Tembak Mati 4 Suspek Penjenayah Ikut Sop Ayob Khan



Polis Johor menyifatkan tindakan anggotanya menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah di Batu Pahat, Jumaat lalu, adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha mempertahankan diri.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau yakin anggotanya mengikut SOP selepas suspek melepaskan tembakan dan mencederakan seorang pegawai dengan senjata kerambit dalam kejadian jam 3.15 pagi itu.
“Saya harap mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) perlu dengar dan melihat kenyataan rasmi saya sebelum membuat sebarang kenyataan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hari ini.
Dalam masa yang sama, katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan susulan dan akan mengeluarkan satu kenyataan lengkap berhubung insiden tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lans Koperal Bradford Bernard, 28, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 6 Jalan Kluang-Teck Wah Heng di Kluang, kelmarin.
Sebelum ini, sebuah NGO yang dikenali sebagai Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan (EDICT) menggesa Ketua Polis Johor itu merujuk semula Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) mengenai SOP melepaskan tembakan ketika menahan suspek.
Dalam kejadian itu, sepasukan pegawai dan anggota polis menahan sebuah kenderaan Toyota Avanza dan Perodua Myvi, masing-masing dinaiki dua lelaki, yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Ketika polis mahu membuat pemeriksaan, pemandu dan penumpang Toyota Avanza telah bertindak agresif dengan pemandunya mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pasukan polis.
Pada masa masa, dua suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi bertindak menyerang polis menggunakan parang dan kerambit dalam usaha melarikan diri.
Dalam pergelutan itu, seorang daripada suspek menikam seorang pegawai polis sehingga cedera.
Dalam pada itu, Ayob Khan berkata jenazah mendiang akan dibawa ke Penampang, Sabah, menggunakan pesawat awam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi esok.
“Pemergian ini merupakan kehilangan besar buat polis Johor dan IPD Kluang,” katanya sambil menambah tindakan tegas akan diambil terhadap pemandu berusia 58 tahun itu.
Dalam pada itu, adik mendiang, Bradson, 25, berkata abangnya itu baru sahaja mendirikan rumah tangga di Penampang, awal bulan lalu.
Menurutnya, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu dengan mendiang adalah sebelum beliau pulang ke Johor Bahru selepas dua minggu melangsungkan perkahwinan.
“Kali terakhir kami berhubung melalui telefon dua hari sebelum kemalangan terjadi,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Kastam di Johor Bahru.
Ketika kejadian, Bradford, yang menunggang motosikal maut dirempuh oleh sebuah kereta dipandu seorang lelaki, dipercayai di bawah pengaruh alkohol, selepas menamatkan tugas di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam.
– Bernama
The post Tembak mati 4 suspek penjenayah ikut SOP – Ayob Khan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/14/tembak-mati-4-suspek-penjenayah-ikut-sop-ayob-khan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tembak-mati-4-suspek-penjenayah-ikut-sop-ayob-khan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Batulanchang 11 Dikompaun Tidak Ikut Sop

Batulanchang 11 Dikompaun Tidak Ikut Sop

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 225 hits
Seramai 11 individu dikompaun masing masing RM1 000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan ketika berada di Pasar Awam Batu Lanchang di sini pada Jumaat Kesemua mereka dikenakan tindakan itu ketika peman...
Baca Kenyataan Lisan Bertulis Saya Sampai Habis Fahamkan Kata Ayob Khan Kepada Ngo

Baca Kenyataan Lisan Bertulis Saya Sampai Habis Fahamkan Kata Ayob Khan Kepada Ngo

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 232 hits
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan polis menembak mati empat penjenayah terbabit untuk menghalang mereka daripada melarikan diri JOHOR BAHRU Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay menasihati badan bukan kerajaan supaya m...
Fatal Shooting Police Adhered To Sops Says Ayob Khan

Fatal Shooting Police Adhered To Sops Says Ayob Khan

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 258 hits
Johor police chief Ayob Khan Mydin Pitchay was confident that the cops have adhered to the standard operating procedures during the recent shootout in Batu Pahat which killed four suspected armed robbers He said the suspects had fired a few...
Perihal Ayob Khan Dan Sanusi

Perihal Ayob Khan Dan Sanusi

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 368 hits
ROZAID RAHMANADA dua tokoh tanah air yang menarik perhatian orang ramai yang bersimpang siur di kaki lima sekarang Seorang bernama Ayob Khan Mydin Pitchay manakala seorang lagi Muhammad Sanusi Md Nor Ayob Khan adalah crime busters Beliau me...
Keluar Kenyataan Jelik Bukan Budaya Kita Ayob Khan

Keluar Kenyataan Jelik Bukan Budaya Kita Ayob Khan

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 313 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI AYOB KHAN MYDIN PITCHAY JOHOR BAHRU Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan masyarakat bahawa budaya mengeluarkan kenyataan jelik terhadap mana mana pihak bukan budaya masyarakat tempatan Ketua Pol...
Kkb Tembak Mati Warga Sipil Di Intan Jaya Karena Diduga Mata Mata Tni Polri

Kkb Tembak Mati Warga Sipil Di Intan Jaya Karena Diduga Mata Mata Tni Polri

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 232 hits
Dia mengungkapkan laporan itu berdasarkan surat yang dibawa Pastur Rahangiyar dari KKB yakni dari kelompok Undius Kogoya yang ditujukan ke TNI Polri di Intan Jaya
Bayanlepas Ugut Tembak Mati Sebab Hutang

Bayanlepas Ugut Tembak Mati Sebab Hutang

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 345 hits
Akibat perselisihan faham berkaitan hutang seorang lelaki diugut tembak oleh dua kenalannya dalam kejadian di sebuah apartmen di Jalan Datuk Ismail Hashim Bayan Lepas di sini semalam Susulan kejadian pada 10 54 pagi itu polis menahan dua le...
This Wrap Isn T Just Low Carb It S A Whole New Meal Experience

Is The Expanded Sst Much Ado About Nothing

Belimbing Besi Bintang Tropika Dengan Potensi Besar

The Bogong Moth S Night Sky Navigation Celestial Compass In An Insect

Samsung S Aye Train Turns Kl Mrt Into A Giant Game

Asam Pedas Ikan Merah

Hanya Gambar Berbicara

Alibaba Cloud Buka Pusat Data Ketiga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysian Travellers In 2025 Smart Digital Intentional

Ringgit Rises As Traders Turn Cautious Ahead Of Us Tariff Move

Senior Glc Manager In Sabah Nabbed Over Alleged Bribery

No More Free Rides Experts Demand Corporate Liability For Deadly Negligence

Ke Genting Bersama Geng Zumba

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki