Tidak Mahu Bersalaman Dengan Bapa Tiri



Soalan:
Saya ada anak perempuan yang sudah berumur 34 tahun dan dia sudah berumahtangga. Baru-baru ini semasa hari raya saya kenalkan ayah tirinya (suami saya yang baru) kepadanya sebab tidak pernah berjumpa disebabkan anak saya duduk berjauhan daripada saya. Dia tidak mahu bersalam dengan bapa tirinya. Betulkah haram bagi bersalam dengan bapa tirinya. Saya pun terkejut bila dia tidak mahu salam. Katanya bukan mahram. Boleh ke ustaz berikan pencerahan kepada saya tentang situasi ini?

Jawapan:
Mahram dari segi bahasa adalah larangan. Ia berasal daripada perkataan bahasa arab حرم yang dari segi istilah para fuqaha ia bermaksud individu yang haram untuk dinikahi dan dikahwini sama ada secara ta’bid iaitu yang bermaksud haram untuk dinikahi selama-lamanya. Iaitu dengan sebab nasab, perkahwinan atau penyusuan. Ataupun haram dinikahi untuk sementara kerana ada sebab-sebab tertentu (muaqqat).

Perihal berkenaan mahram ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَـٰتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَٰتُكُمْ وَعَمَّـٰتُكُمْ وَخَـٰلَـٰتُكُمْ وَبَنَاتُ ٱلْأَخِ وَبَنَاتُ ٱلْأُخْتِ وَأُمَّهَـٰتُكُمُ ٱلَّـٰتِىٓ أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَٰتُكُم مِّنَ ٱلرَّضَـٰعَةِ وَأُمَّهَـٰتُ نِسَآئِكُمْ وَرَبَـٰٓئِبُكُمُ ٱلَّـٰتِى فِى حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ ٱلَّـٰتِى دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا۟ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَـٰٓئِلُ أَبْنَآئِكُمُ ٱلَّذِينَ مِنْ أَصْلَـٰبِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا۟ بَيْنَ ٱلْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ ٱللَّـهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿٢٣﴾وَٱلْمُحْصَنَـٰتُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَـٰنُكُمْ ۖ كِتَـٰبَ ٱللَّـهِ عَلَيْكُمْ ۚ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَآءَ ذَٰلِكُمْ أَن تَبْتَغُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُم مُّحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَـٰفِحِينَ ۚ فَمَا ٱسْتَمْتَعْتُم بِهِۦ مِنْهُنَّ فَـَٔاتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَٰضَيْتُم بِهِۦ مِنۢ بَعْدِ ٱلْفَرِيضَةِ ۚ إِنَّ ٱللَّـهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut); ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Nisa’: 24-25)

Al-Baidhawi di dalam tafsirnya menyebut bahawa ayat ini bukannya mengharamkan wanita-wanita ini sepertimana haramnya untuk memakan bangkai dan babi. Namun yang dimaksudkan adalah haram untuk menikah dengan wanita-wanita yang disebutkan di dalam ayat ini. (Rujuk Tafsir Al-Baidhawi, 2/165).

Implikasi daripada kehadiran mahram akan membawa kepada hukum berikut:

Boleh bersalaman dengannyaTidak boleh berkahwin dengannyaBoleh berkhalwat dengannya
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, anak tiri akan menjadi mahram kepada ayah tirinya dengan syarat ibunya mesti digauli. Dengan erti kata lain, berlaku persetubuhan antara ibu anak tersebut dengan suami barunya. Ini berdasarkan potongan daripada ayat 24 Surah Al-Nisa’ di mana Allah SWT berfirman:

وَرَبَـٰٓئِبُكُمُ ٱلَّـٰتِى فِى حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ ٱلَّـٰتِى دَخَلْتُم بِهِنَّ
“..dan (diharamkan juga) anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campur..”

Sheikh Tohir Ibnu ‘Asyur menyebut bahawa di dalam ayat ini terdapat pengikat (qayd) terhadap pengharaman bernikah dengan anak tiri. Di mana anak tiri akan menjadi mahram jika ibunya digauli. Sekadar akad nikah dengan ibunya, tidak menjadikan anak tiri itu mahram kepada ayah tirinya. (Rujuk Al-Tahrir Wa Al-Tanwir, 1/921)

Perkara ini juga berdasarkan kepada kaedah:

العَقْدُ عَلَى البَنَاتِ يُحَرّمُ الأُمَّهَاتِ وَالدُّخُولُ بِالأُمَّهَاتِ يُحَرِّمُ البَنَاتِ
“Akad nikah dengan anak perempuan menjadikan ibu mahram. Dan menggauli ibu menjadikan anak perempuan mahram.”

Imam Al-Nawawi menyatakan: “Jika seorang lelaki menggauli isteri barunya, maka anak isterinya itu menjadi mahram kepadanya selama-lamanya (ta’bid).” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 16/218)

Ini bermaksud bahawa ayah tiri menjadi mahram kepada anak tirinya tidak hanya sekadar akad nikah dengan ibunya akan tetapi disyaratkan untuk digauli ibunya.

Kesimpulannya, anak tiri akan menjadi mahram kepada ayah tirinya dengan syarat ibunya digauli dan disetubuhi. Berkemungkinan berlaku kesalahfahaman sehingga anak perempuan puan tidak mahu bersalam dengan ayah tirinya. Jelaskan dengan elok kepadanya. Semoga jawapan ini mampu memberikan pencerahan sedikit sebanyak.

Semoga Allah memberikan kefahaman tentang hukum hakam kepada kita semua. Wallahu’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/tidak-mahu-bersalaman-dengan-bapa-tiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Leher Remaja Ini Kena Tetak Dengan Pisau Sebab Cuba Lindungi Mak Sendiri Dari Dibunuh Bapa Tiri

Leher Remaja Ini Kena Tetak Dengan Pisau Sebab Cuba Lindungi Mak Sendiri Dari Dibunuh Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 1003 hits
Selalunya orang yang terperangkap dalam keganasan rumah tangga ni susah nak keluar sampailah sesuatu yang teruk berlaku pada mereka Macam seorang remaja yang lehernya ditetak gara gara cuba untuk melindungi ibunya dari dibunuh oleh bapa tir...
Nabila Huda Bengang Ibu Tiri Kaitkan Hari Bapa Dengan Agama

Nabila Huda Bengang Ibu Tiri Kaitkan Hari Bapa Dengan Agama

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 424 hits
Meskipun sudah lama tidak bersua muka sempena sambutan Hari Bapa baru baru ini pelakon Nabila Huda turut tidak ketinggalan memberikan ucapan manis buat The post appeared first on
Selamat Hari Bapa Untuk Mereka Bergelar Bapa

Selamat Hari Bapa Untuk Mereka Bergelar Bapa

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 698 hits
Selamat Hari Bapa Selamat hari Bapa umi ucapkan kepada mereka yang bergelar bapa Dan ucapan ini untuk my other The post appeared first on
Tiga Hari Selepas Sampai Di London Ainul Tiba Tiba Sesak Nafas Dan Keluar Darah Daripada Mulutnya Bapa

Tiga Hari Selepas Sampai Di London Ainul Tiba Tiba Sesak Nafas Dan Keluar Darah Daripada Mulutnya Bapa

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 598 hits
Ainul Mardhiah buah hati kesayangan ramai rakyat Malaysia kini semakin menunjukkan perkembangan positif setelah selamat menjalani pembedahan membuang tumor selasa lalu Besar harapan dan doa rakyat Malaysia agar anak syurga itu akan terus si...
Pesanan Buat Ibu Bapa Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak

Pesanan Buat Ibu Bapa Jangan Ikut Sangat Apa Anak Nak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 364 hits
Geram jugak saya dengan Maryam Soolihah ni Tiap kali masuk kedai runcit je benda pertama dia nak sambar adalah aiskrim Aduh Maafkan Abi tapi jawapan Abi akan tetap NO Saya bukan taknak bagi Tapi aiskrim jajan dan ais gas ni kalau kita selal...
Bapa Saudara Azlee Senario Meninggal Dunia

Bapa Saudara Azlee Senario Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 1069 hits
Penyanyi era tahun 1960 an Datuk A Rahman Hassan 73 meninggal dunia di Hospital Ampang jam 12 40 tengah malam 13 Jun 2019 akibat jangkitan kuman pada paru paru dan lemah jantung Anak saudaranya Azlee Senario berkata Allahyarham menghembuska...
Bapa Mertua Batu Api Menantu Jadi Hantu

Bapa Mertua Batu Api Menantu Jadi Hantu

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 582 hits
Malang sekali apabila ada kes yang tidak sepatut berlaku antara bapa mertua dan ibu mertua dengan anak anak menantu Ada yang bersifat menjadi batu api menyebabkan rumahtangga anak menjadi huru hara Mereka ingin runtuh masjid Mereka melakuka...
Bapa Dedah Ainul Tak Suka Dibalut Bukan Main Lagi Dia Meronta Ronta Nak Keluarkan Tangan

Bapa Dedah Ainul Tak Suka Dibalut Bukan Main Lagi Dia Meronta Ronta Nak Keluarkan Tangan

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 419 hits
Bapa dedah Ainul tak suka dibalut Bukan main lagi dia meronta ronta nak keluarkan tangan
Anak Tepis Rasa Malu Bangga Dibesarkan Oleh Bapa Sindrom Down

Anak Tepis Rasa Malu Bangga Dibesarkan Oleh Bapa Sindrom Down

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 375 hits
Tiada siapa menyangka lelaki yang dilahirkan sebagai seorang Sindrom Down mampu menjadi seorang ayah dan membesarkan anak dengan baik sekali Itulah yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Richie Anne Castillo atau lebih ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti