Tiara Sendayan Tawar Kediaman Teres Yang Kini Di Fasa Terakhir
Sesiapa yang mengimpikan kediaman dalam suasana yang aman damai, fasa terakhir Tiara Sendayan kini dibuka untuk jualan. Ini adalah peluang terakhir anda untuk menjadi ahli komuniti Tiara Sendayan!
Tiara Sendayan ialah sebuah perbandaran premium bersepadu bersebelahan Bandar Sri Sendayan. Matrix Concepts, pemaju Tiara Sendayan mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam Tiara Sendayan. Buktinya, fasa sebelumnya telah habis dijual sepenuhnya sejak 2018. Ini menunjukkan popularitinya sebagai pemaju hartanah yang berkaliber.
Lengkapi Gaya Hidup Masa Kini
Tiara Sendayan menawarkan kehidupan moden,tidak sesak dan serba selesa. Betapa eksklusif kawasan ini, selain kehijauan alam semulajadi ia juga lengkap dengan pelbagai kemudahan yang hebat. Antaranya hab pendidikan,kawasan rekreasi,tempat riadah, restoran, stesen minyak dan banyak lagi.
Semua ini memberikan peluang kepada penghuni di sini untuk menikmati ketenangan dan kehidupan dengan lebih bermakna. Apatah lagi kesemua kemudahan yang ada itu seperti Tiara Biz, Central Park dan lain-lain lagi siap dan boleh digunakan sepenuhnya
Kenapa Perlu Memilih Kediaman di Tiara Sendayan?
Ini adalah peluang terakhir anda untuk menjadi ahli komuniti Tiara Sendayan, jadi jangan lepaskan
Presint 14C3-A&B adalah plot kediaman terakhir yang akan dibangunkan di Tiara Sendayan. Selepas ini tidak ada lagi, kediaman satu atau dua tingkat pada masa akan datang. Bermakna ini dalah peluang terakhir anda untuk memiliki Siri Rumah Tiara.
Tiara Sendayan memenuhi keperluan pembeli yang mahu menaik taraf gaya hidup mereka termasuk pembeli rumah pertama kerana ia adalah kediaman yang sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil sampailah sederhana.
Plot akhir ini terdiri 336 unit di atas tanah dengan status pegangan bebas. Antara unit kediaman yang bakal dilancarkan itu ialah Anara, Calia dan Elara.
Kediaman satu tingkat mempunyai saiz binaan antara 20' x 65' hingga 20' x 75', seluas 1,056 kaki persegi, ia terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.
Manakala, untuk kediaman dua tingkat pula mempunyai saiz binaan 1,576 kaki persegi dan terdiri daripada 4 bilik tidur dan 3 bilik air serta sangat ideal untuk mereka yang sudah berkeluarga.
Apa yang menarik lagi adalah kediaman di sini dijual pada harga yang sangat berpatutan, di mana harga jualan minima bermula daripada RM225,000. (setingkat) dan sehingga RM360,000. (dua tingkat)
Fasiliti Serba Mengagumkan
Penghuni di Tiara Sendayan juga berpeluang menikmati kemudahan dan juga fasiliti lengkap. Central Park seluas 12 ekar dengan gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, kawasan gim, stesen parcourse, kawasan majlis dan bangku tempat berehat turut disediakan.
Selain itu, d'Tempat Country Club, menawarkan sesuatu yang cukup istimewa buat semua pembeli Calia dan Elara. Mereka bakal menikmati fasiliti terbaik seperti ahli rumah kelab peribadi eksklusif secara percuma (2 hingga 5 tahun) yang menempatkan kemudahan seperti kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, boling, snuker, bilik pawagam, bilik bacaan, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, spa, bar dan kafe
X-Park adalah kompleks sukan yang membantu penghuninya untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Boleh melakukan ativiti ATV, Go-Kart, fly fox, paintball, memanah, bermain futsal dan badminton serta terdapat driving range buat penggemar golf. Secara tak langsung ia membina masyarakat yang sihat dan aktif, di samping meningkatkan tahap kesihatan optima dan juga kualiti kehidupan yang lebih baik.
Dari segi pendidikan pula,turut disediakan Matrix Global Schools. Kampus seluas 20 ekar dengan seni bina dan reka bentuk dalaman yang tersendiri dan bergaya klasik telah dibina. Sekolah kolonial Inggeris dengan kemudahan dan kurikulum ini mampu menempatkan 2,500 pelajar tempatan dan antarabangsa. Ia terdiri daripada Sekolah Swasta Matrix, Sekolah Antarabangsa Matrix dan Sekolah Pra Antarabangsa Matrix.
Kawasan perumahan ini turut dilengkapi pusat komersial. Merchant Square, seluas 6.4 ekar tanah.163 unit pejabat kedai melengkapkan Carnelian Park, taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial memberikan ruang komuniti untuk menjalinkan hubungan silaturrahim di antara komuniti setempat. Apa yang pasti, ia memudahkan kehidupan harian sekeluarga serta sesiapa sahaja yang mendiami penempatan ini.
Jadi, jangan lepaskan peluang terbaik untuk menikmati serta mendiami kawasan kediaman moden di Tiara Sendayan yang menawarkan kehidupan fleksibel serta selamat dalam lingkungan kawasan yang terjamin keselamatan serta dikelilingi kehijauan alam semulajadi
Unit kediaman bertanah di Tiara Sendayan ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Daftarlah sekarang!
Hubungi 1800-88-2688 atau layari laman web https://tiarasendayan.com
#TiaraSendayan #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #MatrixConcepts
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2023/04/tiara%20sendayan%20dibuka%20jualan%20kediaman%20teres.html