Tidak Berlaku Krisis Perlembagaan Jika Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu Tidak Dikosongkan



“Bagi Dewan-dewan dalam Commonwealth, keputusan satu dewan kepada satu dewan yang lain tidak ‘binding’, tetapi ia persuasif sahaja.
(Berita Harian) – Tidak berlaku krisis Perlembagaan seperti didakwa sesetengah pihak jika Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengambil keputusan tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen dari BERSATU yang mana ahlinya terhenti menjadi ahli parti berkenaan.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, berkata Dewan Rakyat tidak terikat dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mengosongkan kerusi DUN Nenggiri yang mana seorang daripada enam Ahli Parlimen terbabit juga penyandangnya.
Katanya, Speaker Dewan masing-masing mempunyai hak tersendiri berhubung keputusan mengenai pengosongan kerusi secara luar jangka yang membabitkan tafsiran kepada undang-undang mengenainya, dengan ia harus dihormati.
Beliau malah berkata, bagi Dewan yang berada dalam sistem Commonwealth, keputusan sesuatu Dewan kepada Dewan yang lain tidak bersifat mengikat (binding), sebaliknya hanya bersifat persuasif iaitu boleh digunakan sebagai rujukan namun tidak mengikat.
“Dia tak akan ada krisis Perlembagaan, kerana keputusan tafsiran itu terpulang kepada Yang di-Pertua Dewan masing-masing dan memang itu ialah hak Yang Dipertua Dewan. Kalau tiada Speaker seperti masa sejurus selepas sesuatu pilihan raya umum, hak menentukan (tafsiran) itu jatuh kepada Setiausaha Dewan.
“Bagi Dewan-dewan dalam Commonwealth, keputusan satu dewan kepada satu dewan yang lain tidak ‘binding’, tetapi ia persuasif sahaja. Kita boleh guna amalan itu sebagai sebagai rujukan tetapi dia bukan ‘binding’ yang bererti tak semestinya Dewan Rakyat kena buat keputusan sama dengan Dewan Negeri, atau Dewan Negeri kena ikut Dewan Rakyat.
“Mengikut perundangan, keputusan untuk menentukan bahawa ada kekosongan luar jangka akhirnya terletak kepada Speaker Dewan yang berkenaan. Speaker DUN Kelantan, begitu tafsirannya dan Speaker Dewan Rakyat kita belum tahu lagi, begitu juga saya difahamkan dengan keputusan Speaker DUN Selangor,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media sempena pelaksanaan Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Negeri ke-15, Perak Darul Ridzuan hari ini.
Hadir sama Setiausaha Dewan Negeri Perak, Abdul Majid Abdul Rahim; dan Timbalan Speaker DUN Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen.
Sebelum ini, media melaporkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan sudah menerima notis daripada BERSATU pada 21 Jun lalu meminta enam kerusi Parlimen wakil rakyat mereka itu dikosongkan.
Johari berkata beliau mempunyai masa selama 21 hari menurut undang-undang untuk membuat keputusan.
Sebelumnya, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Md Nor yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands turut dilapor berpandangan bahawa krisis perlembagaan tidak akan berlaku walaupun Speaker Dewan Rakyat memutuskan enam Ahli Parlimen berkenaan kekal pada kedudukan mereka sehingga habis penggal.
Sementara itu, Mohammad Zahir berkata dua usul persendirian yang masing-masing diterima daripada dua wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji dan ADUN Simpang Pulai dijangka menjadi tumpuan dalam Persidangan DUN Perak yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 Julai ini.
Dua usul berkenaan adalah mengenai cadangan memperkenalkan Enakmen atau Peraturan baharu berkaitan pengawalan haiwan-haiwan berkeliaran di Perak dengan mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan yang dianggotai oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri yang berkenaan; serta usul mengenai cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrim dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat negeri ini.
The post ‘Tidak berlaku krisis Perlembagaan jika kerusi 6 Ahli Parlimen BERSATU tidak dikosongkan’ appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/07/04/tidak-berlaku-krisis-perlembagaan-jika-kerusi-6-ahli-parlimen-bersatu-tidak-dikosongkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Bekas Mp Bersatu Kekal Ahli Parlimen Speaker Bagi Alasan Dangkal Mu

6 Bekas Mp Bersatu Kekal Ahli Parlimen Speaker Bagi Alasan Dangkal Mu

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 131 hits
Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat keputu...
6 Bekas Ahli Parlimen Bersatu Kekal Wakil Rakyat

6 Bekas Ahli Parlimen Bersatu Kekal Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 178 hits
bharian com myOleh Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman Zahari Kechik Mohd Azizi Abu Naim Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi KUALA LUMPUR ...
Mp Pkr Saran Speaker Kosongkan Enam Kerusi Parlimen Bersatu

Mp Pkr Saran Speaker Kosongkan Enam Kerusi Parlimen Bersatu

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 198 hits
Pemimpin PKR Hassan Karim menggesa Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat pengumuman mengosongkan kerusi parlimen enam ahli parlimen Bersatu yang telah hilang keahlian dalam partinya kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim ...
Pn Yang Jadikan Kami Ahli Parlimen Bebas Suhaili

Pn Yang Jadikan Kami Ahli Parlimen Bebas Suhaili

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 186 hits
Yang menjadikan kami Ahli Parlimen Bebas ialah Perikatan Nasional kata Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman Beliau yang juga wakil enam Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr...
Anwar Minta Bersatu Baca Tafsiran Perlembagaan Sepenuhnya

Anwar Minta Bersatu Baca Tafsiran Perlembagaan Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 159 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia supaya membaca tafsiran undang undang Perlembagaan Persekutuan mengenai akta anti lompat parti secara keseluruhan Beliau berkata kepu...
Tangan Speaker Terikat Bersabit 6 Ahli Parlimen

Tangan Speaker Terikat Bersabit 6 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 22/6/2024 - jumlah : 119 hits
6MP Tangan speaker terikat Hishamuddin AunKeadaannya seolah olah semua mereka yang berkepentingan membayangkan berada di tempat Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul ketika ini Kalau boleh mereka juga mahu membuat keputusan bagi pihaknya berkai...
Kami Ada Krisis Ahli Ulas Tentang Hubungan Sebenar Super Junior

Kami Ada Krisis Ahli Ulas Tentang Hubungan Sebenar Super Junior

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 172 hits
Siapa sangka kan sudah hampir 20 tahun sejak SUPER JUNIOR debut Artikel Berkaitan Baru baru ini Shin dong dan Ryeo wook telah tampil sebagai tetamu dalam program radio Park Myungsoo s Radio Show di mana mereka ada bercakap tentang reunion s...
Bersatu Masih Ada Masalah Disiplinkan Pemimpin Ahli

Bersatu Masih Ada Masalah Disiplinkan Pemimpin Ahli

papar berkaitan - pada 6/7/2024 - jumlah : 212 hits
Nora MahparPETALING JAYA Penganalisis berpandangan Bersatu dilihat sukar mengawal wakil rakyatnya sehingga ada yang mula bersuara di luar pendirian parti itu seperti dibangkitkan Adun Sungai Tiang Razak Khamis berhubung isu penyasaran subsi...
Hassan Kongsi 5 Sebab Mengapa 6 Kerusi Perlu Dikosongkan

Hassan Kongsi 5 Sebab Mengapa 6 Kerusi Perlu Dikosongkan

papar berkaitan - pada 23/6/2024 - jumlah : 239 hits
hmetro com myHassan Abdul KarimJohor Bahru Ahli Parlimen dari PKR menggariskan lima sebab mengapa Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul perlu mengosongkan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu susulan notis dikemuka parti itu kelmarin Ahli ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti