Tiada Vaksin Setakat Ini Jadi Persiapkan Diri Anda Untuk Elak Penularan Wabak Ncov


Baru-baru ini, pihak berkuasa di China telah melaporkan pada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkenaan kes jangkitan paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui puncanya. Pemeriksaan makmal menunjukkan virus penyebab jangkitan tersebut bukanlah virus influenza, virus adeno, virus korona sindrom pernafasan timur tengah (MERS-CoV) mahupun virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV). 
Akan tetapi, virus yang telah dikenal pasti adalah virus korona baharu (novel coronavirus).
Perkara ini membuatkan pihak kerajaan Malaysia komited untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak kes jangkitan virus korona import seperti yang berlaku di Jepun, Korea Selatan dan Thailand.
Penularan virus korona Wuhan masih tidak cukup maklumat  Wabak virus korona Wuhan telah dikenal pasti dan dilaporkan ke WHO pada 12 Januari 2020. Ia digelar sebagai novel coronavirus (nCoV-2019) atau virus korona baharu berikutan strain tersebut tidak pernah dikesan pada mana-mana individu sebelum ini.
Cara penularan virus korona Wuhan telah disahkan berlaku di antara manusia dengan manusia dan haiwan dengan manusia. Mekanismenya masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa China.
Oleh kerana gejalanya seakan sama dengan jangkitan influenza yang sedang melanda negara, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mengumpul maklumat pesakit yang mengalami jangkitan tersebut.
Ini bagi memastikan tiada dalam kalangan individu tersebut yang dijangkiti dengan virus korona baharu.
Sebenarnya, jangkitan influenza tak perlu dilaporkan kepada kementerian, bagi mengelak wabak ini menular di Malaysia, langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Maklumat yang diperlukan akan dikumpul dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, tiada kes virus korona yang dikesan di Malaysia.
Menurut Dato’ Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, masyakat perlu memberikan perhatian lebih bagi mengelak penularan wabak virus tersebut. Ini kerana tiada vaksin atau ubat yang boleh merawat atau menghindarinya.
Langkah yang diambil kerajaan bagi menyekat penularan wabak virus korona  Dalam usaha memelihara kualiti kesihatan rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan beberapa langkah bagi menghindari wabak virus korona Wuhan di Malaysia.
Antaranya seperti:
Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas di Pintu Masuk Antarabangsa Negara telah dimaklumkan tentang wabak ini. Langkah pencegahan dan kawalan infeksi telah dilaksana Memperkukuhkan ujian saringan demam dengan alat pengesan termal di kalangan pengembara di Pintu Masuk Antarabangsa Negara Jika ada pelancong yang dikesan demam dan ada simptom berkaitan jangkitan paru-paru atau jangkitan influenza, pemeriksaan akan dilakukan di pusat kuarantin kesihatan Memperkukuhkan ujian saringan pesakit di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital bagi yang disyaki menghidap jangkitan virus korona Individu yang mengalami gejala penyakit respiratori akut (demam, batuk, selesema, sukar bernafas) setelah pulang dari Wuhan dalam tempoh 14 hari, digalakkan menjalani ujian saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran Jika terdapat kes yang disyaki disebabkan oleh virus korona Wuhan, laporkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan kesihatan Negeri dan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM Memperkukuhkan keupayaan pengesanan dan pengesahan virus korona baharu Anggota KKM perlu memakai peralatan pelindung peribadi seperti topeng muka dan sarung tangan ketika mengendali kes wabak virus korona Bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan KKM terhadap serangan virus korona baharu Penularan virus korona Wuhan di negara lain
Setakat ini, lebih 500 individu di China disahkan menghidap jangkitan virus (termasuk kakitangan kesihatan) dan jumlah kematian mencatatkan seramai 17 orang.
Terdapat lebih daripada enam kes yang telah disahkan positif virus korona di luar negara China. Dua kes di Thailand, satu kes di Jepun, satu kes di Amerika Syarikat, satu kes di Taiwan dan satu kes di Korea Selatan. Terbaru, satu kes telah disahkan di Hong Kong.
Walaupun virus itu dikatakan menular kerana makanan laut, menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), mereka yang melancong ke negara China berpotensi dijangkiti dengan virus tersebut.
Ini berikutan mereka terdedah dengan individu yang mengalami jangkitan virus tersebut, justeru meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti.
Setakat ini, berbanding dengan wabak  SARS yang pernah menular pada tahun 2003, penularan virus Wuhan masih lagi tidak agresif.
Namun, peningkatan jumlah pelancong bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi agak membimbangkan kerajaan China.
Langkah pencegahan yang wajar diamalkan netizen WHO telah menyarankan beberapa langkah bagi mengurangkan risiko jangkitan. Antaranya seperti:
Basuh tangan secara kerap dengan teknik yang betul. Panduan 7 langkah basuh tangan yang disarankan oleh WHO boleh diguna pakai Patuhi etika batuk dan bersin ketika berada di tempat awam. Tutup mulut menggunakan tisu atau lipatan siku Elak dari bersentuhan dengan individu yang menunjukkan simptom selesema Pastikan anda mengambil makanan yang telah dimasak dengan baik. Elak makan makanan separuh masak Elak bersentuhan secara terus dengan haiwan liar atau haiwan ternakan. Jika perlu, guna sarung tangan ketika menguruskan haiwan tersebut Konklusi Jika anda mengalami simptom influenza seperti batuk, selesema atau demam, jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera.
Setakat ini, tiada panduan berkenaan simptom khusus bagi jangkitan ini yang telah dikeluarkan.
Jika anda baru pulang daripada Wuhan dan mengalami simptom selesema, kunjungi fasiliti kesihatan berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Hello Doktor
The post Tiada Vaksin Setakat Ini, Jadi Persiapkan Diri Anda Untuk Elak Penularan Wabak nCoV appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tiada-vaksin-setakat-ini-jadi-persiapkan-diri-anda-untuk-elak-penularan-wabak-ncov/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korea Selatan Sentiasa Siap Siaga Elak Penularan Wabak Koronavirus Pada Cuti Perayaan

Korea Selatan Sentiasa Siap Siaga Elak Penularan Wabak Koronavirus Pada Cuti Perayaan

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 301 hits
SEOUL 23 Jan Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Khamis sentiasa bersiap siaga untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus baharu pada cuti Tahun Baru Cina lapor agensi berita Yonhap Korea Selatan melaporkan kes pertama koronaviru...
Wabak Ncov Semakin Merebak Catat Kematian Elak Pergi Ke Negara Terjejas

Wabak Ncov Semakin Merebak Catat Kematian Elak Pergi Ke Negara Terjejas

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 505 hits
Menurut Organisasi Kesihatan Dunia Novel Corona Virus termasuk dalam keluarga virus yang boleh menyebabkan demam atau lebih serius MERS dan SARS Pesakit yang terdedah dengan virus ini akan memiliki gejala seperti pneumonia Virus yang menyeb...
Apakah Penularan Wabak Penyakit Merbahaya Berlaku Pada Setiap 100 Tahun Jom Baca Fakta

Apakah Penularan Wabak Penyakit Merbahaya Berlaku Pada Setiap 100 Tahun Jom Baca Fakta

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 727 hits
Selalu tiap 100 tahun atau dlm tempuh satu masa akan berlaku revolusi mengikut zaman rupa nya wabak juga menyesuaikan diri mengikut zaman rupanya Coincidence Kalau dibaca ia mungkin kedengaran seperti memes atau bahan jenaka dikaitkan denga...
Malaysia Diancam Serangan Wabak Coronavirus Ncov

Malaysia Diancam Serangan Wabak Coronavirus Ncov

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 711 hits
Semalam Langkawi mencatatkan telah menerima beberapa charter flight mendarat direct dari Nanjing ke Langkawi International Aiport Manakala beratus2 lagi flight dari China akan mendarat di Langkawi Penang KLIA Melaka JB Sabah dan Sarawak sem...
Adakah Vitamin C Membantu Ketika Penularan Wabak Coronavirus

Adakah Vitamin C Membantu Ketika Penularan Wabak Coronavirus

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 581 hits
Adakah Vitamin C Membantu Ketika Penularan Wabak Coronavirus Adakah Vitamin C Membantu Ketika Penularan Wabak Coronavirus Kita semua risau mengenai penularan wabak Coronavirus dan akan cuba mengambil langkah pencegahan Ketika ini sangat pen...
Doa Minta Elak Dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

Doa Minta Elak Dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1117 hits
Doa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak InfluenzaDoa Minta Elak dan Dijauhkan Segala Penyakit Wabak Influenza Penyakit influenza merupakan jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan gejala seperti demam selesema atau flu sak...
Hospital Khusus Untuk Wabak 2019 Ncov Akan Siap Dibina Di Wuhan Dalam Masa Hanya Enam Hari

Hospital Khusus Untuk Wabak 2019 Ncov Akan Siap Dibina Di Wuhan Dalam Masa Hanya Enam Hari

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 694 hits
Wabak Koronavirus Wuhan atau nama saintifiknya 2019 nCoV mula menjadi topik perbualan global sejak seminggu lalu Sehingga kini 25 kematian telah dilaporkan dengan lebih 900 kes dilaporkan di Amerika Syarikat Thailand Taiwan SIngapura dan Je...
Doktor Ini Tunjuk Cara Betul Pakai Topeng Elak Wabak Coronavirus

Doktor Ini Tunjuk Cara Betul Pakai Topeng Elak Wabak Coronavirus

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 914 hits
Wabak misteri coronavirus kini semakin membimbangkan apabila empat warga China yang datang ke Malaysia disahkan positif wabak tersebut Seperti diketahui wabak tersebut merebak melalui batuk selesema dan juga sentuhan Bagi mengelakkan daripa...
2 Hal Ini Bisa Bantu Lindungi Diri Dari Penularan Virus Corona

2 Hal Ini Bisa Bantu Lindungi Diri Dari Penularan Virus Corona

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 213 hits
Dua hal ini bisa melindungi kita dari novel coronavirus kata Huang Ching tai kepala Divisi Penyakit Menular Departemen Penyakit Dalam di Rumah Sakit Linkou Chang Gung Memorial yang berbasis di Taipei seperti dilansir Focus Taiwan
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage