Tiada Sebab Untuk Agc Teliti Semula Kes Yang Sudah Didakwa Idrus



Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan, setiap keputusan untuk melakukan pendakwaan, dibuat selepas meneliti dan menimbangkan sepenuhnya keterangan dibentangkan oleh penguatkuasaan serta undang-undang berkaitan.
(Berita Harian) – Susulan itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, menegaskan yang tiada sebab munasabah untuk jabatan berkenaan meneliti semula kes yang sudah dibawa ke mahkamah untuk tindakan pendakwaan.
“Susulan daripada laporan media yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh (Ketua Pembangkang,) Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa jabatan ini tidak mempunyai sebab untuk meneliti semula semua kes yang dipertuduhkan di mahkamah.
“Tidak terdapat sebarang campur tangan politik atau tekanan untuk memulakan apa-apa pendakwaan. Jabatan Peguam Negara sentiasa bertindak secara bebas dan profesional, mengikut tatacara yang ditetapkan dalam memulakan pertuduhan terhadap mana-mana individu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, pembangkang mendesak Idrus menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan yang dikatakan terpilih terhadap pimpinan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) bagi tujuan ditarik balik.
Desakan dibuat Hamzah itu susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melepas dan membebaskan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.
Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN, berkata dalam membuat keputusan itu, mahkamah bukan saja memutuskan pertuduhan ke atas Muhyiddin, yang juga Pengerusi PN itu sebagai cacat, tidak berasas, kabur serta tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah, malah adalah kesalahan penggunaan proses mahkamah.
Mengulas lanjut, Idrus berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin hanya membabitkan empat pertuduhan predikat di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisia (SPRM) 2009.
Katanya, keputusan terbabit dibuat hanya berdasarkan ruang lingkup permohonan yang difailkan oleh pemohon.
“Rentetan itu, Notis Rayuan sudah difailkan oleh pihak pendakwaan untuk mencabar keesahan keputusan terbabit.
“Manakala tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 masih kekal,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara memandang serius kenyataan yang cenderung menjejaskan kredibiliti jabatan berkenaan dan menggesa semua pihak supaya berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan yang mencadangkan atau membayangkan bahawa integriti dan kebebasannya dikompromi oleh campur tangan politik atau pengaruh yang tidak wajar.
“Jabatan Peguam Negara selanjutnya menegaskan bahawa Jabatan ini bertindak secara bebas dan profesional pada setiap masa dalam menjalankan fungsi Jabatan Peguam Negara untuk menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/08/16/tiada-sebab-untuk-agc-teliti-semula-kes-yang-sudah-didakwa-idrus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

Kes Guru Tidak Hadir 1 535 Hari Pejabat Peguam Negara Kemuka Rayuan Semakan Semula Keputusan

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 534 hits
KUALA LUMPUR Walaupun mendapat perintah mahkamah untuk mengambil semula jawatannya setelah dipecat kerana tidak hadir selama 1 535 hari niat Yahaya Wahi untuk terus mengajar nurid sekolah rendah di kawasan terpencil Gerik masih belum pasti ...
Kes Di Malaysia Wanita Islam Pecah Rekod Bersuami Empat Serentak

Kes Di Malaysia Wanita Islam Pecah Rekod Bersuami Empat Serentak

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 299 hits
Seorang peguam syarie mendedahkan bahawa dia ada mendengar sebutan kes di mahkamah di mana melibatkan seorang wanita yang hadir bersama suami keempatnya Cerita peguam yang bernama Hasanah itu suami keempat wanita itu hadir ke mahkamah bagi ...
506 Kes Gangguan Seksual Direkod Lelaki Pun Jadi Mangsa

506 Kes Gangguan Seksual Direkod Lelaki Pun Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 297 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 506 kes gangguan seksual direkodkan sejak tahun lalu sehingga kini kata Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri Bagaimanapun beliau percaya jumlah sebenar kes gangguan seksual yang be
Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

Peguam Persoal Sikap Berdiam Diri Peguam Negara Berhubung Pengguguran Ketua Pendakwa Kes Zahid

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 320 hits
malaysianow comOgos 8 2023 11 45Rafique Rashid berkata penjelasan mesti diberikan segera Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Ogos Gambar BernamaSeorang peguam menggesa Peguam Negara Idrus Harun menj...
Ak 36 Tiada Lagi Rakyat Kelantan Mati Kes Air

Ak 36 Tiada Lagi Rakyat Kelantan Mati Kes Air

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 286 hits
Petikan daripada satu kumpulan WhatsApp Selamo ni x dok bunyi ramai rakyat mati kes air di Klate Dalam bahasa baku bunyinya begini Selama ini tidak ada berita mengenai banyak rakyat Kelantan mati disebabkan air di Kelantan Kenyataan itu dik...
Mahkamah Apex Tolak Rayuan Kes Levi Pelepasan

Mahkamah Apex Tolak Rayuan Kes Levi Pelepasan

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 328 hits
Mahkamah apex tolak rayuan kes levi pelepasan Dikemas kini 24 minit yang lalu Diterbitkan pada 3 Aug 2023 12 06PM
Hiburan Kanak Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah Ngo

Hiburan Kanak Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah Ngo

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 294 hits
Pengerusi Yayasan Ikhlas iaitu sebuah badan NGO Profesor Dr Zainur Rashid Zainuddin memaklumkan bahawa negara telah mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah yang membabitkan kanak kanak perempuan sembilan tahun Kanak kanak perempua...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee