Tiba Masa Orang Lain Mendengar Berita Kematian Kita



Hari ini kita mendengar berita tentang kematian orang lain. Esok lusa, orang lain pula akan mendengar berita kematian kita.

Setiap bernyawa pasti akan mati. Tiada yang kekal di dunia ini, melainkan Allah Maha Pencipta. Saat kematian merupakan garisan pemisah antara kehidupan di alam dunia dengan kehidupan alam berzakh sebelum menuju ke alam baqa di akhirat nanti.

Terpisahnya roh daripada badan, maka tamatlah tempoh bagi manusia melaksanakan tugas di dunia. Pada masa yang sama maka terputuslah hubungannya dengan dunia, yakni tugasnya sebagai khalifah dan juga peluang untuk menambahkan kebaikan, melainkan dirinya ketika hidup telah melakukan tiga perkara iaitu melahirkan anak yang soleh, mengajar ilmu berguna dan sedekah jariah.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, kecuali tiga perkara yang terus memberi manfaat kepadanya, iaitu sedekah jariah, ilmu diajarkan yang berguna dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya.” - (Hadis riwayat Muslim).

Kematian merupakan perjalanan manusia mengadap Allah bagi menerima balasan di atas apa yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah tidak pernah mungkir janji. Jadilah hamba-Nya yang tidak terpedaya dengan kehidupan ini sehingga melupai akan kematian yang sentiasa di hadapannya.

Firman Allah bermaksud: “Setiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu.  Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang terpedaya.” - (Surah Ali Imran, ayat 185).

Kematian merupakan peristiwa penting dalam kehidupan manusia, selain tarikh lahir yang sering disambut setiap ulang tahunnya. Justeru, ia wajar diingati dan dijadikan pengajaran agar bersedia untuk menghadapi saat tersebut. Dengan mengingati kematian, diharapkan mengingatkan seseorang tentang tujuan sebenar kehidupan ini.

Manusia dicipta Allah dan telah ditetapkan tugas seperti mana telah dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” - (Surah adz-Dzariyat, ayat 56).

Sesungguhnya setiap manusia yang dilahirkan ke dunia telah menyatakan persetujuan untuk taat kepada Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan.  Soal kita tidak mengingati pengakuan tersebut diucapkan ketika di alam sebelum kelahiran dahulu, bukan alasan untuk menolak persetujuan itu.

Maksud menyembah dan beribadat kepada Allah tidak hanya melaksanakan ibadat khusus seperti sembahyang, menunaikan zakat dan ibadat yang secara jelas diarah dilakukan. Sebaliknya, konsep menyembah dan beribadat itu merangkumi setiap detik kehidupan manusia yang dilalui.

Sesiapa melakukan segala apa yang disuruh dan menjauhkan apa dilarang dikira telah melakukan ibadat menepati seperti apa dikehendaki-Nya. Panduan apa disuruh dan apa dilarang terkandung dalam al-Quran dan hadis, serta keputusan para ulama berkaitan sesuatu perkara berdasarkan kepada kedua-duanya. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/07/edw.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khalid Kencing Lagi Proses Peralihan Jawatan Pm Akan Berlaku Bila Tiba Masa

Khalid Kencing Lagi Proses Peralihan Jawatan Pm Akan Berlaku Bila Tiba Masa

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 254 hits
KUALA LUMPUR Proses peralihan jawatan Perdana Menteri akan hanya berlaku apabila semua empat parti dalam Pakatan Harapan bersetuju melalui ketetapan dibuat oleh Majlis Presiden PH Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Abd Samad ber...
Suami Direbut Wanita Lain Pesan Ibu Ke Anaknya Bikin Nangis

Suami Direbut Wanita Lain Pesan Ibu Ke Anaknya Bikin Nangis

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 629 hits
Curhatan seorang wanita yang suaminya direbut orang ke tiga kembali menjadi viral di dunia maya Kali ini datang dari pemilik akun Cecylia Berlian Dalam unggahannya Cecylia mengungkapkan rasa kecewa dan sedihnya tatkala mengetahui sang suami...
6 Zodiak Paling Kepo Selalu Ingin Tahu Urusan Orang Lain

6 Zodiak Paling Kepo Selalu Ingin Tahu Urusan Orang Lain

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 221 hits
6 Zodiak paling kepo yang selalu ikut campur urusan orang lain Mereka adalah Gemini Libra Aquarius Scorpio Virgo dan Sagitarius
Guna Gambar Profile Orang Lain Tanda Kecelaruan Minda

Guna Gambar Profile Orang Lain Tanda Kecelaruan Minda

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 498 hits
Tujuan gambar profile di media sosial WhatsApp Twitter dan sebagainya adalah bertujuan untuk memudahkan orang lain mengenali kita Itu tujuan perhubungan dan persahabatan Malang sekali ada yang tidak ingin dikenali Gambar profile yang diguna...
Mahkamah Putuskan Inkues Adib Ditutup Tiada Saksi Lain Dipanggil

Mahkamah Putuskan Inkues Adib Ditutup Tiada Saksi Lain Dipanggil

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 343 hits
SHAH ALAM Prosiding inkues mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ditutup selepas tiada lagi saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan Koroner Rofiah Mohamad hari ini berkata mahkamah berpuas hati dengan keterang...
Kenapa Nyamuk Suka Gigit Orang Tertentu Tetapi Tidak Pada Sesetengah Orang Lain

Kenapa Nyamuk Suka Gigit Orang Tertentu Tetapi Tidak Pada Sesetengah Orang Lain

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 412 hits
Kenapa nyamuk suka kepada orang tertentu Tetapi Ada Orang Tak Kena Dipetik daripada Dr Jonathan Day daripada Universiti Florida merumuskan sebab kenapa nyamuk suka kepada orang tertentu dan tidak pada sesetengah orang lain Jenis DarahMereka...
Cerita Mengejutkan Wni Dan Tawanan Lain Bisa Kabur Dari Cengkeraman Isis

Cerita Mengejutkan Wni Dan Tawanan Lain Bisa Kabur Dari Cengkeraman Isis

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 242 hits
Para tawanan ISIS melarikan diri dari kelompok teroris tersebut Begini cerita pilu mereka saat melarikan diri
Pdip Sebut Belum Ada Wacana Pembentukan Wadah Lain Usai Tkn Bubar

Pdip Sebut Belum Ada Wacana Pembentukan Wadah Lain Usai Tkn Bubar

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 257 hits
PDIP Sebut Belum Ada Wacana Pembentukan Wadah Lain Usai TKN Bubar Dia menegaskan komunikasi akan terus berjalan Adapun pertemuan kemarin lebih bagaimana para Sekjen menjelaskan kebijakan Presiden ke depan kepada seluruh Ketua Umum partai
Saya Tak Akan Bagi Ibu Saya Duit Tak Berkat Sarah Buat Pendedahan Untuk Bantu Wanita Lain

Saya Tak Akan Bagi Ibu Saya Duit Tak Berkat Sarah Buat Pendedahan Untuk Bantu Wanita Lain

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 475 hits
Saya Tak Akan Bagi Ibu Say Duit Tak Berkat Sarah buat pendedahan untuk bantu wanita lain Pelakon Sarah Hildebrand menjelaskan tindakannya membuat pendedahan secara terbuka tentang punca hubungan cinta yang dibina selama lima tahun putus ada...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik