Tiada Tanda Pm Hilang Sokongan Usul Undi Tak Percaya Tak Akan Didahulukan



Kerajaan tidak akan mendahulukan usul tidak percaya mahupun usul percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam aturan urusan mesyuarat di Parlimen. Ini kerana setakat ini tiada petunjuk yang menggambarkan Muhyiddin hilang kepercayaan di Dewan Rakyat, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Takiyuddin Hassan.
"Pembangkang mengatakan sekiranya Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 tak diluluskan, ia mengandaikan perdana menteri hilang kepercayaan majoriti.
"Tetapi seperti kita maklum, belanjawan telah diluluskan (dengan undi suara) dan kurang ahli Parlimen yang tak bersetuju. Itu rekod di Dewan Rakyat.

"Maka tak timbul langsung kononnya ada kekurangan atau kehilangan sokongan majoriti terhadap Pagoh," katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH - Pasir Gudang) berkenaan bila usul-usul tersebut akan dibentang.
Menurutnya, walaupun sebanyak 25 usul undi tidak percaya dan dua undi percaya telah telah disenaraikan dalam aturan mesyuarat, ia masih tertakluk kepada peraturan mesyuarat yang menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan.
“Peraturan mesyuarat 15 (1) jelas menyatakan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan lain, memandangkan tak ada langsung bentuk yang menggambarkan Pagoh (Muhyiddin) hilang kerajaan.
“Kerajaan berpandangan usul-usul tak percaya dan usul percaya merupakan satu usul yang melibatkan sesuatu yang tertentu dan kepentingan orang ramai. Saya percaya dewan ini menganggap itu bukanlah satu perkara yang perlu disenaraikan.
“Oleh sebab itu, usul-usul ini akan kekal di dalam aturan urusan mesyuarat tertakluk pada saturan mesyuarat 14 dan 15,” katanya semasa sesi waktu pertanyaan menteri hari ini.
Setelah menerima kritikan ekoran mengarahkan ahli parlimen pembangkang untuk tidak mengadakan undian belah bahagi ketika peringkat dasar Belanjawan 2021 di peringkat dasar bulan lalu, ketua pembangkang Anwar berkata pihaknya akan menggesa undi belah bahagi di peringkat jawatankuasa.
Bagaimanapun setakat ini, semua peruntukan kementerian diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Undi belah bahagi dilihat sebagai satu bentuk kepada undi tidak percaya ke atas perdana menteri yang sering dipertikai berkenaan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat.
Baru-baru ini, Anwar dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa undi tidak percaya dibentangkan atas sebab ketidaktentuan berterusan dalam politik negara memberi kesan kepada ekonomi, dengan memetik penurunan penarafan kredit oleh Fitch Rating.
Dalam pada itu, Takiyuddin berkata kerajaan terbuka jika ada mana-mana ahli parlimen mahu mengemukakan sokongan dalam apa-apa bentuk kepada mana-mana individu sebagai calon perdana menteri.
“Kalau ada mana-mana ahli parlimen boleh kemukakan akuan bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong melebihi 112, kita akur sebagai satu proses demokrasi dalam negara kita,” katanya lagi.
Dua usul undi percaya bagi menyokong Muhyiddin daripada Shahidan Kassim (BN-Arau) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh).
Manakala usul undi tidak percaya pula daripada Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) serta empat penyokongnya, tujuh ahli parlimen Warisan, 11 ahli parlimen Amanah, seorang dari PKR dan seorang dari DAP.
Khalid Samad (PH-Shah Alam) dan Hanipa Maidin (PH-Sepang) dari Amanah masing-masing mempunyai dua usul tak percaya dalam aturan mesyuarat.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/tiada-tanda-pm-hilang-sokongan-usul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 244 hits
727 total views 727 views today IPOH 4 Dis Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri dalam usul keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan U...
2 Perkara Perlu Dipelajari Melalui Usul Undi Percaya Perak

2 Perkara Perlu Dipelajari Melalui Usul Undi Percaya Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 271 hits
DR ZULQARNAIN LUKMANNampaknya negeri Perak kekal sebagai sebuah negeri yang mempunyai pergolakan politik yang paling hebat dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia Pergolakan yang bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang membawa kepada pe...
Jika Ada Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ph Johor Sedia Sokong

Jika Ada Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ph Johor Sedia Sokong

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 179 hits
Kerajaan Perikatan Nasional Johor terdedah kepada tindak balas Parti Peribumi Bersatu Malaysia pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri hari ini susulan kenyataan pemimpin Bersatu Datuk Osman Sapian sebelum ini Osman pada 5 Disember ...
Keputusan Usul Undi Percaya Pada Mb Perak Penantian Yang Mendebarkan

Keputusan Usul Undi Percaya Pada Mb Perak Penantian Yang Mendebarkan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 248 hits
Di sebalik kehangatan Belanjawan 2021 politik Perak turut mencuri perhatian ramai terutama apabila menteri besarnya Ahmad Faizal Azumu bakal berdepan dengan usul undi percaya di DUN Walaupun ia bukan berbentuk undi tidak percaya ia boleh di...
Speaker Setuju Dun Bahas Usul Undi Percaya Mb Perak

Speaker Setuju Dun Bahas Usul Undi Percaya Mb Perak

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 347 hits
DATUK SERI AHMAD FAIZAL AZUMUMenteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu akan menghadapi usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Speaker DUN Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah membenarkan usul undi perc...
Segerakan Usul Undi Tidak Percaya Muhyiddin Tak Lepas 111 Majoriti

Segerakan Usul Undi Tidak Percaya Muhyiddin Tak Lepas 111 Majoriti

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 203 hits
Segerakan usul undi tidak percaya Muhyiddin tak lepas 111 majoritiOleh December 02 2020Kerajaan Perikatan Nasional telah melalui 3 kali undian Belanjawan 2021 secara Belah Bagi sejak 30 November lalu namun tidak ada satu kiraan pun yang men...
Fitch Ratings Jatuh Guan Eng Desak Pm Benar Usul Undi Tak Percaya

Fitch Ratings Jatuh Guan Eng Desak Pm Benar Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 242 hits
December 7 2020 9 40 AMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketidaktentuan politik hanya akan merosakkan keyakinan pelabur PETALING JAYA Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membe...
Psikometrik Dan Usul Undi Percaya Dun

Psikometrik Dan Usul Undi Percaya Dun

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 289 hits
Boleh ke buang item daripada instrumen Untuk jawap soalan ni kita ambil contoh Self Compassion Scale yang ada 26 item dan 6 dimensi 1 Instrumen yang dalam public domain boleh diubah suai tanpa kebenaran penulis asal Kalau instrumen yang dil...
Shorts Pn Patut Malu Mana Usul Undi Tidak Percaya

Shorts Pn Patut Malu Mana Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 235 hits
SHORTS SINAR LIVE 11 DISEMBER 2020 Berikut merupakan petikan Sinar Live yang bertajuk Berapa Skala Politik Amanah bersama AJK Nasional Amanah Hanipa Maidin VIDEO PENUH SILA LAYARI https bit ly 3oIVXb0 Muzik www bensound com SinarHarian Sina...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord