Tiap Kali Keluar Kerja Nak Ikut Vivy Yusof Sedia Bilik Untuk Anaknya Staf Di Pejabat
Usahawan dan pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Yusof mencuri perhatian netizen apabila tidak boleh berjauhan dengan anak bongsunya, Sarah Ilham Shah.
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 31, berkongsi video momen bersama anaknya Sarah, satu tahun, yang tak mahu berenggang dengannya dan nak ikut sekali setiap kali keluar bekerja sehingga dia pun tak sampai hati.
View this post on Instagram
Every morning for me these days.
This is why Fadza and I created the kids room in the office so that our colleagues too can bring their kids to work anytime they want. Gahhh mom/dad guilt is REAL guys. Who can relate? #sarahilhamshah #gonnateachhertohelpreplyemailsintheofficenow #freeintern
A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on Nov 5, 2019 at 4:18pm PST
Hati ibu mana sanggup tengok anak merengek kan? Mesti ibu lain yang bekerja turut mengalami situasi sama dan ana berdrama air mata tiap kali nak berpisah sama ada kena tinggal dengan pengasuh, pembantu rumah atau di taska.
“Setiap pagi saya begini. Inilah sebab Fadza dan saya reka sebuah bilik kanak-kanak di pejabat untuk rakan sekerja kami meletakkan anak-anak mereka bila-bila masa sahaja,” tulis Vivy sebagai kapsyen.
Menerusi video berdurasi hampir 20 saat itu menunjukkan Sarah merengek apabila Vivy melangkah keluar daripada rumah dan mahu mengikuti ibunya ke pejabat.
Aksi Sarah yang pandai nak menikut Vivy itu buat netizen terhibur dan ramai juga menyokong idea Vivy menyediakan ruangan kanak-kanak di pejabat untuk memudahkan para ibu.
“Bertuahnya kalau dapat boss macam Vivy.”
“Bagusnya boleh bawa anak. Terkenang dulu waktu kerja bawa anak. Aura ibu sangat kuat untuk anak,” kata seorang netizen.
“I hope one day every school in Malaysia will have their own taska so that teachers and staffs can bring their children and work happily,” cadang seorang wargamaya.
Video tersebut sehingga kini telah menerima lebih 350,000 tontonan.
Vivy dah Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Selain Sarah Ilham Shah pasangan ini juga mempunyai dua lagi cahaya mata Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah.
The post Tiap Kali Keluar Kerja Nak Ikut. Vivy Yusof Sedia Bilik Untuk Anaknya & Staf Di Pejabat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tiap-kali-keluar-kerja-nak-ikut-vivy-yusof-sedia-bilik-untuk-anaknya-staf-di-pejabat/