Tidak Akan Buat Pembayaran Rm42 Juta Jika Tahu Itu Akaun Najib


foto oleh Bernama
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM42 juta ke dalam dua akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya tahu akaun bank itu milik bekas Perdana Menteri itu.

Pengarah Urusan IPSB, Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman turut mengesahkan Najib tidak pernah menghubunginya berhubung pembayaran berjumlah RM27 juta dan RM5 juta pada 26 Dis 2014 serta RM10 juta pada 9 Februari 2015.

Loading...
"Saya mengesahkan bahawa sekiranya saya tahu AmPrivate Banking-MY (nombor akaun 211202201880) adalah milik Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, saya tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM27 juta,” katanya semasa membacakan penyataan saksinya.

Saksi pendakwaan ke-37 itu berkata beliau juga tidak akan membuat pembayaran berjumlah RM5 juta ke akaun Najib bernombor 2112022011906 dan RM10 juta ke dalam akaun 211202201880 Najib atas alasan sama.

Beliau berkata IPSB tidak pernah membuat bayaran untuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke akaun Najib dan tidak pasti samada bayaran itu untuk tujuan CSR.


"Borang remittance tersebut menyatakan bahawa tujuan pembayaran adalah untuk program CSR tetapi saya tidak boleh pastikan perkara itu. Saya tetap membuat bayaran tersebut ke akaun itu walaupun saya tidak pasti tujuan sebenar pembayaran ini kerana mengikut arahan Ung Su Ling (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) ),” katanya pada hari ke-18 perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Dr Shamsul Anwar menjelaskan bahawa bayaran RM42 juta bertujuan untuk CSR adalah anggapannya dan beliau membuat anggapan itu kerana biasanya arahan daripada Ung Sun Ling adalah berkenaan program CSR.

"Saya mengesahkan bahawa saya tidak tahu siapa pemilik akaun AmPrivate Banking-MY. Walau bagaimanapun saya pernah meminta Puan Aishah Ghazali (bekas Eksekutif Akaun Kanan IPSB ) untuk membuat semakan pemilik akaun tersebut selepas pemindahan wang tersebut.

Selepas Aishah Ghazali membuat semakan, dia memberitahu saya bahawa bank tidak boleh membuat semakan, dia memberitahu saya bahawa bank tidak boleh memaklumkan kepada pihak ketiga. Saya turut meminta Datuk Abdul Aziz Ismail (pengarah syarikat IPSB yang turut memegang jawatan sebagai Pengarah Kewangan IPSB) untuk menyemak pemilik akaun itu, namun beliau tidak memaklumkan hasil semakan beliau,” katanya.

Beliau mengesahkan bahawa semua borang remit diisi oleh Aishah Ghazali dan beliau serta Abdul Aziz akan menandatangani borang remit yang lengkap diisi oleh Aishah. Saksi itu menegaskan pemindahan RM42 juta dilakukan kerana beliau diarahkan oleh Ung Su Ling dan Dennis See (Pengarah Projek YR1M).

"Saya terpaksa mengikut arahan Ung Su Ling dan Dennis See kerana mereka merupakan pemberi dana kepada Ihsan Perdana Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata Ung dan Dennis mengarahkannya memindahkan dana itu ke dua akaun tersebut walaupun saya tidak tahu tahu siapa pemilik dana tersebut.

Katanya beliau cuma dimaklumkan oleh Ung bahawa duit telah masuk ke akaun IPSB dan beliau juga ada banyak kali bertanya Ung melalui telefon dan secara bersemuka tetapi Ung tidak memberitahu saya tentang sumber dana tersebut.

"Saya turut bertanya Dennis See perkara sama tetapi beliau memaklumkan bahawa saya tidak perlu tahu maklumat pemilik akaun itu,” katanya. 

Dr Shamsul Anwar menjelaskan beliau hanya mengetahui bahawa semua dana RM42 juta adalah milik SRC melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd iaitu anak syarikat SRC apabila membaca artikel yang disiarkan dalam laman web Wall Street Journal ketika berada di Belgium antara 1 dan 2 Julai 2015.

Beliau berkata apabila pulang ke Malaysia, beliau menghubungi Nik Faisal Ariff Kamil (Pengarah SRC) untuk bertanyakan punca dana RM42 juta dan beliau mengesahkan bahawa SRC telah memindahkan wang itu ke akaun IPSB melalui Gandingan Mentari.

Bagaimanapun beliau tidak ingat tarikh beliau menghubungi Nik Faisal.

Najib, 66, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 28 Mei. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/tidak-akan-buat-pembayaran-rm42-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Seleweng Rm1 Juta Dana Anak Yatim Fuziah Sahkan Akaun Yapeim Telah Diaudit Firma Audit Terkemuka

Najib Seleweng Rm1 Juta Dana Anak Yatim Fuziah Sahkan Akaun Yapeim Telah Diaudit Firma Audit Terkemuka

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 403 hits
Portal The Malaysian Insight menggunakan gambar Datuk Seri Najib Razak bagi melaporkan berita bekas pembantu beliau yang didakwa kononnya menggunakan wang anak yatim untuk membayar kos guaman Foto IsmawebKUANTAN Timbalan Menteri di Jabatan ...
Ambank Pernah Kena Denda Rm53 7 Juta Sebab Tak Lapor Akaun Najib

Ambank Pernah Kena Denda Rm53 7 Juta Sebab Tak Lapor Akaun Najib

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 332 hits
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa Bank Negara Malaysia BNM sebelum ini telah mengenakan denda terhadap AmBank kerana gagal melaporkan transaksi mencurigakan di dalam akaun peribadi milik Datuk Seri Najib Razak sejak ia dibuka hingg...
Bnm Ambank Gagal Lapor Transaksi Meragukan Dalam Akaun Najib

Bnm Ambank Gagal Lapor Transaksi Meragukan Dalam Akaun Najib

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR 8 Mei Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia Ahmad Farhan Sharifuddin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini Ambank didenda kerana gagal melaporkan aktiviti transaksi meragukan dalam a...
Putrajaya Polis Fail Saman Sita Pada Najib Dan Rosmah Untuk Rampas Barangan Mewah Rm711 Juta

Putrajaya Polis Fail Saman Sita Pada Najib Dan Rosmah Untuk Rampas Barangan Mewah Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 680 hits
Najib Razak isterinya Rosmah Mansor Foto oleh Astro AwaniPutrajaya dan polis memfailkan saman sivil terhadap bekas perdana menteri Najib Razak isterinya Rosmah Mansor dan beberapa yang lain bagi menyita barang barang mewah berjumlah RM711 j...
Berlaku Pemindahan Wang Rm42j Ke Akaun Najib

Berlaku Pemindahan Wang Rm42j Ke Akaun Najib

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 364 hits
Berlaku pemindahan wang RM42j ke akaun NajibPosted By on May 06 2019Perbicaraan membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 13 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari in...
Rm170 Juta Masuk Ke Akaun Src Daripada Dua Syarikat Pembinaan

Rm170 Juta Masuk Ke Akaun Src Daripada Dua Syarikat Pembinaan

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 210 hits
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat pemindahan wang berjumlah RM170 juta daripada akaun dua buah syarikat pembinaan ke dalam akaun SRC International Sdn Bhd Penolong Pengurus Maybank Kuala Lumpur Halijah Abdu...
212 Daripada 306 Beg Tangan Dirampas Di Kondo Najib Jenama Hermes Bernilai Rm47 Juta

212 Daripada 306 Beg Tangan Dirampas Di Kondo Najib Jenama Hermes Bernilai Rm47 Juta

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 395 hits
SEJUMLAH 212 beg tangan mewah daripada 306 yang dirampas dari sebuah kondominium Datuk Seri Najib Razak tahun lalu adalah berjenama Hermes dan dianggarkan bernilai RM47 juta The Edge melaporkan antara barangan lain yang dirampas termasuk 40...
Kerajaan Mulakan Tindakan Rampas Harta Najib Dan Keluarganya Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Mulakan Tindakan Rampas Harta Najib Dan Keluarganya Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 638 hits
KERAJAAN Malaysia dan pihak polis dilapor telah memfailkan satu tindakan undang undang perlucutan hak terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak isterinya datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa individu lain berhubung barangan...
Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

Kerajaan Lucuthak Barangan Mewah Najib Rosmah Bernilai Rm711 Juta

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 486 hits
Kerajaan dan Polis fail saman perlucuthakan atau penyitaan harta bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor berjumlah RM711 juta Foto The Malay Mail Kerajaan dan pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan undang und...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Amalan Paling Minima Mendapatkan Lailatul Qadar

Yang Nilai Baik Dan Buruk Itu Dari Allah Bukan Dari Manusia

Oh Baju Melayu

First Blog Post

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000

Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly