Tiada Siapa Yang Akan Ditinggalkan Ahmad Zahid




TERLALU ideal untuk membayangkan terciptanya perpaduan ummah secara mendadak. Prosesnya memakan masa, penelitian dan sumbang saran dilakukan secara berterusan. Dorongan dan ransangan terus menerus dilakukan oleh pimpinan UMNO dan PAS.
Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS yang akan dimuktamadkan dalam masa terdekat akan menjadi rujukan dan ikatan taawun siyasi UMNO-PAS. Jawatankuasa Teknikal sedaya upaya merangka piagam bukan untuk kepentingan UMNO dan PAS semata-mata tetapi ia melibatkan kepentingan ummah.
Pelantikan lima orang Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor dan Perlis serta Pengerusi Lembaga Penasihat BN baru-baru ini menjadi bukti dan manifestasi bahawa usaha ke arah pengukuhan dan memperteguhkan saf kepimpinan sedang dilakukan secara proaktif.
Pelantikan dilakukan bukan atas sentimen dan kepentingan mana-mana individu tetapi berdasarkan keupayaan dan kepakaran yang dimiliki bagi membantu dan menguatkan UMNO. Saya berkeyakinan kepakaran dan kompentensi yang mereka miliki mampu mencorakkan UMNO ke arah yang lebih baik.
Pelbagai andaian, cemuhan dan jangkaan negatif berkaitan ta’awun siyasi antara UMNO dan PAS, sehingga ada yang cuba melaga-lagakan antara UMNO, MCA dan MIC. Semua usaha ini dilakukan bagi mengagalkan agenda perpaduan ummah.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata “MCA tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk PAS demi kebaikan rakyat dan atas semangat sejagat. Pendirian MCA amat jelas. Kita mendukung semangat dan prinsip dalam BN yang wujud sejak sekian lama”.
Sementara itu, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, berkata MIC tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerjasama UMNO-PAS. MIC juga sebelum ini pernah menyuarakan pendapat berhubung isu ini. Kami memang tiada masalah, malah MIC boleh bekerjasama dengan PAS atas semangat pembangkang.
Dengan perkembangan positif ini serta dokongan semua pihak, saya akan terus beriltizam dan berusaha membawa pimpinan dan mantan pimpinan UMNO bersama-sama dalam bantera perpaduan ummah, tanpa meninggalkan seorang pun kalangan mereka yang berminat untuk membantu menjayakan agenda besar ini.
Kisah kepemimpinan Sultan Muhammad al-Fateh menakluki Kota Konstantinopel boleh dijadikan panduan bagaimana kepakaran dan strategi yang digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh merealisasikan sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq yang bermaksud: “… Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya ada sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Para sahabat Rasulullah S.A.W berlumba-lumba untuk menawan kota Konstantinopel bagi mengecapi apa yang telah dijanjikan Allah S.W.T. Namun begitu, semua serangan mereka telah gagal. Contohnya, Kerajaan Umaiyyah yang melakukan lima kali kempen serangan, satu kali pada zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Abu Ayyub al-Ansary R.A. telah syahid di dalam sebuah serangan semasa zaman Kerajaan Umaiyyah telah dimakankan jasadnya di bawah dinding kota Konstantinopel di atas permintaannya sendiri.
Akhirnya, impian Rasulullah S.A.W telah berjaya direalisasikan oleh tentera yang dipimpin oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada 29 Mei 1453 Masihi.
Sebelum menyerang kota Konstatinopel, baginda telah mengkaji dahulu setiap titik-titik kelemahan yang ada pada kota itu serta sebab-sebab kegagalan serangan-serangan sebelum ini. Saya tertarik dengan dua dimensi penting yang menyumbang kepada kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh menakluki kota Konstatinopel.
Dimensi perancangan taktikal peperangan, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggunakan strategi dimana kubu pertahanan (strongholds) bukan sahaja berperanan sebagai tempat defensif sahaja, malah telah berperanan sebagai tempat ofensif.
Berdasarkan kepada ketidaktentuan politik semasa, UMNO dan BN secara proaktif perlu melakukan ofensif kepada mana-mana dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Zaman kita defensif sudah berlalu.
Dimensi perancangan logistik dan pentadbiran. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggunakan kepakaran sumber manusia bagi membina sebuah meriam yang mampu menembusi tembok Konstantinopel. Sekumpulan pakar dalam teknologi peperangan telah berkerjasama termasuk seorang jurutera bernama Urban yang berpaling tadah dan telah bersetuju bekerjasama dengan kerajaan Uthmaniyah.
Melibatkan secara aktif mantan pimpinan UMNO sebagai sumber manusia dan juru bicara parti adalah langkah bagi perkongsian kepakaran dan pengalaman mereka bagi dan membentuk kebersamaan dan mengimbangi perjuangan ini.
Sebelum Piagam Muafakat Nasional UMNO-PAS ditandatangani saya meletakkan satu harapan yang besar agar sahabat seperjuangan UMNO bersama-sama dalam bahtera ini. Selepas dipersetujui, piagam ini akan menjadi garis panduan yang lengkap dan komprehensif ta’awun dan tahaluf siyasi UMNO – PAS.
AHMAD ZAHID HAMIDI
#demiummah
#akhiratdidepan




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/07/12/tiada-siapa-yang-akan-ditinggalkan-ahmad-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

Tok Mat Sambut Baik Ahmad Zahid Kembali Aktif Alu Alukan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 349 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan menyambut baik pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa beliau kembali aktif memimpin UMNO Katanya sememangnya Presiden UMNO itu patut kembali bertugas kerana UMNO perlu di...
Pemimpin Umno Sambut Baik Pengumuman Ahmad Zahid

Pemimpin Umno Sambut Baik Pengumuman Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 357 hits
Pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas sebagai Presiden UMNO menerima reaksi positif daripada pemimpin parti itu Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kepulangan Ahmad Zahid sebagai Presiden akan ...
Ahmad Zahid Mampu Perkuat Umno Pas

Ahmad Zahid Mampu Perkuat Umno Pas

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 298 hits
KOTA BHARU UMNO Kelantan yakin pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas sebagai presiden parti itu akan memperkukuhkan gerak kerja penyatuan antara UMNO dan Pas Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputu...
Kepulangan Ahmad Zahid Sebagai Presiden Umno Cetus Pelbagai Reaksi

Kepulangan Ahmad Zahid Sebagai Presiden Umno Cetus Pelbagai Reaksi

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 292 hits
Datuk Seri Mohamad Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Kepulangan semula Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO Ahad lepas telah mencetuskan pelbagai reaksi ada suka ada yang tidak suka Ada pihak berpendapat penamata...
Keputusan Ahmad Zahid Kembali Bertugas Adalah Mandat Dari Perwakilan Saarani

Keputusan Ahmad Zahid Kembali Bertugas Adalah Mandat Dari Perwakilan Saarani

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 321 hits
IPOH 1 Julai 8211 Keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas bermula pada hari ini adalah selaras dengan mandat yang diberikan oleh perwakilan di peringkat akar umbi kepada beliau sebagai presiden parti Pengerusi Bada...
Zahid S Return Is There A Deeper Political Game Happening

Zahid S Return Is There A Deeper Political Game Happening

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 145 hits
Malaysiakini I refer to the Malaysiakini article I m back Zahid announces return to active duty as Umno chief As someone who is not a member of any political party Ahmad Zahid Hamidi s return is of little consequence to me But as an avid po...
Zahid Hamidi Pejuang Umno Low Profile

Zahid Hamidi Pejuang Umno Low Profile

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 343 hits
Zahid Hamidi bercuti sebagai Presiden UMNO selama 6 bulan Low profile dan membenarkan Timbalan beliau Tok Mat Hasan menjalankan tugas tugas selaku Presiden Kembalinya Zahid memimpin UMNO ada golongan yang gembira sehingga menitiskan air mat...
Hari Hari Awal Zahid Kembali Teraju Parti Aura Kemenangan Pru15 Makin Dirasai

Hari Hari Awal Zahid Kembali Teraju Parti Aura Kemenangan Pru15 Makin Dirasai

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 491 hits
Hari ini hari ketiga Zahid kembali menjadi Presiden selepas enam bulan berehat ekoran desakan dalaman parti yang mahukan beliau berbuat demikian Meskipun pada awal desakan mahu beliau berundur oleh Pemuda UMNO dijawab dengan kenyataan tegas...
Ismail Sabri Siapa Tak Setuju Boleh Cabar Zahid Kemudian

Ismail Sabri Siapa Tak Setuju Boleh Cabar Zahid Kemudian

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 237 hits
Diterbitkan Hari ini 4 10 petangMana mana pihak yang tidak bersetuju dengan tindakan Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambung semula tugasnya sebagai presiden Umno boleh mencabar kedudukan bekas timbalan perdana menteri itu pada pemilihan akan data...
Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Antara Puisi Dan Rautmu Arish Mikael

Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas Memang Sangat Sedap

Ex Pesuruhjaya Sprm Cabar Pmx Bebaskan Najib Razak

Gbp Usd 24 Februari Berita Baik Lagi Untuk Pound British

Syukur Fasa 2 Tarikh Kaedah Penyaluran Bantuan

Cuti Hari Raya Melaka Hari Kelepasan Am Tarikh Raya 2025