6 Bekas Ahli Parlimen Bersatu Kekal Wakil Rakyat


bharian.com.my
Oleh Fahmy A Rosli 
[email protected]
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
KUALA LUMPUR: Enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat bertarikh semalam.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Enam ahli Parlimen adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Sementara itu, Muhyiddin menegaskan alasan dikemukakan Johari dangkal dan tafsiran dibuat songsang sekali gus mencemar Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin Yassin."BERSATU telah menerima surat bertarikh 9 Julai 2024 lewat petang semalam daripada Speaker Parlimen yang menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk keenam-enam kerusi bekas Ahli BERSATU.

"Peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat itu hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik.

"Dalam situasi ini, jelas enam Ahli Dewan Rakyat itu tidak lagi menjadi ahli BERSATU berdasarkan peruntukan perlembagaan BERSATU.

"Di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, apa-apa pentafsiran perlembagaan parti politik adalah muktamad dan konklusif," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin menegaskan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU sudah pun memutuskan enam ahli Parlimen berkenaan terhenti keahliannya.

Beliau berkata, pentafsiran BERSATU terhadap perkara ini adalah muktamad dan tidak boleh dicabar, dirayukan, dikaji semula, dibatalkan atau dipersoalkan.

"Keputusan Speaker adalah bercanggah dengan peruntukkan undang-undang dan telah bertindak di luar bidang kuasa beliau dalam membuat tafsiran yang songsang. Hanya mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Berkongsi alasan dikemukakan Speaker Dewan Rakyat terhadap Suhaili, Muhyiddin berkata Johari memberikan alasan remeh dan enggan mengisytiharkan kekosongan kerusi itu setelah Ahli Parlimen Labuan itu memulakan tindakan mahkamah, yang juga menyalahi peruntukan Perlembagaan BERSATU.

Sehubungan itu, beliau berkata BERSATU memutuskan untuk mengambil langkah susulan dengan melantik beberapa pakar perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi menegakkan Perlembagaan Persekutuan dan BERSATU.

Beliau mempertimbangkan untuk mengemukakan usul dalam sesi Dewan Rakyat esok bagi merayu keputusan berkenaan.

Sebelum ini, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN Nenggiri kosong berkuat kuasa pada 19 Jun.

Kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi pada 13 Jun lalu.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dilaporkan berkata, tarikh penamaan calon dan pengundi awal PRK itu masing-masing ditetapkan pada 3 Ogos dan 13 Ogos


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/6-bekas-ahli-parlimen-bersatu-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Bekas Mp Bersatu Kekal Ahli Parlimen Speaker Bagi Alasan Dangkal Mu

6 Bekas Mp Bersatu Kekal Ahli Parlimen Speaker Bagi Alasan Dangkal Mu

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 88 hits
Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan Yang di Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat keputu...
Kecoh Isu Menantu Muhyiddin 6 Bekas Mp Bersatu Kekal Pn Gelar Tafsir

Kecoh Isu Menantu Muhyiddin 6 Bekas Mp Bersatu Kekal Pn Gelar Tafsir

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 107 hits
1 Tanpa video bahlol bodoh Rafizi memang liabiliti tak perlu ke Sungai Bakap KJ 2 PRK Sg Bakap Letak KJ Kian Ming keputusan tetap kalah kata Rafizi 3 Mahathir berusia 99 tahun hari ini 4 RUU Mufti WP Raja Perlis tak berkenan nama Majlis Raj...
Terkini Enam Bekas Mp Bersatu Jadi Wakil Bebas Tidak Boleh Sertai Mana Mana Parti

Terkini Enam Bekas Mp Bersatu Jadi Wakil Bebas Tidak Boleh Sertai Mana Mana Parti

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 96 hits
Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menegaskan keenam enam mereka akan terus berkhidmat di kawasan masing masing sebagai ahli parlimen bebas Malah katanya peruntukan 49 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas iaitu mereka tidak boleh me...
Wan Fayhsal Seru Protes Jalanan Bantah Kekal 6 Ahli Parlimen

Wan Fayhsal Seru Protes Jalanan Bantah Kekal 6 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 142 hits
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata Pakatan Harapan terutama sekali PKR bimbang dengan momentum rakyat yang semakin membesar PETALING JAYA Seorang pemimpin Bersatu menyeru protes jalanan bagi membantah keputusan speaker Dewan Rakyat t...
Kamu Tak Hormat Parlimen Wakil Rakyat Kerajaan Kritik Keputusan Speaker

Kamu Tak Hormat Parlimen Wakil Rakyat Kerajaan Kritik Keputusan Speaker

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 191 hits
freemalaysiatoday com10 Jul 2024Hassan Karim berkata berkata keputusan Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam wakil rakyat Bersatu berlawanan aspirasi rakyat untuk henti amalan lompat parti Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menyi...
Tidak Berlaku Krisis Perlembagaan Jika Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu Tidak Dikosongkan

Tidak Berlaku Krisis Perlembagaan Jika Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu Tidak Dikosongkan

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 114 hits
Bagi Dewan dewan dalam Commonwealth keputusan satu dewan kepada satu dewan yang lain tidak binding tetapi ia persuasif sahaja Tidak berlaku krisis Perlembagaan seperti didakwa sesetengah pihak jika Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ...
Akta Lompat Parti Sangat Jelas Kata Bekas Speaker Selepas Johari Kekalkan Ahli Parlimen Paling Tadah

Akta Lompat Parti Sangat Jelas Kata Bekas Speaker Selepas Johari Kekalkan Ahli Parlimen Paling Tadah

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 99 hits
malaysianow comJulai 12 2024 Azhar Azizan Harun berkata pindaan diluluskan sebulat suara ketika beliau menjadi speaker itu memberikan panduan jelas dalam membuat keputusan Bekas speaker Azhar Azizan Harun berkata undang undang menghalang wa...
6 Mp Kekal Kerusi Masing Masing Anwar Salahkan Bersatu

6 Mp Kekal Kerusi Masing Masing Anwar Salahkan Bersatu

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 115 hits
MalaysiakiniBersatu sendiri kata Anwar Ibrahim turut bertanggungjawab sehingga enam ahli parlimen yang sebelum ini menjadi ahli parti itu kekal dengan kerusi masing masing walaupun kini menyokong kerajaan Ditemui media di Kuala Lumpur hari ...
Dpm Fadillah Reveals Drafts Of Government Opposition Mou

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang

Ssm Vs Sspa Perbezaan Kelebihan Soalan Lazim

Kereta Bergoyang Tanpa Henti Petugas Kesihatan Ditangkap Basah Di Tempat Parking Hospital

Kempen Skala Kecil Tampak Prk Mahkota Suram

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Man Cendol Outing


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Doa Susah Tidur Karena Gelisah

Juicy Luicy Lampu Kuning Chord

Lebih Rm500 000 Wang Gisbh Dibekukan Babit 96 Akaun Kpn

Mama Journey Komensmen 23 Iab

Should Chequered Past Ytl Involve In Public Transportation

Ayien Rahman Ale Ale Chord