Tidak Kira Apa Alasan Diberi Perkahwinan Jarak Jauh Bukan Perkara Digalakkan


RAMAI pasangan berkahwin kini mengeluh kerana terpaksa tinggal berjauhan daripada suami atau isteri dan anak kerana terikat dengan kerjaya.
Bukan sedikit yang menyimpan angan-angan untuk melepaskan jawatan dan kembali ke pangkuan keluarga. Namun hasrat hati diketepikan begitu saja kerana bimbang tidak mendapat pekerjaan di tempat baharu.
Bagi mereka yang tidak pernah berjauhan, perkahwinan jarak jauh (PJJ) mungkin dianggap mudah. Apalagi jika isteri mampu berdikari dan menguruskan segala keperluan sendirian.
Penulis sendiri pernah merasai pengalaman menjadi isteri hujung minggu. Walaupun hanya tiga tahun, ia menjadi tempoh paling sukar apabila diri disahkan ham1l. Beban emosi juga bertambah apabila terpaksa membesarkan bayi sendirian, tanpa bantuan pasangan.
Menjelaskan isu yang kini dianggap trend dalam perkahwinan, Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah berkata, PJJ bukan kaedah perhubungan digalakkan dalam Islam.
“Ada banyak impak negat1f dalam PJJ. Sebab itulah kita selalu menggalakkan pasangan yang mahu berkahwin berunding terlebih dulu. Mereka perlu merancang dan mengenal jenis kehidupan yang hendak dilalui selepas bernikah.
“Jika boleh, elakkan berkahwin dan hidup berasingan. Usah duduk berjauhan dan selagi mampu usahakan untuk tinggal bersama, kecuali disebabkan kecemasan,” ujarnya.
Jelas Dr Robiah, penelitian dan perancangan masa depan cukup penting dalam membina perkahwinan bahagia. Tambahan, bukan mudah untuk lelaki atau wanita mengekalkan kesetiaan dalam hubungan jarak jauh.
“Kita tahu buruk baik dalam satu-satu hubungan itu tidak berkait dengan PJJ. Ia bergantung kepada tahap kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah SWT, bagaimana rasa tanggungjawab kita terhadap pasangan dan sejauh mana ikhlasnya seseorang itu menjalinkan hubungan perkahwinan.
“Jika kita berkahwin kerana nafsu, rupa dan harta, hubungan jarak jauh mungkin sukar untuk bertahan lama. Begitu juga dengan perkahwinan yang dijodohkan orang tua.
“Ini kerana PJJ itu sendiri boleh mendorong campur tangan pihak ketiga. Iblis pasti akan mengambil kesempatan. Mana mungkin dia membiarkan manusia, sedangkan ada jurang di tengah yang boleh diisi.
“Oleh itu, saya suka menasihatkan pasangan PJJ sekarang, jika boleh, janganlah lama-lama berjauhan. Usahakan untuk dekat dengan pasangan. Kalau terpaksa berhenti kerja, berhentilah. Kalau boleh merayu pertukaran, bertukarlah. Kalau lama sangat melalui fasa PJJ, kita bimbang hubungan yang baik akan rosak di tengah jalan,” katanya.
RUANG JENAYAH
Menurut Dr Robiah, tidak kira sama ada suami atau isteri, masing-masing perlu berbincang dan mengambil sikap toleransi dalam mengukuhkan hubungan perkahwinan.
“Mungkin ada yang kata mereka mampu bahagia dengan PJJ. Namun, tidak kira apa pun alasan diberi, PJJ bukanlah pilihan yang digalakkan dalam membina keluarga harmoni.
“Bahkan PJJ berupaya membuka ruang jenayah seks, curang dan menjerumuskan lelaki serta wanita dalam perlakuan sumbang. Mungkin mereka tidak terfikir untuk membina hubungan baru, tetapi ingatlah iblis tidak akan berhenti menghasut.
“Pokok pangkalnya, ia terpulang kepada iman dan pegangan seseorang. Andai tiada pilihan selain berjauhan, cubalah untuk mengadakan banyak masa untuk pasangan.
“Walaupun teknologi moden kini menawarkan banyak platform maya, aplikasi sembang dan panggilan video untuk mendekatkan mereka yang jauh, sentuhan tetap lebih berharga dalam hubungan suami isteri,” katanya.
Kata Dr Robiah, pasangan yang sudah terlalu lama berjauhan lazimnya mudah jemu dengan hubungan cinta di dalam talian. Justeru, masing-masing perlu tahu memainkan peranan untuk menghidupkan suasana.
“Suami mungkin kena tunjuk keprihatinan pada isteri, kerap bertanya khabar, beri sokongan dan nasihat jika diperlukan. Kata orang, biar pun jauh, namun hati dan jasad terbawa sama.
“Isteri juga kena tunjukkan minat pada suami. Berkongsi apa saja yang dirasakan wajar. Usah memantau pasangan secara berlebihan. Kita bimbang pasangan akan mudah rasa bosan, tidak dipercayai hingga mencetuskan perbalahan.
“Paling penting, sentiasa dekatkan diri dengan Allah SWT. Usah buka ruang pada iblis untuk menghasut. Bahagia atau tidak, bergantung kepada kukuhnya iman kita.
“Selain pasangan, ibu bapa juga boleh memainkan peranan. Sesekali, aturkan pertemuan untuk anak-anak menghabiskan masa bersama. Komunikasi baik antara menantu dan mentua juga penting dalam mengekalkan hubungan bahagia untuk pasangan yang melalui PJJ,” katanya.
JANGAN KEDEKUT
Memandangkan alam PJJ memerlukan persediaan mental dan fizikal, Dr Robiah turut menasihatkan pasangan supaya sentiasa mementingkan keperluan dan kehendak pasangan masing-masing.
“Usah kedekut mengeluarkan duit untuk menampung kos perjalanan bertemu pasangan. Tidak kira sejauh mana pun suami atau isteri, usahakan untuk dekat dengan mereka sekerap mungkin.
“Jika mampu memandu setiap minggu, jenguklah mereka dan habiskan masa bersama. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berjauhan atas faktor kerjaya dan gaji. Sentuhan penting dalam perkahwinan. Jangan biarkan pasangan mencari ruang alternatif yang boleh mero sakkan hubungan dan perkahwinan,” katanya.
TIP PJJ
Beri sokongan – Emosi biasanya mudah tercalar dalam hubungan PJJ. Ada masanya suami mungkin memerlukan lebih perhatian dan sebaliknya. Berilah sokongan dan semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga anda sendiri.
Saling percaya – Ia antara kunci utama dalam perhubungan tidak kira dekat atau jauh. Sentiasa prihatin dan dekat dengan pasangan. Jika timbul rasa gusar, suarakan kepada pasangan dengan baik. Sentiasa berfikir secara positif demi kebaikan serta kebahagiaan berkekalan.
Isi masa – Sunyi tanpa pasangan bila tiba cuti atau waktu senggang. Usahakan untuk melawat pasangan atau sibukkan diri dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti menghadiri kuliah agama, aktiviti persatuan dan sebagainya.
Sentiasa berhubung – Bahagikan masa untuk berkomunikasi menerusi telefon, e-mel, menghantar sistem pesanan ringkas atau bersembang di laman media sosial. Ketahui serba sedikit jadual pasangan supaya dia tidak terganggu.
Babitkan anak-anak – Anak adalah pengikat kasih. Ajaklah mereka bersembang menerusi panggilan video. Ini dapat mengingatkan pasangan bahawa dia sudah mempunyai keluarga yang memerlukannya.
Rancang kejutan – Kekangan masa dan jarak mungkin mengehadkan kesempatan untuk bertemu. Tempah jambangan bunga atau kejutan ringkas untuk menceriakan pasangan. Dia mungkin rasa anda lebih dekat secara tiba-tiba.
Saling mendoakan – Jangan lupa mendoakan pasangan terutama selepas solat lima waktu. Doakan juga semoga anda dan pasangan beroleh kesempatan untuk menjalani kehidupan normal sebagaimana pasangan lain.
 
Sumber:  rentas.asia 
The post Tidak Kira Apa Alasan Diberi, Perkahwinan Jarak Jauh Bukan Perkara Digalakkan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/tidak-kira-apa-alasan-diberi-perkahwinan-jarak-jauh-bukan-perkara-digalakkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Datang Nun Jauh Dari Sabah

Dia Datang Nun Jauh Dari Sabah

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 332 hits
Pin Pin Bunyi hon motor kat luar rumah Eh barang apa lagi ni Tengok alamat tudiaaaaa datang nun jauh dari Sabah Baru teringat Blogger Kak Amie s Little Kitchen ada hantar email berikan tracking number Saya pulak tak ingat nak track Kalau ta...
Potret Rumah Masa Kecil Jenda Mclover Berdinding Kayu Mandi Di Sumur Jauh Dari Rumah

Potret Rumah Masa Kecil Jenda Mclover Berdinding Kayu Mandi Di Sumur Jauh Dari Rumah

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 304 hits
Jenda Munthe atau lebih dikenal dengan nama Jenda McLover memperlihatkan huniannya di masa kecil yang begitu sederhana Rumah yang berada di kampung halamannya itu berdinding kayu dan memiliki kamar mandi terpisah dari rumah Untuk mandi Jend...
Silap Nak Pedajal Negeri Yang Jauh Lebih Maju

Silap Nak Pedajal Negeri Yang Jauh Lebih Maju

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 168 hits
HAMZAH RIE NASanusi tersilap salur air selut kat negeri sendiri ke Sekejap jer Allah nak tunjukkan ke atas sikap sombong bongkak kejam PAS terhadap rakyat Pulau Pinang SR
10 Kebaikan Minum Susu Kambing Kandungan Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain

10 Kebaikan Minum Susu Kambing Kandungan Khasiat Jauh Lebih Tinggi Dari Susu Lain

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 410 hits
Ish tak nak lah minum susu kambing ni Mesti bau dia hamis Macam mana nak telan nanti Haaa siapa yang tak pernah minum susu kambing mesti akan berfikiran macam ni Ana dulu pun macam tu Tapi bila dah rasa sendiri susu kambing segar dari ladan...
Pn Jaktim Lanjutkan Sidang Perkara Tes Swab Rizieq Syihab Di Rs Ummi Hari Ini

Pn Jaktim Lanjutkan Sidang Perkara Tes Swab Rizieq Syihab Di Rs Ummi Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 202 hits
Pengadilan Negeri Jakarta Timur akan melanjutkan sidang perkara hasil tes swab Rizieq Syihab di Rumah Sakit Ummi Bogor Rabu Sidang hari ini masih beragendakan pemeriksaan saksi
Hiburan Saya Juga Alergi Kepada Perkara Bodoh Sarah Hildebrand Alami Alahan Teruk Akibat Cuaca Tidak Menentu

Hiburan Saya Juga Alergi Kepada Perkara Bodoh Sarah Hildebrand Alami Alahan Teruk Akibat Cuaca Tidak Menentu

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 271 hits
Gara gara cuaca tidak menentu dialami negara pada ketika ini pelakon Sarah Hildebrand dilaporkan telah mengalami alahan teruk Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah marie Hildebrand Asyraf Hildebrand 31 berkongsikan perkembangan kesihatannya ...
Mujahid Putar Belit Isu Menampakkan Evangelist Perkara Rekaan

Mujahid Putar Belit Isu Menampakkan Evangelist Perkara Rekaan

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 219 hits
BANGI 12 Ramadan 1442H Sabtu Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa sepatutnya bersuara di pihak umat Islam serta menyokong tindakan Majlis Agama Islam Selangor mendedahkan agenda Kristian Presiden Parti Bari...
Pru 15 Keputusan Tidak Jauh Berbeza Umno Kekal Pembangkang Jika Tiada Penjajaran Politik

Pru 15 Keputusan Tidak Jauh Berbeza Umno Kekal Pembangkang Jika Tiada Penjajaran Politik

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 169 hits
POSTED BY AMIR WRLRKeputusan Pilihan Raya Umum ke 15 dijangka tidak jauh berbeza dengan PRU 14 dan Umno akan kekal sebagai pembangkang sekiranya tiada penjajaran semula politik belaku sebelum hari mengundi Hal itu diutarakan oleh Naib Presi...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults