Hari Ke 4 Pantang Sapu Sampah Sental Bilik Air Tumpah Darah 3 Kali Keluar Macam Air Paip


Orang tua dulu-dulu memang sangat mengambil berat mengenai penjagaan badan selepas bersalin. Selain bertungku dan berurut, mereka juga mengambil ubat-ubatan herba untuk kesan yang lebih mujarab. Yang paling penting, makan makanan berkhasiat dan mengelakkan dari melakukan aktiviti berat.
Pendek kata, berpantang selepas bersalin bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan. Seperti perkongsian wanita ini, dia mengalami tumpah darah sebanyak tiga kali selepas menyapu sampah dan sental bilik air ketika berpantang.
Gambar Hiasan Dalam pantang boleh sapu sampah tak?
Maaf sekadar ingin berkongsi dengan semua ibu-ibu yang bakal jadi ibu or tunggu masa nak bersalin atau tengah berpantang.
Pantang larang orang Melayu tradisional sebenarnya kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kalau difikir secara logik sebenarnya pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda or generasi akan datang.
Sekarang dah moden, kebanyakan kita banyak pertikaikan zaman tok nenek kita punya kepercayaan. Ada benda kita boleh ikut ada benda kita akan rasa mengarut, sebagai contoh macam pertanyaan puan isu :
“MENYAPU DALAM TEMPOH BERPANTANG”
Mek nak share pengalaman mek berpantang anak no 3 ni. Ikutkan rasa macam “Erhhh kenapa tak boleh sapu rumah pulak?” Takkan nak biar rumah bersepah? Okay nak dijadikan cerita, mek ni berpantang sendiri dan dibantu oleh suami. Ada anak kecik umur 5 dan 3 tahun yang boleh tahan lasak & excited nak “tolong” jaga baby baru ni.
Gambar Hiasan Hari ke 4 mula menyapu, sental bilik air
Sumpah nak cakap bersalin no 3 ni rasa kuat betul, lepas bersalin boleh turun katil berjalan pergi wad. Lepas bersalin setengah jam masuk bilik air. Tak macam bersalin anak no 1 & 2 tu. Esok harininya boleh discaj dah balik rumah biasa la mata serabut tengok rumah bersepah penuh mainan berterabur sana sini, sakit mata wa!
Mula la aktiviti gatal tangan hari ke 4 pantang start menyapu bawah meja selepas makan sebab anak-anak makan nasi terabur. Masak, basuh pinggan macam biasa (walaupun suami dah jeling tak kasi buat)
Petang tu mandikan baby siap-siap kita pulak nak bertungku, suami keluar bawa anak-anak ke taman sebab kesian 2 orang kakak abang dia nak perhatian. Baby tidur lena, jadilah cerita mek “ringan tangan” pergi sental bilik air. Kemain syok tonyoh-tonyoh sental-sental berkilat bersinar menyinari hidupku. Lepas tu dalam hati ni rasa syukur sebab rasa kuat lepas bersalin no 3 ni. Suka sangat.
Hari ke 7 seminggu rutin macam biasa nurse akan datang cek postnatal. Masa ni nurse dah tegur kata muka mek pucat, mek anggap macam biasa je sebab normal la baru lepas bersalin kan. Elok hari ke 8 tu birthday encik suami dan anak sulung mek pun busy buat suprise dekat dorang, biasa dalam pantang tengah malam kita akan “tukar shift kerja malam” masa tu rasa sakit kepala sangat-sangat! Tapi boleh bangun menyusu macam biasa sebab ingatkan tak cukup tidur.
Gambar Hiasan Hari ke 7 tumpah darah. Keluar macam air paip
Jam 12.30am mula la turun darah macam air ketuban tu banyak sangat-sangat orang tua kata “tumpah darah” terkejut sangat. Bagitahu dekat husband, husband ajak pergi hospital tapi pikir anak-anak nanti siapa nak jaga pepagi macam ni. Biar je dulu dalam sejam kalau jadi lagi baru pergi hospital. Tengok takde dah, dia stop sendiri. Arghh lega mujur takde pape. Hari ke 9 nurse datang cek lagi, cerita la dekat nurse apa yang jadi malam tadi. Dia tanya sekarang pening ke rasa nak pitam ke, mek jawab rasa pening sikit je. Dia pun cek BP (masa ni tengah baring) lepas dah siap semua cek ibu & anak, nurse nak balik elok mek berdiri jadi lagi weiii turun darah kali ke 2 dia turun macam air paip sekali gus tu. Allahu seram kalau ingat balik.
Kakak nurse tu pun terkejut, menjerit, cuak eh semua ada bila tengok reaksi muka dia haritu. Dia buat surat kena refer ke hospital. Kali ni baru rasa takut dalam kepala ni “aku nak mati dah ke ” kalau aku mati siapa nak jaga anak-anak aku, siapa nak susukan baby yang baru 9 hari tu. Penuh emosi, fikir dugaan datang sebab mengandung no 3 ni macam-macam ujian datang. Ingat dah bersalin takde apa dah, rupanya datang lagi dasyat. Sedih emosi tak boleh cakap masa ni.
Rahim luka teruk
Sampai hospital biasa la doktor cek sana sini scan sana pergi sana pergi sini sebelum masuk wad, rupanya ada baki darah beku lagi. Rahim luka teruk. Time dorang cek tu jadi lagi darah turun sekali gus, maknanya kali ke 3 la jadi yang banyak ni.
So doktor pakar pun datang cek semua, biasa la on antibiotic sebab dah ada jangkitan dekat rahim kalau darah non stop dalam masa 24 jam kemungkinan buang rahim terus. Tapi alhamdulillah, keluar sikit-sikit tak banyak macam air paip sebelum ni.
Gambar Hiasan Guna tenaga punca bleeding
Dalam duduk hospital tu emosi dia kemain, down sangat-sangat, doktor datang sorang sorang “interview” tanya buat kerja apa, ada angkat berat ke, berdiri lama ke pun mek sok seh sok seh nangis tak benti takleh jawab. Sedih betul. Semua family/org call mek reject tak leh cakap sebak dia tu tak tau nak cakap macam mana. Tengok muka husband mek datang pun mek banjir, memang tak nak jumpa siapa-siapa pun masa tu tak pasal duduk 5 hari 4 malam dekat hotel 5 star tu.
Dah keluar wad pun kena follow up untuk cek rahim, darah beku. Alhamdulillah beransur pulih. Tapi yang buat mek emosi tu sebab orang cakap kalau tumpah darah ni antara hidup dan mati je. Allahuakbar. Punca bleeding ni sebab kita guna tenaga dalam keadaan kita yang masih lemah, kita rasa diri kita kuat tapi sebenarnya dalaman kita masih tak okey, semua tu ambil masa nak jadi macam sebelum ni. Sebab tu la orang tua dulu-dulu pesan jangan menyapu, menyapu ni paling pantang!
So daripada peristiwa pahit berpantang anak no 3 ni baru mek sedar apa orang tua dulu larang tu ada la sebab dia. Bukan suka-suka tak bagi buat. Mula-mula tak percaya sebab anak no 1 dan 2 tak pernah pun jadi macam ni, tiba dia kasi pengajaran utk anak ke 3 ni. Sekarang pun masih dinasihatkan oleh doktor jangan angkat berat lagi, jangan lasak sangat dalam masa 3 bulan ni. Ok baiklah doktor saya memang serik.
TQ yang baca sampai habis, sebab panjang berjela ni gagah ye kome. Tq sangat ! Cerita ni kisah benar bukan rekaan semata-mata, hanya untuk berkongsi pengalaman untuk semua yang membaca post ni. Jadi berpantang la betul-betul ye mommies. Terima Kasih
Sumber : Oh Bulan via Suria Mohammad
The post Hari Ke-4 Pantang Sapu Sampah & Sental Bilik Air, Tumpah Darah 3 Kali. Keluar Macam Air Paip appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hari-ke-4-pantang-sapu-sampah-sental-bilik-air-tumpah-darah-3-kali-keluar-macam-air-paip/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiap Kali Keluar Kerja Nak Ikut Vivy Yusof Sedia Bilik Untuk Anaknya Staf Di Pejabat

Tiap Kali Keluar Kerja Nak Ikut Vivy Yusof Sedia Bilik Untuk Anaknya Staf Di Pejabat

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 627 hits
Usahawan dan pengasas Fashion Valet Datin Vivy Yusof mencuri perhatian netizen apabila tidak boleh berjauhan dengan anak bongsunya Sarah Ilham Shah Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof 31 berkongsi video momen bersama anaknya Sarah ...
Setiap Hari Darah Keluar Daripada Mulut Lelaki Hidap Tumor Ganas Undang Simpati

Setiap Hari Darah Keluar Daripada Mulut Lelaki Hidap Tumor Ganas Undang Simpati

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 404 hits
Tidak semua orang dikurniakan dengan tubuh badan yang sihat ada yang diuji dengan pelbagai penyakit dan lebih teruk menghidap kanser atau tumor Mengeruhkan lagi keadaan ada sesetengah individu yang tidak bernasib baik dan tidak mampu membia...
Kumpulan Terakhir Malbatt 850 6 Di Tanah Air Hari Ini

Kumpulan Terakhir Malbatt 850 6 Di Tanah Air Hari Ini

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 389 hits
SUBANG 30 Okt Kumpulan terakhir Batalion Malaysia 850 6 tiba di tanah air hari ini selepas menamatkan misi pengaman selama setahun di Lubnan Kumpulan seramai 221 pegawai dan anggota itu tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia ...
Quot Parut Czer Dah 2 Tahun 8 Bulan Tetiba Bengkak Amp Keluar Darah Banyak Quot

Quot Parut Czer Dah 2 Tahun 8 Bulan Tetiba Bengkak Amp Keluar Darah Banyak Quot

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 384 hits
Wanita yang melahirkan anak perlu penjagaan yang rapi dari segi kesihatan pemakanan dan juga kebersihan Ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan pula perlu penjagaan yang lebih rapi dari ibu yang bersalin normal Ini kerana jika jahitan l...
Apa Kesan Pada Anda Bila Minum Air Kelapa 7 Hari

Apa Kesan Pada Anda Bila Minum Air Kelapa 7 Hari

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 320 hits
Apa kesan pada anda bila minum air kelapa 7 hari anda mungkin pernah mendengar tentang minyak kelapa dan beberapa manfaat yang yang terdapatdidalamnya Namun pernahkah anda minum air kelapa selama 7 hari berturut turut Air kelapa sememangnya...
Isteri Hamil Lagi Lepas 3 Kali C Zer Suami Nampak Macam Cool Tapi Dialah Paling Susah Hati

Isteri Hamil Lagi Lepas 3 Kali C Zer Suami Nampak Macam Cool Tapi Dialah Paling Susah Hati

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 472 hits
Bila isteri mengandung lagi suamilah orang yang paling gembira Pun begitu dalam rasa gembira sebenarnya suamilah orang yang paling risaukan keadaan kita Lebih lebih lagi yang pernah berdepan dengan pembedahan caesarian setiap kali hamil Mas...
Teror Panah Wayer Bikin Warga Gorontalo Takut Keluar Rumah Malam Hari

Teror Panah Wayer Bikin Warga Gorontalo Takut Keluar Rumah Malam Hari

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 259 hits
Melihat lambannya pihak kepolisian merespons apa yang terjadi di lapangan masyarakat menggelar aksi demonstrasi di depan Kantor Wali Kota Gorontalo
Anak Keluar Pasir Batu Amp Paku Masa Buang Air Ibu Sedia Maafkan Penyihir

Anak Keluar Pasir Batu Amp Paku Masa Buang Air Ibu Sedia Maafkan Penyihir

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 532 hits
Baru baru ini Nur Izzati Afiqah Hussian berdepan dengan penyakit misteri yang tidak dapat dijawab di Kampung Gaung Tendong di Pasir Mas Kelantan Disebabkan perkara itu rumahnya berterusan menerima kunjungan pengamal perubatan Islam dan trad...
Dia Dah Terkulai Layu Darah Keluar Dari Mulut Anak Nyaris Maut Tercekik Mainan Kecil Yang Tersangkut Di Tekak

Dia Dah Terkulai Layu Darah Keluar Dari Mulut Anak Nyaris Maut Tercekik Mainan Kecil Yang Tersangkut Di Tekak

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 551 hits
Ketika sedang menidurkan anak si ibu terkejut apabila terdengar bunyi pelik yang datang kerongkong anaknya Sebaik saja diperiksa alangkah terkejutnya apabila dia mendapati terdapat objek kecil di dalamnya Maddy Grantham berkata dia masih ra...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri