Tidak Ada Syarat Ditetapkan Untuk Status Negera Islam


 Tidak ada satu syarat, sukatan, ukuran atau takar yang digunakan untuk menentukan kesahihan taraf sama ada sesebuah negara itu negara Islam atau tidak. Bagaimanapun, ada ilmuan Islam yang meletakkan syarat atau faktor membawa kepada sesebuah negara “layak” dipanggil negara Islam.
 

Dalam Islam tidak menyebut secara jelas mengenai syarat-syarat menjadi sebuah negara Islam. Dakwaan bahawa Madinah yang menjadi pusat pemerintahan dan perkembangan Islam sebagai negara Islam tidak pernah diisytiharkan pada zaman Rasulullah SAW. Malah, pada zaman pemerintahan empat orang khalifah juga tidak berlaku pengisytiharan itu. 
 

Perjanjian atau Piagam Madinah tidak boleh dianggap satu perlembagaan untuk tertubuhnya sebuah negara dalam erti kata negara berdaulat seperti konsep negara moden sekarang. 
 

Perjanjian Madinah lebih menekankan kepada persetujuan dan persefahaman antara orang Islam dengan orang bukan Islam hidup di satu lingkungan tempat yang sama dalam keadaan aman, bebas dan mempunyai hak yang sama. 
 

Sebenarnya, penduduk bukan Islam Madinah tidak menganggap Nabi Muhammad sebagai pemimpin mereka. Mereka hanya bersetuju dalam perkara berkaitan kepentingan bersama seperti menjaga keselamatan jika diserang musuh dari luar. 
 

Madinah juga tidak terdapat sempadan negara yang layak dipanggil negara seperti hari ini. Justeru, tidak tepat jika dikatakan Nabi Muhammad pemimpin pertama negara Islam Madinah. 
 

Masyarakat Madinah tidak berkerajaan seperti konsep negara sekarang. Mereka hidup berkabilah yang masing-masing mempunyai ketua. 
 

Perjanjian atau Piagam Madinah tidak menyebut atau melantik Nabi Muhammad sebagai ketua kerajaan. Orang Islam menghormati Rasulullah bukan atas status pemimpin negara, tetapi sebagai pesuruh Allah. 
 

Rasulullah SAW diutuskan untuk tugas memimpin manusia di seluruh dunia dan sepanjang masa. Rasulullah bukan sekadar pemimpin negara seperti didakwa oleh mereka yang melihat Madinah sebagai negara Islam. 
 

Seluruh umat Islam adalah ‘rakyat’ kepada Nabi Muhammad, di dunia dan akhirat. Rasulullah pemimpin agung untuk seluruh umat Islam tanpa sempadan negara, bangsa, budaya dan masa, serta dalam semua aspek berkaitan. 
 

Jika Nabi Muhammad dianggap ketua negara Madinah, bagaimana pula kedudukan umat Islam yang berada di luar Madinah. Adakah mereka tidak menjadi rakyat atau umat Nabi Muhammad?     
 

Jadi, tidak tepat jika dikatakan Nabi Muhammad sebagai ketua negara yang meletakkan sama taraf dengan pemimpin negara seperti yang ada kini. Kedudukan Rasulullah tidak menyamai dengan mana-mana pemimpin yang ada pada masa dahulu dan sekarang.
 

Rasulullah dilantik menjadi pesuruh-Nya oleh Allah. Sedangkan pemimpin lain dilantik oleh rakyat atau melantik diri sendiri untuk menjadi pemimpin. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://biroteguhnegara.blogspot.com/2023/11/fov.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tips Memelihara Kambing Yang Baik Dan Sesuai Dengan Anjuran Islam

7 Tips Memelihara Kambing Yang Baik Dan Sesuai Dengan Anjuran Islam

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 423 hits
Kambing adalah salah satu hewan ternak yang banyak diminati oleh masyarakat Indonesia Selain dagingnya yang lezat dan bergizi kambing juga memiliki manfaat lain seperti susu kulit dan kotorannya yang bisa dijadikan pupuk organik Namun memel...
Dialoq Islam Dan Konfusianisme Di Kuala Lumpur

Dialoq Islam Dan Konfusianisme Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 336 hits
Pagi ini saya dan Azizah menghadiri Program Dialog Islam dan Konfusianisme di Kuala Lumpur Turut hadir Duta Besar Republik China ke Malaysia TYT Ouyang Yujing Menteri Sains Teknologi dan Invovasi Chang Lih Kang serta Prof Dato Dr Osman Baka...
Peperangan Malaysia 75 Tahun Islam Lawan Sekular

Peperangan Malaysia 75 Tahun Islam Lawan Sekular

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 290 hits
Peperangan Malaysia 75 tahun Islam lawan Sekular ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be RoVk WiJLio src in org https www youtube com embed RoVk WiJLio wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube ...
More Bad Press For Islam

More Bad Press For Islam

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 462 hits
Only in Malaysia do we have holier than thou Muslims who scour the landscape to find things that offend their sensitivities without caring for others The Mon Chinese Beef Roti Restaurant recently made headlines after a TikTok video showed o...
Gencatan Senjata Israel Hamas Awal Kemenangan Islam

Gencatan Senjata Israel Hamas Awal Kemenangan Islam

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 380 hits
AhmPosted on 24 Mac 2009 by Ustaz Halim USTAZ Syeikh Ahmad Yasin pengasas gerakan HAMAS Palestin Dibedil syahid pada 22 3 2004 Pengganti beliau Dr Abdul Aziz Ar Rantisy 1947 2004 doktor pakar kanak kanak juga dibedil syahid pada 17 4 2004 k...
Najib S Family Supporters Gather For Prayers Ahead Of House Arrest Decision

Napoleon S Defeat At Waterloo The End Of An Era

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Cara Cek Saman Polis Guna Sso Pdrm

Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Cara Reset Kewangan Anda Sebelum Masuk Tahun Baru

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buffet Ramadhan Johor Bahru 2026

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2025 Sedekad Menginspirasikan Usahawan Muda

Nasi Goreng Daging Untuk Jamuan Kelas Ucid

Seo Tools Percuma Bahasa Melayu Jana Meta Title Keyword Ai

Hidden Gems In Perlis 2025 Ultimate Travel Dining Guide

Kenapa Notebook Planner Custom Lebih Bernilai Berbanding Biasa