Tidak Ada Orang Yang Malas Di Dunia Ini Yang Ada Hanyalah Orang Yang Terlalu Letih Menghadap Kehidupan


Saya rasa, saya seorang manusia pemalas. Tahun ini, umur saya 30 tahun. Saya (masih) bangun lambat. Saya suka buang masa. Lebih memburukkan keadaan, saya sukar fokus pada waktu kerja, fikiran mudah melayang. Tahu-tahu sudah pukul 3 petang. Kerja pula belum siap. Jadi, saya simpulkan bahawa saya seorang pemalas. Kalau rajin, sudah tentu kerja boleh siap awal.


Dulu, saya malas buat kerja sekolah. Kalau cikgu minta salin karangan pada waktu cuti sekolah, saya tidak akan buat walaupun tahu saya akan dimarahi.

Dalam hati, saya lebih sanggup kena jerkah atau kena rotan depan kelas daripada menghabiskan masa cuti sekolah menyalin karangan sebanyak tujuh muka surat.

"Kamu ini pandai tapi kamu malas! Malas buat kerja sekolah," kata cikgu kepada saya. Saya okay sahaja. Saya tahu saya memang malas.

Tetapi, ketika menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya merupakan antara calon cemerlang di sekolah.

Selepas itu, saya berjumpa dengan cikgu Fizik. Katanya, saya rajin. Inilah keputusan yang saya dapat kalau rajin berusaha.

Pada waktu itu, saya rasa pelik. Saya rasa saya malas. Orang lain juga cakap saya malas.

Tetapi, bila saya berjaya, orang kata saya rajin. Mana satu?

Kemalasan adalah satu amaran

Perkataan malas bermaksud tidak mahu berbuat apa-apa, termasuklah bekerja. Tetapi, apa yang membuatkan seseorang itu layak dipanggil pemalas?

Pengarang buku Laziness Does Not Exist, Dr. Devon Price berkata, kemalasan adalah satu penipuan. Oleh itu, tidak ada sesiapa layak dipanggil pemalas.

Menurutnya, kemalasan hanyalah satu idea yang diterapkan dalam minda masyarakat untuk membuatkan kita dan orang lain rasa tidak berguna dan tidak produktif.

Dr. Devon berkata, pemikiran tersebut merupakan satu perangkap. Orang yang berasa dirinya malas selalu akan mencari jalan untuk menjadi lebih produktif dan lebih rajin.

Bagi mereka, kemalasan nampak seperti satu kelemahan yang perlu diperbetul.

Jadi, kita akan minum kopi untuk segarkan badan. Duduk di pejabat sampai malam dengan alasan ingin siapkan kerja. Padahal, apa yang kita perlu hanyalah rehat yang cukup.

Benar, ada orang yang memang pemalas. Ada yang melepak 24 jam di rumah, makan dan tidur. Ada orang yang tidak akan lakukan apa-apa kerja di pejabat; lebih sanggup makan gaji buta.

Dr. Devon berkata, individu sebegini mungkin boleh dipanggil pemalas. Bagaimanapun, Price menyeru agar kita semua melihat kemalasan secara lebih empatetik.

Di sebalik kemalasan yang ditonjolkan, selalunya ada masalah lain yang membelenggu sehinggakan badan dan minda mereka jadi terlalu penat.

Price berkata, sebenarnya tidak ada orang yang malas di dunia ini. Apa yang ada hanyalah orang yang terlalu letih menghadap kehidupan.

Orang yang kita panggil malas itu mungkin bergelut dengan masalah mental. Mungkin juga mereka alami masalah keluarga, sakit atau sebagainya.

Siapa kita untuk panggil orang lain pemalas jika kita tidak tahu masalah sebenar dalam hidup mereka?

Perlu pandai urus kerja

Kemalasan juga sering dikaitkan dengan sikap suka melengah-lengahkan kerja (procrastination). Individu yang tersangkut dalam pusaran ini akan berasa mereka kerap buang masa dan malas buat kerja.

Menurut ahli psikologi, Jenny Yip, dalam sebuah artikel di CNN, ada dua perkara yang membezakan kemalasan dengan sikap suka melengahkan kerja.

"Orang yang malas selalunya tidak ada usaha untuk buat satu-satu kerja. Tetapi, mereka yang melengah-lengahkan kerja pula terbeban dengan keinginan untuk menyiapkan kerja tersebut.

"Kesukaran inilah yang menyebabkan mereka ada masalah untuk memulakan satu-satu tugas. Ini satu perbezaan yang sangat besar," katanya.

Jenny berkata, ada beberapa jenis procrastinator. Contohnya, orang yang inginkan kesempurnaan atau The Perfectionist; The Dreamer — orang yang sukar fokus kerana fikiran mereka mudah melayang dan The Worrier — belum buat apa-apa lagi sudah dibebani kerisauan yang melampau.

Sikap suka melengah-lengahkan kerja ada kesan buruk terhadap kehidupan. Kerja sudah tentulah akan tertangguh. Ini tidak termasuk lagi dengan masalah lain yang mungkin tercetus hanya kerana kita suka tangguh kerja.

Tetapi, sikap ini juga berkait rapat dengan keadaan mental seseorang. Sikap suka melengahkan kerja boleh berlaku disebabkan depresi, kegelisahan, kesunyian atau masalah tidur.

Oleh itu, penting untuk mereka yang gemar melengahkan kerja ini kenal pasti corak kemalasan dalam diri. Beliau berkata, ada sebab mengapa seseorang itu menjadi procrastinator.

"Setelah kenal corak atau punca mengapa kita malas, kita dapat patahkan kitaran tersebut dengan merangka strategi tertentu," katanya.

Apa yang penting, beliau menegaskan, perlu ada mindset tertentu yang boleh membantu kita keluar dari kepompong kemalasan.

Kalau anda percaya anda boleh, maksudnya anda boleh. Jika tidak, anda tidak boleh.

Apa sahaja yang anda percaya, anda betul, katanya.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/07/rasa-malas-hanyalah-penipuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lagi Kes Penstrim Video Mukbang Meninggal Dunia Akibat Makan Terlalu Banyak

Lagi Kes Penstrim Video Mukbang Meninggal Dunia Akibat Makan Terlalu Banyak

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 194 hits
Beijing Penstrim dari China yang terkenal dengan video mukbang Pan Xiaoting baru baru ini meninggal dunia ketika bersiaran langsung Oddity Central melaporkan Pan Xiaoting dilaporkan meninggal dunia pada awal bulan ini selepas badannya lesu ...
Minibus Ditumpangi Satu Keluarga Terjun Ke Jurang Satu Meninggal Dunia Dan 10 Orang Terluka

Minibus Ditumpangi Satu Keluarga Terjun Ke Jurang Satu Meninggal Dunia Dan 10 Orang Terluka

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 169 hits
Sebelum masuk jurang mobil itu sempat menghantam pohon kemudian terguling dan beruputar putar di jurang yang diperkirakan sedalam 20 meter
Kantar Memahami Dunia Memimpin Masa Depan

Kantar Memahami Dunia Memimpin Masa Depan

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 198 hits
BloggerBorneo com Kantar Group adalah perusahaan riset pasar internasional yang berbasis di London Inggris dan didirikan pada tahun 1992 Dengan konsep inovasi berkelanjutan dan pengembangan teknologi Kantar telah menjadi pelopor dalam indus...
Makan Tebu Tak Ingat Dunia Sementara

Makan Tebu Tak Ingat Dunia Sementara

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 180 hits
MAKAN TEBU TAK INGAT DUNIA SEMENTARA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang Assalammualaikum EN SUAMI beli air tebu Pakcik yang jual air tebu tu siap bagi pucuk tebu suruh tanam Nanti bila dah tumbuh panjang dan layak tebang jua...
Hiburan Wanita Yang Juga Ahli Senior Psikiatri Ditahan Polis Kerana Didakwa Buli Wanita Sehingga Meninggal Dunia

Hiburan Wanita Yang Juga Ahli Senior Psikiatri Ditahan Polis Kerana Didakwa Buli Wanita Sehingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 175 hits
Seorang wanita dipercayai ahli senior psikiatri dilaporkan telah ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam kes membuli siber dan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh Rajeswary Appahu 30 atau lebih dikenali sebagai Esha Perk...
Hiburan Kanak Kanak 3 Tahun Makan Keropok Beracun Dilaporkan Meninggal Dunia Hari Ini

Hiburan Kanak Kanak 3 Tahun Makan Keropok Beracun Dilaporkan Meninggal Dunia Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 253 hits
Seorang daripada yang tidak sengaja memakan keropok mengandungi racun tikus dilaporkan meninggal dunia hari ini Adik Muhammad Akil Syauqi 3 disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan setelah kritikal bersama sama adiknya Muhammad Luth...
Perkahwinan Termahal Dunia

Perkahwinan Termahal Dunia

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 94 hits
Selepas berbulan perayaan mewah tersebar di seluruh dunia majlis perkahwinan anak lelaki terkaya Asia akan berlangsung hari ini Anant Ambani anak kepada Pengerusi Reliance Industries Mukesh Ambani akan disatukan dengan Radhika Merchant anak...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor