Tiba Masanya Untuk Tonjolkan Tokoh Baru Mukhriz


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 9:31 am

Dr Mahathir Mohamad memainkan peranan penting dalam menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), namun sudah tiba masanya tokoh politik lebih muda diketengahkan pada PRU akan datang, kata Presiden (Penaja) Pejuang, Mukhriz Mahathir

Bekas menteri besar Kedah itu berkata demikian dalam rancangan bual bual bicara Astro Awani semalam ketika ditanya mengenai kemungkinan bapanya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya ingat dah tiba masa kita lihat tokoh-tokoh baru pula, kalau tak nama sama saja yang disebut. Saya rasa this is the time (ini adalah masa) untuk kita mengubah paradigma politik yang kita hadapi ketika ini.

"Kita lihat contoh-contoh negara lain dalam dunia ni, di mana muka-muka baru yang langsung tak kenal pun boleh ditonjolkan dan menyebabkan satu gelombang baru," kata anggota parlimen Jerlun itu.

Pada Sept lalu, Mahathir berkata dia tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang namun dalam tempoh kurang dua minggu selepas itu dia menukar fikiran dengan mengatakan penyokongnya melarang dia berbuat demikian.
Pada Ogos lalu, ahli politik veteran itu menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk memerangi rasuah, namun sehingga kini pendaftaran parti itu masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pejuang merupakan parti bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana gabungan.

Parti baru itu ditubuhkan oleh Mahathir dan beberapa anggota parlimen lain selepas presidennya, Muhyiddin Yassin membawa keluar parti itu daripada Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno, PAS dan beberapa parti lain pada Feb lalu.

Pejuang menyokong calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Sanusi pada pilihan raya kecil (PRK) Slim Ogos lalu, namun calon berkenaan tewas kepada calon BN.

Bulan lalu, Anggota Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik mengumumkan keluar daripada parti itu.

Berikutan itu, Pejuang kini hanya tinggal empat anggota Parlimen iaitu Mahathir yang merupakan Anggota Parlimen Langkawi, Mukhriz (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Shahruddin Salleh (Sri Gading).

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata peranan bapanya diperlukan ketika menentang kerajaan 'kleptokrat' pada PRU 14.

"Kalau untuk PRU15, dah tiba masanya kita lihat generasi-generasi yang lebih mudalah, saya ingat Tun sangat sesuai untuk PRU14.

"Kerajaan kleptokrasi punya dana yang kuat tapi kita tetap boleh menang kerana parti-parti ini boleh bergabung dan ketepikan perbezaan," jelasnya.

Mukhriz berkata pembangkang kini perlu mengutamakan halatuju yang lebih inklusif dan mengetepikan perbezaan.

Bagaimanapun katanya, Mahathir masih diperlukan untuk menyusun strategi bagi menghadapi musuh politik mereka.

"Saya ingat dia masih banyak pengalaman yang dikongsikan, dan minda strategi yang begitu hebat. Ada perkara-perkara tak terfikir oleh orang muda yang berdasarkan pengalaman begitu lama, jadi dia boleh melakar strategi untuk menghadapi saingan politik kita," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/tiba-masanya-untuk-tonjolkan-tokoh-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Calon Pm Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu Mukhriz

Calon Pm Tiba Masanya Lihat Kepada Muka Baharu Mukhriz

papar berkaitan - pada 30/12/2020 - jumlah : 256 hits
Betul juga apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Mukhriz sepatutnya muka muka baru atau generasi baru pula ditampilkan sebagai Calon untuk Perdana Menteri yang seterusnya Bukannya terus berlegar antara nama nama orang orang lama yang dah terla...
Isteri Ditidurkan Hingga Stabil Suami Ambil Keputusan Rahsiakan Kehilangan Anak Hingga Tiba Masanya

Isteri Ditidurkan Hingga Stabil Suami Ambil Keputusan Rahsiakan Kehilangan Anak Hingga Tiba Masanya

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 317 hits
loading Ternyata inilah keputusan yang terbaik buat masa ini mengenangkan keadaan isterinya belum stabil Kini isteri ditidurkan hingga stabil dan suami pula ambil keputusan untuk rahsiakan kehilangan anak hingga tiba masanya
Tiba Masanya Ph Utamakan Kualiti Daripada Kuantiti

Tiba Masanya Ph Utamakan Kualiti Daripada Kuantiti

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 279 hits
Ezam Mohd Moor 1 GERAK98 mengalu2kan sebarang usaha dan langkah memperkukuh PH termasuk menambah bilangan anggota parti dan individu 2 Mempunyai 108 ahli parlimen lebih baik daripada 92 ahli parlimen Ya dalam perkiraan politik tanpa nilai T...
Jubir Jokowi Ancam Bakal Pecat Para Menteri Baru Jika Lakukan Hal Ini

Jubir Jokowi Ancam Bakal Pecat Para Menteri Baru Jika Lakukan Hal Ini

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 305 hits
Presiden Jokowi baru baru ini resmi melantik 6 Menteri dan 5 Wakil Menteri Usai pelantikan tersebut Presiden Jokowi melalui Juru Bicara Presiden Fadjroel Rachman langsung melayangkan ultimatum keras kepada jajaran Menteri dan Wakil Menteri ...
6 Lokasi Wisata Alam Di Yogyakarta Jangan Di Kota Aja Ayo Wisata Ke Tempat Baru Yang Seru

6 Lokasi Wisata Alam Di Yogyakarta Jangan Di Kota Aja Ayo Wisata Ke Tempat Baru Yang Seru

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 308 hits
Yogyakarta punya segudang tempat wisata alam yang seru untuk kamu yang jenuh liburan di kota
Menu Baru Di Coolblog Sawadee Cool

Menu Baru Di Coolblog Sawadee Cool

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 574 hits
Dah tak perlu ke Thailand untuk menikmati secawan Thai Coffee yang sangat sedap sebab sekarang Cool Blog ada promosi Sawadee Cool yang menawarkan 4 variasi Thai Coffee Matcha Thai Tea Chocolate Thai Tea Tiramisu Thai Tea dan juga Malt Thai ...
Harga Dan Rekaan Jersi Baru Harimau Malaya 2021

Harga Dan Rekaan Jersi Baru Harimau Malaya 2021

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 394 hits
Harga Dan Rekaan Jersi Baru Harimau Malaya 2021 APAKAH rekaan jersi baharu Harimau Malaya bagi musim 2021 Bilakah tarikh pelancaran jersi baru Harimau Malaya tahun 2021 bakal diumumkan Untuk makluman anda jenama Nike telah melancarkan set j...
Apa Khabar Kampung Baru

Apa Khabar Kampung Baru

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 253 hits
ANNUAR MUSA CAKAP PANDAI TAPI YELLEK Namun Khalid diperlekeh oleh tak lain tak bukan Setiausaha Agung UMNO Annuar Musa dengan ciapan di Twitter pada 22 September 2019 RM850 satu kaki persegi bukan nilainya tanah di Kampung Baru Undang undan...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian