Tiada Tempoh Penangguhan Hukuman Lebih Berat Pemandu Mabuk Kata Menteri




PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkata, tiada tempoh penangguhan diberikan dalam pelaksanaan hukuman lebih berat dalam kes pemandu mabuk di bawah pindaan Akta Pengangkutan Jalan, yang akan dibentangkan di Dewan Negara minggu depan.
“Saya rasa kita sudah beri cukup masa untuk mengingatkan dan mendidik masyarakat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen pendidikan pemanduan mabuk, hari ini.
“Sebaik sahaja kita dapat kelulusan daripada senat, saya rasa kita tidak mahu tangguhkannya lagi.”
Wee berkata hukuman lebih berat, termasuk denda dan penjara, adalah mencukupi untuk mencegah orang melakukan kesalahan terbabit.
Katanya, undang-undang itu tidak bertujuan untuk mengambil hak individu yang ingin mengambil alkohol.
“Anda boleh minum. Tetapi apabila anda minum, jangan memandu. Mesejnya sangat mudah,” katanya.
Beliau juga memberi amaran terhadap mereka yang cuba melarikan diri daripada hukuman dengan memberi rasuah, dengan berkata, mereka yang didapati bersalah akan berdepan hukuman berganda.
“Biar penguatkuasaan undang-undang tangani perkara ini. Sekiranya orang cuba lari, akan ada 2 hukuman menanti mereka,” katanya.
Dalam usaha mendidik masyarakat tentang bahaya pemanduan mabuk, Wee berkata, setakat mengubah silibus di sekolah memandu adalah tidak mencukupi.
Katanya, cabaran lebih besar ialah mendidik individu yang telah lulus sekolah memandu.
“Mereka inilah yang kita kena didik. Mereka yang minum setiap hari, merekalah yang berdepan berisiko jika tak dapat mesej kita,” katanya.
“Paling penting adalah, kita perlu serius dalam melaksanakan undang-undang ini.”
Dewan Rakyat baru-baru ini meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020, yang menyaksikan peningkatan hukuman bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan memandu secara melulu.
Individu yang menyebabkan kematian ketika memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dipenjara antara 10 dan 15 tahun, dan didenda antara RM50,000 hingga RM100,000.
Denda minimum untuk pesalah kali pertama akan dinaikkan dari RM5,000 ke RM20,000, dengan denda maksimum dinaikkan dari RM20,000 ke RM50,000.
Pesalah kali pertama boleh dikenakan hukuman penjara minimum 5 tahun, berbanding denda semasa, iaitu 2 tahun . Hukuman penjara maksimum kekal 10 tahun.
Untuk sabitan berikutnya, pesalah akan didenda antara RM20,000 hingga RM100,000, berbanding denda semasa RM5,000 hingga RM50,000.
Tempoh penjara bagi pesalah berikutnya juga akan meningkat menjadi antara 10 dan 15 tahun.
Lesen pesalah kali pertama ditarik balik selama maksimum 5 tahun. Untuk kesalahan berikutnya, hukumannya akan digandakan hingga 10 tahun.
#Sumber :  FMT  

MR :   Ni geng PH tak suka, AMANAH pula membisu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/09/tiada-tempoh-penangguhan-hukuman-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 660 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Faisal Basri Kritik Apbn Lebih Berat Ke Ekonomi Daripada Kesehatan Ada Menteri Asal Jeplak

Faisal Basri Kritik Apbn Lebih Berat Ke Ekonomi Daripada Kesehatan Ada Menteri Asal Jeplak

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 270 hits
Banyak yang mengeluh akibat PSBB jilid 2 yang diberlakukan kembali di Jakarta Ada yang mengatakan hal itu banyak mempengaruhi perekonomian hingga IHSG merosot Ekonom senior Faisal Basri melayangkan kritikan pedas kepada Presiden Jokowi di a...
Agak Agak Menteri Buloh Kasap Kena Lebih Berat Atau Ringan

Agak Agak Menteri Buloh Kasap Kena Lebih Berat Atau Ringan

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 274 hits
Pong pang dia ni dok kata DAP dan PH punya pasal dia kena buta buta disiasat Katanya DAP dan PH lah yang menjadikan dia sebegini terpaksa hadap dengan pihak berkuasa bagai Hai jadi menteri takkan otak bingai sampai tahap gaban sekali Dah ta...
Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

Pencemaran Sungai Agong Mahu Hukuman Lebih Berat Dikenakan

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 267 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menyifatkan pencemaran Sungai Gong hingga menyebabkan kira kira lima juta...
5909 Hukuman Lebih Berat Harian Metro 04 09 2020

5909 Hukuman Lebih Berat Harian Metro 04 09 2020

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 278 hits
Kuala Lumpur Pihak yang menyebabkan pencemaran Sungai Gong di Rawang perlu dihukum lebih berat dan mandatori Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata tindakan pihak berkenaan bukan sahaja menjejaskan alam s...
Cedera Parah Di Kepala Pelajar Maut Angkara Pemandu Mabuk

Cedera Parah Di Kepala Pelajar Maut Angkara Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 465 hits
Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan pemandu mabuk di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur awal pagi semalam Menurut laporan Kosmo Online mangsa Muhammad Hazeq Hakimi Romli yang menung...
Dipercayai Pandu Dalam Keadaan Mabuk Seorang Pemandu Honda City Nyaris Ragut Nyawa Warga Emas

Dipercayai Pandu Dalam Keadaan Mabuk Seorang Pemandu Honda City Nyaris Ragut Nyawa Warga Emas

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 404 hits
Baru sahaja berlaku petang tadi di mana seorang pemandu Honda City telah bertindak memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyusahkan pengguna jalanraya yang lain Pada mulanya pemandu berkenaan memandu dalam keadaan tidak betul sebelum hampir...
Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

Kesian Dekat Warga Emas Amp Yang Duduk Flat Netizen Mahu Hukuman Berat Terhadap Pemilik Kilang Punca Masalah Air

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 372 hits
Kes gangguan bekalan air di beberapa wilayah di Kuala Lumpur dan Selangor telah mencetuskan kemarahan penduduk Menerusi tinjauan Gempak di media sosial rata rata netizen mengambil pendekatan berbeza untuk mendapatkan air Ada diantaranya men...
Isu Sekolah Daif Di Sabah Sudah Lama Berlarutan Kata Menteri

Isu Sekolah Daif Di Sabah Sudah Lama Berlarutan Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 326 hits
Isu sekolah daif di Sabah sudah lama berlarutan kata menteri Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Sep 2020 4
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias