Tiada Sebab Kerajaan Pn Tak Boleh Tutup Sekolah Vernakular



Perpaduan nasional tak tercapai selagi Cina, India ikutipendidikan vernakular
PERTUBUHAN Gerakan QIAM (QIAM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana melancarkan Dasar Perpaduan Nasional (BU TV1 15/2/20) baru baru ini.

2. Pelancaran Dasar ini secara tidak langsung memberi kita dua mesej penting.

Pertama, masalah perpaduan nasional amat kritikal kepada masa depan negara. Dalam keadaan darurat sekarang dan kesibukan berperang dengan COVID-19, kerajaan PN masih mencari
ruang dan sumber untuk mengeluarkan dasar ini.

Kedua, matlamat Perpaduan Nasional dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan kerajaan sejak 50 tahun dahulu (1970), gagal dicapai. Kita nampak jelas bahawa sifat perkauman di kalangan rakyat mutakhir ini lebih ketara dari
dahulu.

3. Pada hemah QIAM, penyumbang utama kepada masalah dan kegagalan tersebut adalah kerana program dan aktiviti yang dilaksanakan sebelum ini hampir kesemuanya berbentuk
menjernihkan air di hilir sungai sedangkan air di hulu dibiar kotor dan keruh.

Program-program sukan, kemasyarakatan, perjumpaan, kenduri, ceramah perpaduan dan sebagainya yang dijalankan adalah tertumpu kepada orang dewasa, tua dan lanjut umur.

Mereka diibaratkan sebagai air di hilir sungai. Mampukah air di hilir ini menjadi jernih jika air yang datang dari hulu itu tetap air kotor dan keruh? Jenerasi muda kaum Cina dan India dididik berasingan dari kaum Melayu, lantas menebalkan sifat perkauman mereka.

4. Perpaduan Nasional kita hendaklah bertunjangkan kepada kaum Melayu. Masalah paling utama ialah perpaduan antara kaum Melayu dan kaum Cina. Pertama kerana peratusan
kaum Cina agak besar berbanding kaum India.

Kedua, pengasingan sejak dari kecil (air di hulu) ribuan kanak-kanak kaum Cina di sekolah vernakular dan sekolah-sekolah swasta Cina yang tidak menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menyebabkan semangat perkauman Cina menebal dan akhirnya membentuk air di hulu sungai yang kotor dan keruh masuk ke dalam masyarakat.

Golongan ini juga ibarat buluh yang sudah keras. Tentu sukar untuk dilentur dan berpadu dengan kaum Melayu.

5. Perpaduan dengan kaum India diperhatikan tidak sesukar saperti kaum Cina. Pertama, hal ini kerana peratusan kaum India agak kecil dalam masyarakat.

Kedua, peratusan kaum India yang beragama Islam nampaknya lebih ramai dari kaum Cina. Ini menyebabkan perpaduan mereka ke dalam masyarakat Melayu lebih mudah.

6. Jelas dari huraian diatas, masalah perpaduan nasional kita adalah antara kaum Melayu dengan kaum Cina dan India.

Terimalah hakikat ini, iaitu selagi generasi kanak-kanak (air dihulu) Cina dan India mengikuti pendidikan vernakular dan sekolah swasta, selagi itulah mereka membentuk air dari hulu yang keruh yang akhirnya mengeruhkan air dihilir. Perpaduan Nasional tidak akan tercapai.

7. Bagi menjernihkan air di hulu ini, kerajaan PN perlulah sepakat dan mempunyai ‘political will’ yang kuat dan demi masa depan negara, mewujudkan sekolah satu aliran dengan mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kepujian Bahasa Melayu menjadi syarat mendapat sijil.

Jika sekolah Melayu yang wujud sebelum ini mampu ditutup, QIAM tidak nampak sebab kerajaan PN tidak boleh menutup sekolah vernakular dan sekolah jenis kebangsaan.

Ke arah sekolah satu aliran ini, QIAM ingin sarankan beberapa perkara penting saperti berikut:

7.1. Perkasakan semua sekolah kebangsaan dengan prasarana, teknologi, alat komputer dan
sebagainya.

7.2. Tingkatkan bilangan dan kemahiran guru di semua sekolah kebangsaan.

7.3. Serapkan sekolah vernakular Cina dan India ke dalam sekolah kebangsaan dengan
membawa bersama ‘good practices’ mereka.

7.4. Tingkatkan pengajaran bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan.

7.5. Tawarkan bahasa Arab, Mandrain dan Tamil sebagai subjek pilihan.

8. QIAM amat yakin bahawa sekolah satu aliran bagi semua kaum ini akan mengeluarkan generasi air di hulu yang jernih yang bersatu-padu dengan kaum Melayu dan peribumi.

Percayalah bahawa dalam masa 30 tahun negara akan melihat jenerasi baru yang bersatu padu. Itulah Perpaduan Nasional.

Oleh: Datuk Sirajuddin Haji Salleh
Presiden QIAM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/tiada-sebab-kerajaan-pn-tak-boleh-tutup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Maruah Kerajaan Vernakular Dibela Sekolah Kebangsaan Diabai

Mana Maruah Kerajaan Vernakular Dibela Sekolah Kebangsaan Diabai

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 251 hits
Negara dikejutkan dengan peruntukan RM1 6 jutauntuk 16 vernakularSELEPAS DAP mengeluarkan kenyataan mengkritik MCA tentang sekolah vernakular Cina baru baru ini kita dapat pula berita Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr Mah Hang Soon...
Kewujudan Sekolah Vernakular Bertentangan Dengan Perlembagaan

Kewujudan Sekolah Vernakular Bertentangan Dengan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 183 hits
BANGI 11 Rejab 1442H Selasa Kenapa Malaysia masih mempunyai sekolah vernakular sedangkan negara jiran seperti Singapura Indonesia serta Thailand yang mempunyai ramai kaum Cina sudah mengamalkan pendidikan satu aliran Jaringan NGO Sedar juga
Kerajaan Larang Majlis Sosial Tapi Menteri Boleh Pula Rakyat Anggap Tidak Adil

Kerajaan Larang Majlis Sosial Tapi Menteri Boleh Pula Rakyat Anggap Tidak Adil

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 181 hits
FAZLI RADZI Walaupun kerajaan mengingatkan larangan terhadap semua aktiviti majlis sosial dan keramaian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tetapi lain pula pematuhannya di pihak menteri Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan ...
Benarkah Pemimpin Kita Takut Membicarakan Tentang Sekolah Vernakular Cuba Tanyakan Pada Mereka

Benarkah Pemimpin Kita Takut Membicarakan Tentang Sekolah Vernakular Cuba Tanyakan Pada Mereka

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 165 hits
Pemimpin takut puak rasis punca vernakular kekal wujud BANGI Walaupun sudah melalui pelbagai fasa perubahan kerajaan Malaysia masih kekalkan perjanjian lama mempertahankan kewujudan sekolah vernakular Biarpun sistem vernakular masih diperta...
Hanya Dua Minggu Sahaja Lagi Spm Kenapa Masih Tutup Sekolah

Hanya Dua Minggu Sahaja Lagi Spm Kenapa Masih Tutup Sekolah

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 207 hits
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin digesa tampil menjelaskan sendiri tentang penamatan sesi persekolahan bersemuka untuk calon dua peperiksaan utama pada 9 Februari ini Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik membuat gesaan itu sele...
Wah Kemaih Kerajaan Melayu Isle Pas Suboh Boleh Dah Masuk Pub

Wah Kemaih Kerajaan Melayu Isle Pas Suboh Boleh Dah Masuk Pub

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 196 hits
Shahbudin HusseinSatu lagi cuba teliti SOP yang dikeluarkan MKN ini pub dan kelab malam sama seperti restoran dan kedai makan dibenarkan beroperasi bermula 6 00 pagi lagi dan ditutup jam 10 00 malam Wowww hanya di era kerajaan Melayu Islam ...
Boleh Tukar Tajuk Atau Tutup Terus Ustazah Asma Harun Tegur Group Fb Ri4k Apa Hari Ini

Boleh Tukar Tajuk Atau Tutup Terus Ustazah Asma Harun Tegur Group Fb Ri4k Apa Hari Ini

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 256 hits
Kalau korang aktif di laman media sosial Facebook korang mesti sedar dengan kemunculan grup Facebook terbaru iaitu R iak Apa Hari Ini yang kian terkenal di kalangan netizen
Rakyat Boleh Lihat Konflik Politik Dalam Kerajaan Ph

Rakyat Boleh Lihat Konflik Politik Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 183 hits
KOTA BHARU Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas gagal melaksanakan tanggungjawab sebenar secara profesional serta amanah malah tindakannya hanya berasaskan kepentingan politik pihak tertentu sahaja Timbalan Presiden PAS Dato Seri Tuan I...
Rakyat Pening Sekolah Sekejap Buka Sekejap Tutup

Rakyat Pening Sekolah Sekejap Buka Sekejap Tutup

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 220 hits
Rakyat pening sekolah sekejap buka sekejap tutupOleh February 22 2021Kami Ahli Ahli Parlimen pembangkang mengambil maklum keputusan mengejut Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meneruskan kembali sesi persekolahan awal Mac ini Keputusan K...
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Crisis Management 101

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist