Tidak Ada Masalah Untuk Gabungkan Sistem Uec Dengan Sistem Sedia Ada Ppim Berita Harian 10 12 2022


 

KUALA LUMPUR: Menggabungkan atau menerima Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dengan sistem pendidikan negara boleh membawa kebaikan kepada negara.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tidak ada masalah untuk kerajaan mempertimbangkan untuk menerima sebahagian sistem UEC seperti pendidikan bahasa, matematik dan sains.
"Kita mahu cari persamaan bukan perbezaan. Apa salahnya jika anak-anak Malaysia semua belajar bahasa Mandarin?" katanya kepada BH, hari ini.
Nadzim berkata, jika diikutkan, beliau mahu mewajibkan semua pelajar di negara ini mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil, selain menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
"Ia bahasa tambahan, apa salahnya, ambil bahasa Arab sekali pun tak apa. Itu ilmu untuk anak kita tak jadi masalah. Jangan kita nak pecahkan lagi negara ini, cari persamaan, dan persamaan antara UEC dan SPM adalah pendidikan," katanya.
Nadzim memberi contoh International General Certificate of Secondary Education (IGSCE) yang diiktiraf seluruh dunia, yang mana di Malaysia terdapat beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang menawarkan program berkenaan.
"Kita perlu akur, sistem pendidikan kita lemah. Jadi jika bergabung dengan sistem lain, ia boleh membawa kebaikan kepada semua. Jangan pula sudah gabung dengan UEC, kita lupa asal usul pula. Itu bukan asas pendidikan, pendidikan untuk belajar menjadi lebih baik lebih pandai bukan semakin mundur," katanya.
Nadzim turut mengingatkan agar rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu agar tidak takut untuk mempelajari sesuatu yang baharu.
"Bukan bermaksud menerima sijil UEC itu bermakna kita akan menjadi kaum yang lupa diri. Kita boleh menggunakan sistem pendidikan itu untuk memperkukuhkan kaum kita, malah membawa perubahan yang positif ke arah bangsa yang lebih maju.
"Yang baik kita ambil, yang buruk kita tinggalkan, janganlah pula nanti membuta ambil semua sehingga lupa agama sendiri, bukan itu maksud saya. Kita perlu menambah ilmu agar menjadi bangsa yang maju, bukan menyisih dan memecahbelahkan," katanya.
Sebelum ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik.
Dong Zong dalam kenyataannya menyebut, mereka memahami kebimbangan masyarakat Melayu dan atas dasar itu, pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.
Dong Zong turut menjelaskan kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Katanya, kurikulum SMPC juga menetapkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan keadaan kepelbagaian pendidikan di negara ini.
"UEC adalah satu pentaksiran akademik, serupa dengan pentaksiran STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) IB, A-Level dan sebagainya. Sebelum ini PPIM menegur ahli politik DAP agar tidak menggunakan isu UEC untuk memecahbelahkan rakyat.
PPIM bertegas agar pemimpin DAP tidak bersikap biadab sehingga mencetuskan ketidakharmonian masyarakat di negara ini berhubung isu sijil peperiksaan UEC.
Nadzim turut menempelak sikap pemimpin DAP yang cuba mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengiktiraf UEC sedangkan kerajaan baru ditubuhkan beberapa hari lalu.
Beliau yang mengakui pernah mengikuti pengajian di sekolah jenis kebangsaan Cina berasa hairan apa yang sebenarnya membuatkan pemimpin parti itu begitu mendesak mengubah sistem pendidikan negara yang juga tertakluk sebahagian Perlembagaan.
"Saya tidak tahu DAP nak apa sebenarnya. Saya sekolah Cina, jadi saya faham cerita ini. Kalau kita di China, sudah tentu kita pun belajar bahasa Cina tetapi prinsipnya tidak betul, kita belajar tetapi asasnya bukan paksaan.
"Kita belajar 10 bahasa pun boleh faham, jadi kenapa nak gunakan isu ini (UEC) nak memporakperandakan hubungan," katanya.
Beliau juga memberi amaran kepada pemimpin DAP supaya tidak menimbulkan kebimbangan awam, 'berperang' dengan kaum lain khususnya orang Melayu yang cukup dikenali dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya.
Justeru, beliau mahu semua pihak bersikap saling menghormati sebagai satu keluarga dalam negara, dan sanggup berkorban demi tanah air.
"Jadi, saya harap difikir (DAP) semula kerana kita semua ada had kesabaran.
"Kita seharusnya jadi satu keluarga, hormat menghormati, saling memahami, bertolak ansur. Kita patut ada hala tuju yang jelas," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian
TIDAK ADA MASALAH UNTUK GABUNGKAN SISTEM UEC DENGAN SISTEM SEDIA ADA - PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1037771/tidak-ada-masalah-untuk-gabungkan-sistem-uec-dengan-sistem-sedia-ada


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/12/tidak-ada-masalah-untuk-gabungkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlu Jawatankuasa Khas Jaga Isu Ayam Ppim Sinar Harian 29 11 2022

Perlu Jawatankuasa Khas Jaga Isu Ayam Ppim Sinar Harian 29 11 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 240 hits
SHORTS SINAR LIVE 29 NOVEMBER 2022 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan baharu perlu mewujudkan jawatan khas bagi mengawal isu ayam manakala NGO boleh bertindak sebagai pemantau Sumber Sinar HarianPERLU...
Langkah Penjimatan Bantu Fokus Pada Pembangunan Negara Selesai Masalah Rakyat Berita Harian 28 11 2022

Langkah Penjimatan Bantu Fokus Pada Pembangunan Negara Selesai Masalah Rakyat Berita Harian 28 11 2022

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 154 hits
KUALA LUMPUR Langkah penjimatan yang dinyatakan Perdana Menteri termasuk tidak membuat pengubahsuaian di pejabat menteri membolehkan tumpuan diberi pada pembangunan negara dan menyelesaikan masalah rakyat Menyambut baik langkah itu Presiden...
12 Disember 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Eur Usd Dan Rancangan Dagangan

12 Disember 2022 Analisis Teknikal Urusniaga Harian Eur Usd Dan Rancangan Dagangan

papar berkaitan - pada 13/12/2022 - jumlah : 130 hits
Dalam jangka pertengahan pasangan itu berada di atas paras harga yang baru dicapai sekitar 0 9600 dimana harga tidak pernah dicapai sejak 2002 Itulah sebabnya beberapa pemulihan kenaikkan harga telah ditunjukkan baru baru ini terutamanya di...
5 Disember 2022 Kajian Teknikal Harian Dan Peluang Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

5 Disember 2022 Kajian Teknikal Harian Dan Peluang Dagangan Pasangan Mata Wang Eur Usd

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 173 hits
Tahap harga sekitar 1 1700 telah melindungi harga untuk jangka masa yang singkat sebelum satu lagi penurunan harga berlaku ke arah tahap 1 1200 Tidak lama selepas itu zon harga sekitar tahap 1 1500 telah menggunakan tekanan PENJUALAN yang k...
Selesai Isu Harga Naik Ketika Musim Tengkujuh Sinar Harian 15 12 2022

Selesai Isu Harga Naik Ketika Musim Tengkujuh Sinar Harian 15 12 2022

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 163 hits
SHAH ALAM Persatuan Pengguna Islam Malaysia mencadangkan kerajaan melaksanakan penanaman sendiri bagi menangani kos sara hidup termasuk ketika tengkujuh Presidennya Datuk Nadzim Johan berkata usaha itu bagi mengelak kebergantungan import be...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Aset Komoditi Minyak Mentah Brent Isnin 19 Disember 2022

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Aset Komoditi Minyak Mentah Brent Isnin 19 Disember 2022

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 145 hits
Dengan pergerakan harga aset komoditi Minyak Mentah bergerak dalam saluran menurun dan di bawah Moving Average 100 hari ini telah mengesahkan bahawa kecenderungan CL masih dikuasai oleh penjual di mana dalam beberapa hari akan datang nampak...
Isu Uec Dap Jangan Biadab Toqqi Media Variasi 30 11 2022

Isu Uec Dap Jangan Biadab Toqqi Media Variasi 30 11 2022

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 325 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin DAP diingatkan jangan bersikap biadab sehingga mencetuskan ketidakharmonian masyarakat di negara berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan menempelak sik...
Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Wisma Hua Zong Ppim 10 12 2022

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Wisma Hua Zong Ppim 10 12 2022

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 215 hits
Kunjungan hormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia ke Wisma Hua Zong di Seri Kembangan Selangor Turut hadir Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Tan Sri Dr Goh Tian Chuan Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Tunku Azwil Tunku Abdul R...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

Budget 2025 Sets The Course For A Digital Future

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Kita Jumpa Lagi Asmidar Ahmadul Amin

Dosa Tak Terampun

Utamakan Akhirat Berbanding Dunia

Kesan Paracetamol Secara Berlebihan

Tiket Bangi Wonderland Waktu Operasi Harga Dan Cara Beli Tiket Online

Bersilat Pukul Empat Pagi