Tidak Cerdik Itu Satu Pilihan Bukan Paksaan


 

Hari ini, ramai yang berlumba-lumba nak tunjuk pandai, tambah-tambah lagi dalam musim kempen pilihan raya sekarang. Di pentas-pentas ceramah, jauh dan dekat, masing-masing ada hujah dan ada helah untuk saling mengatasi dalam berebutkan sokongan di peti-peti undi beberapa hari lagi.
Parti-parti yang bertanding juga menampilkan barisan penceramah lazimnya pandai-pandai belaka dalam memikat hati pengundi dengan pelbagai janji dan perancangan, dengan seboleh-bolehnya mahukan mereka membuat pilihan bijak.
Rekod perkhidmatan masa lalu dan perancangan masa depan tidak henti-henti diperingatkan dalam kempen saban hari agar pengundi tidak terpedaya dengan sekadar janji manis dan digula-gulakan dengan pelbagai harapan.
Namun, dengan modal perancangan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup barangkali sudah jemu didengar, serangan peribadi bagi merendah-rendahkan pemimpin tertentu juga bukan lagi menjadi halwa telinga.
Maka, bukan menghairankan jika di sesetengah majlis, tepukan makin berjarak sambil sorakan yang ditagih pengacaranya atau penceramah sendiri, seperti dilakukan dalam keterpaksaan agar tidak dilihat berbeza dengan yang lain.
Jenaka serupa pula yang telah jenuh diulang-ulang sekadar membuat pengundi semakin dahagakan benda-benda baharu, yang berbeza dengan apa yang disogokkan pada malam sebelumnya atau bermalam-malam sebelum itu.
Di sana-sini dilaporkan jumlah kehadiran yang semakin berkurangan di majlis-majlis ceramah dan ini berkisar kepada beberapa sebab, antaranya ramai yang memilih keselesaan di ruang tamu kediaman masing-masing bagi mengikuti siaran langsung dalam talian daripada berpanas, berhujan atau
berkipas bawah khemah.
Apabila ia membabitkan fakta-fakta dan perangkaan, apa saja yang disua pada tempoh awal kempen, selang beberapa hari, akan dirasakan seperti modal lama sambil ramai yang ternanti-nanti ceramah kemuncak atau “grand finale” pihak-pihak yang berlawanan pada malam terakhir sebelum mengundi Sabtu ini.
Dalam kalangan pengundi pula, ramai yang turut mahu berlagak pandai. Mereka memilih untuk tidak mahu menerima bulat-bulat apa saja yang disogok dari pentas-pentas ceramah, dengan masing-masing memiliki penilaian sendiri antara kebenaran, pembohongan atau sekadar angan-angan.
Penceramah pula semakin beria-ia mahu menyampaikan modal kempen yang mereka percaya perlu didengar tetapi jarang sekali butir bicara yang pengundi mahu dengar.
Tergolong dalam perkara yang mahu didengar ini termasuklah “bom atom” yang dinanti untuk diledakkan oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Nor, dan uar-uar kerajaan pusat akan bertukar kalaupun tidak pada hujung bulan ini, pasti selewat-lewatnya November ini.
Itu juga sebenarnya bukan sesuatu yang baharu tetapi dirasakan segar kerana di sebalik ia tidak berkemungkinan terjadi mengikut norma-norma biasa, kononnya ada cara untuk kesudahannya berlaku jua.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan persekutuan akan bertukar sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang besar dalam PRN di enam negeri.
Dalam ceramah di DUN Rantau, Negeri Sembilan, Ahad lalu, timbalan
pengerusi PN itu berkata kemenangan PN sangat penting untuk menukar kerajaan persekutuan.
“PRN enam negeri ini sangat penting untuk menangkan PN. Perlu menang besar. Kalau menang, akan berlaku perubahan kerajaan pusat. Itu maknanya,” katanya dalam ceramah di tapak letak kereta Merchant Square, Bandar Sendayan.
Umum, bagaimanapun tahu bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keputusan PRN di enam negeri Sabtu ini boleh membawa perubahan kepada pentadbiran kerajaan di peringkat pusat.
Di majlis sama, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, mendakwa ada pelbagai cara menukar kerajaan persekutuan walaupun Akta Anti-Lompat Parti sudah dikuatkuasakan.
“Ada proses undang-undang yang boleh diambil untuk tukar sesebuah kerajaan, begitu juga dengan kerajaan negeri,” kata Peja yang juga pengerusi PN Negeri Sembilan.
Susulan itu, berbagai edisi buku Perlembagaan Persekutuan dirujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, untuk mengesahkan dakwaan itu tetapi tidak ditemui.
“Saya dah dengar banyaklah orang cakap, saya rasa pelik macam mana keputusan (PRN) boleh mengubah kerajaan pusat. Saya dah buka Perlembagaan banyak kali, saya baca tiada pula (peruntukan)…mungkin undang-undang lain yang dia baca,” katanya.
Ramai lagi yang tampil untuk menidakkan kemungkinan itu, termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Maslan, Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
“Hadi kata kalau menang besar di lima atau enam negeri, mereka boleh tubuhkan kerajaan pusat yang baru. Kamu faham ke Perlembagaan Malaysia? Yang menentukan ialah Ahli Parlimen. Ahli Parlimen ini dua pertiga sokong kerajaan perpaduan.
“Tapi salahkah PAS nak meroyan? Tak salah. Meroyanlah banyak mana pun. Tapi saya nak tanya kamu nak perintah buat apa? Masa kamu perintah tengok Kelantan. Masa kamu perintah persekutuan tiga tahun, kamu buat apa? (Masalah) air (di Kelantan) tak selesai,” kata Perdana
Menteri Anwar Ibrahim dalam Jelajah Perpaduan Madani di Kelantan.
Bukanlah salah penceramah jika janji mereka yang tidak berkemungkinan juga dipercayai melainkan pengundi yang harus membuat pertimbangan kerana untuk tergolong sebagai tidak cerdik itu adalah satu pilihan, bukannya paksaan.
Mari kita berpura-pura untuk menjadi pengundi bodoh dan hanya bertukar cerdik ketika salah satu jari sudah dicelup dakwat hitam kekal nanti. Selagi kita berpura-pura bodoh, maka kita tidak boleh diperbodohkan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/tidak-cerdik-itu-satu-pilihan-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Ada Banyak Opsyen Tapi Tidak Lakukan Apa Apa Bukan Satu Pilihan

Umno Ada Banyak Opsyen Tapi Tidak Lakukan Apa Apa Bukan Satu Pilihan

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 182 hits
Hishamuddin Aun Seorang panelis dalam analisis keputusan PRN enam negeri di sebuah stesen televisyen mengajak audiens memerhatikan gelagat Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan timbalannya Zahid Hamidi ketika sidang akhbar di Pusat Dagangan Dun...
Ulam Raja Salah Satu Menu Makan Tengahari

Ulam Raja Salah Satu Menu Makan Tengahari

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 193 hits
Assalamualaikum Selamat Pagi ULAM RAJA SALAH SATU MENU MAKAN TENGAHARI Semalam masa mak tengah siram bunga tiba tiba bapak bagi cadangan Suruh petik ulam raja buat makan tengahari Fiza dan mak mengiakan aje Takdelah nak petik terus Sebabnya...
Ini Satu Satunya Negara Yang Adakan Prn Tak Pakai Kertas Undi Cuma Undi Guna Guli Ini Sebabnya

Ini Satu Satunya Negara Yang Adakan Prn Tak Pakai Kertas Undi Cuma Undi Guna Guli Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 185 hits
Ini satu satunya negara yang adakan PRN tak pakai kertas undi cuma undi guna guli ini sebabnya Pilihan raya merupakan proses undian secara demokrasi yang umum dijalankan di seluruh dunia untuk memilih calon yang bakal mewakili suara rakyat ...
Satu Lagi Inisiatif Keraja Kerajaan Perpaduan Madani

Satu Lagi Inisiatif Keraja Kerajaan Perpaduan Madani

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 166 hits
Sebelum ni kerajaan datangkan Inisiatif Pendapatan Rakyat yang bertujuan membantu rakyat golongan miskin dan B40 untuk memiliki perniagaan sendiri Kini ada inisiatif baharu di mana semua golongan rakyat berpeluang untuk menjana pendapatan s...
Ini Satu Satunya Cikgu Dalam Negara 1545 Hari Ponteng Kerja Tapi Tak Kena Pecat

Ini Satu Satunya Cikgu Dalam Negara 1545 Hari Ponteng Kerja Tapi Tak Kena Pecat

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 277 hits
Ini satu satunya cikgu dalam negara 1545 hari ponteng kerja tapi tak kena pecat Seorang guru yang ditamatkan perkhidmatan kerana gagal melaporkan diri selama 1 535 hari akibat fobia air berjaya mendapat semula jawatannya hari ini Mahkamah T...
Gadis Ini Nekad Putuskan Bekalan Elektrik Sampai Satu Kampung Blackout Rupanya Ini Puncanya

Gadis Ini Nekad Putuskan Bekalan Elektrik Sampai Satu Kampung Blackout Rupanya Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 264 hits
Gadis ini nekad putuskan bekalan elektrik sampai satu kampung blackout Rupanya ini puncanya Hanya kerana mahu jumpa dengan teman lelakinya secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga dan orang kampung seorang gadis sanggup memutuskan bekalan e...
Tak Munasabah Park Hyungsik Dibuli Wartawan Dek Enggan Tunaikan Satu Permintaan Ini

Tak Munasabah Park Hyungsik Dibuli Wartawan Dek Enggan Tunaikan Satu Permintaan Ini

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 319 hits
Bukan senang kan untuk kita puaskan hati semua orang ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 27 Julai Park Hyung sik telah menghadiri acara Chanel di Korea Selatan dan disambut oleh ramai wartawan di situ Bagaimanapun sejurus selepas acara itu tamat...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Christmas From The Manger To The Margins


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans