Segerakan Usul Undi Tidak Percaya Muhyiddin Tak Lepas 111 Majoriti




Segerakan usul undi tidak percaya, Muhyiddin tak lepas 111 majoritiOleh: Redzuan RF8 MediaDecember 02, 2020ShareKerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melalui 3 kali undian Belanjawan 2021 secara Belah Bagi sejak 30 November lalu namun tidak ada satu kiraan pun yang menunjukkan Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin mendapat 111 undi dan menjelaskan status keabsahan kerajaan beliau.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kegagalan Muhyiddin mendapat undi yang melepasi majoriti mudah dalam perbahasan peringkat jawatankuasa itu membuktikan perlunya Undi Tidak Percaya atau Undi Percaya dibuat terhadap beliau bagi menjamin PM mempunyai majoriti sebagaimana diwar-warkan sejak mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac lalu.
“Setakat hari Selasa 1 Disember 2020 Kerajaan PN pimpinan PM Tan Sri Muhyiddin telah memenangi tiga kali undian peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Belanjawan tahun 2021
“Pada hari Isnin 30 November 2020 Kerajaan PN menang bagi Anggaran Belanjawan Jabatan Perdana Menteri dengan menyokong 105 undi; menolak 95 undi.
“Pada hari yang sama kerajaan menang sekali lagi bagi meluluskan Anggaran Belanjawan Kementerian Kewangan dengan belahan undi: Menyokong 106; menolak 95.
“1 Disember 2020, di sebelah petang, Anggaran Belanjawan Kementerian Perladangan dan Komoditi diluluskan hanya setelah dilakukan undi belah bagi dengan keputusan: Menyokong 108 undi; Menolak 95,” kata Hassan dalam satu kenyataan.
Menurut Hassan, setakat hari Selasa pentadbiran Muhyiddin hanya mampu membuktikan terdapat 108 Ahli Parlimen yang menyokong belanjawan iaitu kurang 3 undi daripada sepatutnya.
Malah secara konsisten beberapa orang Ahli Parlimen Umno tidak hadir ketika sesi pengundian membuktikan terdapat pemimpin dari parti itu yang mungkin hilang kepercayaan kepada kepimpinan beliau.
Bagaimanapun, kata Hassan, undian belanjawan bukanlah penentu kepada majoriti mutlak Kerajaan PN kerana menurut Perlembagaan Persekutuan sekiranya Undi Percaya atau Tidak Percaya dibuat, PM hendaklah disokong oleh lebih daripada separuh anggota dewan. Jumlah yang kurang daripada itu akan menyebabkan pentadbirannya terbubar.
“Belanjawan tidak meletakkan syarat majoriti mutlak. Menang undi majoriti mudah dari jumlah ahli Dewan Rakyat yang hadir pada ketika pengundian belah bagi itu dijalankan sudah mencukupi untuk dikatakan menang dengan majoriti dan belanjawan diluluskan.
“Tetapi ia berbeza dengan jawatan PM. Keabsahan jawatan PM memerlukan undi majoriti mutlak, bukan setakat dari jumlah Ahli Dewan Rakyat yang hadir di dewan ketika pengundian tetapi dari keseluruhan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum.
“Dalam PRU-14, seramai 222 Ahli Parlimen telah dipilih iaitu bilangan yang mandatori di dalam Perlembagaan Persekutuan. Setakat ini seorang Ahli Parlimen Blok Pembangkang telah meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah. Manakala Blok Kerajaan seorang Ahli Parlimennya juga meninggal dunia iaitu Ahli Parlimen Gerik di Perak. Ini menjadikan jumlah ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia sekarang ada seramai 220.
“Jumlah treshold atau jumlah ambang yang dikatakan syarat majoriti yang diperlukan oleh PM Muhyiddin untuk mengesahkan jawatannya ialah sebanyak 111. Setakat tiga undian belah bagi, undian paling tinggi yang Kerajaan PN dapat hanyalah sebanyak 108 undi. Kerajaan PN belum lagi mencapai jumlah ambang atau treshold sebanyak 111 undi
“Setakat hari ini sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih menjadi PM bermula 1 Mac 2020, beliau dan kerajaannya masih belum membuktikan majoriti yang dituntut oleh Undang-Undang Perlembagaan. Oleh itu keabsahan Muhyiddin dan Kerajaan PN masih lagi dipersoalkan,” katanya lagi.
Oleh itu, Hassan menyeru agar Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun segera membenarkan usul Undi Tidak Percaya dibahas dan dimuktamatkan.
Keabsahan kerajaan Muhyiddin perlu ditentukan pada sesi Parlimen Disember dan tidak boleh dibiarkan berlarutan yang akan memberi impak negatif kepada politik dan ekonomi negara.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/segerakan-usul-undi-tidak-percaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Gesa Kerajaan Sendiri Quot Bawa Usul Quot Undi Percaya Terhadap Pm Muhyiddin Ke Parlimen

Zahid Gesa Kerajaan Sendiri Quot Bawa Usul Quot Undi Percaya Terhadap Pm Muhyiddin Ke Parlimen

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 254 hits
nbsp KUALA LUMPUR UMNO yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presidennya Zahid Hamidi berkata soal sokongan maj
Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 194 hits
727 total views 727 views today IPOH 4 Dis Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri dalam usul keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan U...
Usul Percaya Zahid Hamidi Membawa Maksud Muhyiddin Sudah Boleh Diganti

Usul Percaya Zahid Hamidi Membawa Maksud Muhyiddin Sudah Boleh Diganti

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 169 hits
Ucapan perbahasan Belanjawan 2021 di Parlimen oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk Zahid Hamidi yang turut menyentuh tentang perlunya PN sendiri membawa usul percaya terhadap Perdana Menteri bagi mengelakkan kedudukan Muhyiddin Yassin terus diper...
Speaker Setuju Dun Bahas Usul Undi Percaya Mb Perak

Speaker Setuju Dun Bahas Usul Undi Percaya Mb Perak

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 306 hits
DATUK SERI AHMAD FAIZAL AZUMUMenteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu akan menghadapi usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri Speaker DUN Perak Mohamad Zahir Abdul Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa dia telah membenarkan usul undi perc...
Psikometrik Dan Usul Undi Percaya Dun

Psikometrik Dan Usul Undi Percaya Dun

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 243 hits
Boleh ke buang item daripada instrumen Untuk jawap soalan ni kita ambil contoh Self Compassion Scale yang ada 26 item dan 6 dimensi 1 Instrumen yang dalam public domain boleh diubah suai tanpa kebenaran penulis asal Kalau instrumen yang dil...
Zahid Hamidi Mahu Usul Undi Percaya Dibentang

Zahid Hamidi Mahu Usul Undi Percaya Dibentang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 210 hits
Umno yang mempunyai bilangan wakil rakyat terbanyak di blok pemerintah menggesa kerajaan sendiri membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata soal sokongan majoriti kepada pentad...
Undi Belanjawan Tak Sama Dengan Tukar Kerajaan Bagaimana Jika Undi Muhyiddin Sentiasa Kurang 111

Undi Belanjawan Tak Sama Dengan Tukar Kerajaan Bagaimana Jika Undi Muhyiddin Sentiasa Kurang 111

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 141 hits
Semalam Parlimen meluluskan Rang Undang Undang Perbekalan atau Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi dua kementerian melalui undi belah bahagi Dua kementerian terbabit ialah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Bagi undian...
Keputusan Usul Undi Percaya Pada Mb Perak Penantian Yang Mendebarkan

Keputusan Usul Undi Percaya Pada Mb Perak Penantian Yang Mendebarkan

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 205 hits
Di sebalik kehangatan Belanjawan 2021 politik Perak turut mencuri perhatian ramai terutama apabila menteri besarnya Ahmad Faizal Azumu bakal berdepan dengan usul undi percaya di DUN Walaupun ia bukan berbentuk undi tidak percaya ia boleh di...
Fitch Ratings Jatuh Guan Eng Desak Pm Benar Usul Undi Tak Percaya

Fitch Ratings Jatuh Guan Eng Desak Pm Benar Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 211 hits
December 7 2020 9 40 AMSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengingatkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketidaktentuan politik hanya akan merosakkan keyakinan pelabur PETALING JAYA Lim Guan Eng mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membe...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Makanan Perlis Paling Popular

Panduan Produk Kesihatan

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


How Working For Google Amazon And Microsoft Lost Dream Job Status

5 Rekomendasi Laptop Untuk Mahasiswa Akuntansi Terbaru

Amang Seksual Inspektor Polis Ditahan Kerja

Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander