Tidak Mungkin Ada Ahli Parlimen Bn Berani Letak Jawatan


 
Entah sudah kali yang ke berapa, kini sekali lagi muncul perkhabaran kononnya ada sejumlah Ahli Parlimen BN akan meletakkan jawatan dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan.
Kali ini dikatakan ada seramai tujuh Ahli Parlimen BN akan berbuat demikian.
Diberitakan mereka akan meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan dan selepas Ahli-Ahli Parlimen berkenaan menang semula, mereka akan segera bekerjasama dengan PN untuk mengerakkan pertukaran kerajaan.
Walaupun tidak disebut identiti siapa tujuh Ahli Parlimen itu, mereka terbabit difahamkan ialah empat dari Johor dan masing-masing satu dari Pahang, Sabah dan sebuah negeri di sebelah utara.
Memandangkan jumlah Ahli Parlimen BN hanya ada 30 – 26 UMNO, 2 MCA dan masing-masing 1 daipada MIC dan PBRS, barangkali tidaklah terlalu sukar meneka-neka siapa tujuh Ahli Parlimen berkenaan.
Sebagai respon awal kepada perkara itu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengatakannya semuanya hanya khabar angin semata-mata.
Kenyataan Zahid Hamidi itu boleh dikata hampir 100 peratus adalah benar.
Asas paling kukuh untuk menyokong kebenaran kata-kata Zahid Hamidi itu adalah kerana mereka tidak mungkin berani untuk berbuat demikian.
Ahli-Ahi Parlimen berkenaan bukan saja masih sayang dengan status Ahli Parlimen masing-masing, malah mereka juga takut kalah jika bertanding semula.
Selama ini hidup mati mereka dalam perjuangan adalah dengan menumpang nama UMNO, bukan atas kekuatan peribadi yang dimiliki.
Kemungkinan mereka mampu menang semula jika bertanding atas tiket parti lain adalah perkara yang sukar untuk dijangka.
Selebihnya pula, kalau diperhalusi identiti palling mungkin siapa tujuh Ahli Parlimen terbabit, tiada seorang pun daripada mereka itu didapati memiliki hati yang keras, tegas, berani mengambil risiko dan punya rekod melawan yang boleh dibanggakan.
Tak pasti dengan tujuan apa perkara ini diheboh-hebohkan kembali, yang penting adalah diharapkan pimpinan kerajaan perpaduan tidak terganggu dengan khabar angin ini.


Tenang-tenang saja dengan perkhabaran berulang-ulang ini.


Mereka perlu lebih menumpukan sepenuh masa dan tenaga untuk memperbaiki lagi khidmat kepada rakyat kerana cabaran politik yang sebenar selepas ini ialah PRU16 yang akan berlangsung kira-kira empat tahun lagi.
PN juga sebaik-baiknya tidak usah terpedaya dan memasang angan-angan lagi mahu menjatuhkan kerajaan di pertengahan penggal atau melalui tebuk atap sebagaimana dilakukan pada 2020 lalu.
Sebaik berakhirnya PRN, banyak kerja harus mereka lakukan untuk memberi cabaran yang sebenar kepada PH/BN dan kerajaan perpaduan dalam PRU16 akan datang.
Lupakan sajalah cerita-cerita mahu menjadi kerajaan dengan cara bukan melalui pilihanraya.
Dalam apa pun perkara yang diimpikan, ia terlalu sukar menjadi kenyataan tanpa disertai dengan keberanian. – ShahbudinHusin 22/08/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/tidak-mungkin-ada-ahli-parlimen-bn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Khabar Angin Zahid Jawab Dakwaan 7 Ahli Parlimen Bn Mahu Kosong Kerusi

Itu Khabar Angin Zahid Jawab Dakwaan 7 Ahli Parlimen Bn Mahu Kosong Kerusi

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 284 hits
Faiz ZainudinSHAH ALAM Pengerusi Barisan Nasional Zahid Hamidi menyifatkan desas desus tujuh Ahli Parlimennya mahu mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada PRK hanya khabar angin Presiden Umno itu turut mengingatkan semua wakil rakya...
Ahli Parlimen Pas Syirik Jika Patuhi Perlembagaan Ganti Undang Undang Allah

Ahli Parlimen Pas Syirik Jika Patuhi Perlembagaan Ganti Undang Undang Allah

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 270 hits
HarapanDaily comMP Pas anggap patuhi Perlembagaan ganti undang undang Allah perbuatan syirikWalaupun Pas meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam pilihan raya ada pemimpin parti itu yang kini menjadi wakil rakyat mempunyai pendapatnya ...
Zahid Perlu Letak Jawatan Kata Idris

Zahid Perlu Letak Jawatan Kata Idris

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 349 hits
Zahid perlu letak jawatan kata Idris Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Aug 2023 11 28AM
Muhyiddin Patut Letak Jawatan Gagal Tawab 2 Negeri

Muhyiddin Patut Letak Jawatan Gagal Tawab 2 Negeri

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 359 hits
Pengerusi PN Mahiaddin Yassin masih meroyan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 11 apabila meminta Pengerusi Kerajaan Perpaduan serta Pengerusi BN meletak jawatan selepas prestasi Pilihan Raya Negeri di 6 negeri yang kurang memberangsa...
Mahiaddin Sepatutnya Letak Jawatan Hadi Awang Lebih Berwibawa Memimpin Pn

Mahiaddin Sepatutnya Letak Jawatan Hadi Awang Lebih Berwibawa Memimpin Pn

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 367 hits
Sejak semalam beredar satu poster di media sosial tentang kedudukan parti yang mentadbir negeri negeri sebaik berlabuhnya tirai PRN Disebutkan dalam poster itu Pas kini mentadbir negeri Perlis Kedah Kelantan dan Terengganu BN mentadbir Pera...
Dakwaan Keselamatan Sanusi Terancam Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Pas

Dakwaan Keselamatan Sanusi Terancam Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Pas

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 338 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen Kedah akan dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan keselamatan Menteri Besar Sanusi Nor terancam kata ketua polis negeri Fisol Salleh Fisol berkata empat laporan sudah dibuat setakat i...
Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

Najib Letak Jawatan Presiden Masalah Umno Tak Selesai Puad Ulas Desakan Zahid Undur

papar berkaitan - pada 20/8/2023 - jumlah : 426 hits
Puad Zarkashi berkata mencari apa yang salah lebih penting bukannya mencari siapa salah PETALING JAYA Puad Zarkashi berkata tuding jari mencari siapa salah membawa prestasi buruk Umno pada PRN baru baru ini tidak akan menyelesaikan masalah ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd