dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta adalah sesuatu yang paling tidak wajar sama sekali.
Dalam sejarah penubuhan UMNO, inilah keputusan paling pelik dan tidak munasabah yang pernah diputuskan.
Pertama, sebagai parti Melayu terbesar dan baru saja selesai memilih kepimpinan baru, parti itu sepatutnya membuat ketetapan yang penting untuk agenda orang-orang Melayu, bukan mengutamakan kepentingan seorang individu yang sudah disabitkan bersalah dengan keputusan majoriti 13-1.
Ternampak dalam hal ini, UMNO tidak lagi mengutamakan nasib orang Melayu teramai yang masih susah kebanyakannya, sebaliknya agenda Najib lebih besar daripada segala-galanya.
Kedua, daripada hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan mahkamah terbadap Najib, beliau belum pun sampai setahun menjalani hukuman tersebut.
Kenapa tidak ditunggu sehingga Najib menjalani satu pertiga atau separuh hukuman penjara atau di hujung tempoh baru berbuat demikian?
Ketiga, kesalahan Najib dalam kes SRC International adalah berkaitan salah guna kuasa dan penggubahan wang haram dan ini adalah suatu kesalahan jenayah yang serius?
Dengan memohon agar Agong memberi pengampunan penuh, sikap dan pendirian UMNO terhadap amalan rasuah dengan sendirinya akan menjadi momokan serta pertikaian rakyat.
Jika UMNO menentang dan membenci amalan rasuah, mereka patut malu untuk menghantar memorandum kepada Agung bagi pengampunan penuh Najib itu.
Keempat, asas dan sandaran dalam hal ini hanya semata-mata kepada hujah salah seorang hakim, Abdul Rahman Sebli yang didapati bertentangan dengan keputusan majoriti.
Kenapa hanya pandangan seorang hakim diambil kira dan bagaimana dengan hujah 13 hakim lain, termasuk Ketua Hakim Negara yang mendapati Najib bersalah dalam kes SRC International itu?
Kepada UMNO, sejak bila ilmu matematik sudah berubah dengan nombor 1 lebih besar daripada 13?
Keempat, hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan terhadap Najib adalah keputusan mahkamah yang perlu dihormati oleh semua.
Dengan memohon pengampuan penuh yang terlalu, apakah UMNO sebenarnya menolak keputusan mahkamah dan menolak sistem kehakiman?
Kelima dan paling penting sekali, kuasa Agong untuk memberi pengampunan berdasarkan Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah atas ihsan baginda selaku ketua negara.
Ini bermakna, ia adalah hak serta budi bicara baginda untuk memutuskannya, tanpa perlu ada campurtangan, apa lagi desakan daripada pihak lain.
Lebih tidak wajar jika campurtangan dan desakan itu datang daripada UMNO yang mempunyai kepentingan berkaitan dengannya.
Hello UMNO, hormat sikitlah kuasa dan budi bicara Agong dan jangan cuba-cuba nak campurtantan atau melakukan desakan.
Keenam, kenapa hanya Najib yang UMNO perjuangkan untuk diberi pengampunan penuh?
Kenapa tidak pesalah-pesalah lain yang ada dalam penjara, bahkan yang lebih lama menjalani kehidupan terkurung berbanding Najib turut diperjuangkan pengampunannya oleh UMNO?
Ketujuh, jika UMNO dibenar memohon kepada Agong untuk pengampunan penuh buat Najib, walaupun belum setahun menjalani hukuman penjara, ini bermakna pihak lain juga dibolehkan menghantar memorandum agar bekas Perdana Menteri kekal dipenjara sebagaimana hukuman 12 tahun yang telah dijatuhkan kepadanya.
Kalau ditanya seluruh rakyat Malaysia atau dibuat referandum terbuka, berapa ramai sebetulnya yang mahu Najib dibebaskan awal berbanding beliau dibiarkan menjalani hukuman penjara lebih lama?
Sejauh mana UMNO sedar akan hal ini? – ShahbudinHusin 08/04/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/04/hak-memberi-pengampunan-adalah-budi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Imbasan Titah Agong Kuasa Menghukum Pengampunan Tidak Wajar Diguna Sewenang Wenangnya

Imbasan Titah Agong Kuasa Menghukum Pengampunan Tidak Wajar Diguna Sewenang Wenangnya

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 311 hits
Di bawah ini adalah titah Yang Dipertuan Agong pada September 2022 lalu berkaitan kuasa menghukum dan pengampunan yang tidak wajar digunakan dengan sewenang wenangnya Jika kita teliti dan fahami titah baginda ini dengan isu pengampunan Naji...
Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

Umno Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Pada Najib

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 258 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 7 2023 5 51 PMUmno akan menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata Yang di Per...
Pengampunan Najib Umno Guna Desakan Politik Kata Muhyiddin

Pengampunan Najib Umno Guna Desakan Politik Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 417 hits
malaysiakini comDiterbitkan Apr 9 2023 2 03 PMBekas perdana menteri Muhyiddin Yassin mendakwa Umno menggunakan desakan politik dalam usaha mendapatkan pengampunan diraja untuk bekas presidennya Najib Razak Muhyiddin berkata permohonan penga...
Pengampunan Hak Peribadi Najib

Pengampunan Hak Peribadi Najib

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 234 hits
MENJOLOK MENTARINajib Keutamaan negara lebih penting daripadanya CADANGAN agar bekas perdana menteri Najib Razak agar diberikan pengampunan selepas beliau gagal beberapa proses menyakinkan mahkamah membebaskan diri daripada hukuman penjara ...
Pengampunan Umno Pekan Menyokong Usaha Tuntut Keadilan Terhadap Najib

Pengampunan Umno Pekan Menyokong Usaha Tuntut Keadilan Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 246 hits
PEKAN Proses mengemukakan pengampunan penuh diraja untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat satu usaha muafakat dalam menuntut keadilan kepada bekas Perdana Menteri itu Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Mohammad Fakhruddin M...
Pengampunan Najib Ditentukan Oleh Keputusan Agong Anwar

Pengampunan Najib Ditentukan Oleh Keputusan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 348 hits
Proses pengampunan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak hanya boleh dilakukan oleh Yang di Pertuan Agong Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun beliau akan terlibat dalam proses itu namun bukanlah membuat keputusan a...
Semakan Ditolak Peluang Terakhir Najib Kini Hanya Pengampunan Agong

Semakan Ditolak Peluang Terakhir Najib Kini Hanya Pengampunan Agong

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 172 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Susu...
Memahami Apa Itu Pengampunan Agong Dan Bagaimana Prosesnya

Memahami Apa Itu Pengampunan Agong Dan Bagaimana Prosesnya

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 192 hits
Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara memutuskan minggu lalu untuk menghantar memorandum kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak Ini akan menjadi permohonan pengampunan kedua ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas