Tiada Rundingan Dengan Pekebun Musang King

RAUB: Pejabat Tanah dan Daerah menafikan mengadakan rundingan dengan  pekebun durian berhubung isu penerokaan tanah haram di daerah tersebut  seperti dilaporkan sebuah akhbar hari ini.
Menurut kenyataan Pentadbir Tanah Raub, dakwaan dibuat oleh peneroka  tanah di situ dan dilaporkan oleh akhbar terbabit adalah tidak benar.
“Kita kesal dengan dakwaan pekebun yang disiarkan dalam akhbar  tentang rundingan yang kononnya dilakukan Pejabat Tanah dan Daerah Raub  dengan pekebun durian di tanah kerajaan.
“Tiada sebarang rundingan dibuat dengan wakil pekebun durian Musang  King yang menceroboh tanah kerajaan negeri pada 2 September 2020,”  katanya semalam.
Menurut kenyataan itu lagi, semua pihak perlu bersikap  bertanggungjawab dan tidak mengeluarkan dakwaan palsu atau memanipulasi  mana-mana pihak dalam isu berkenaan.
Akhbar tersebut semalam melaporkan pengusaha kebun Musang King mahu  mengadakan rundingan dengan kerajaan Pahang bagi mempertahankan kebun  mereka yang diusahakan lebih 40 tahun.
Pengerusi Save Musang King Alliance (Samka), Chang Yee Chin, dipetik  berkata, bagi mendapat keputusan ‘menang-menang’ rundingan kali pertama  dengan Pejabat Tanah dan Daerah Raub telah diadaka dengan pertemuan  berjalan lancar dalam suasana baik.
Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyatakan  kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan terus bertegas dalam isu  pekebun haram Musang King.
Bagaimanapun, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menangguhkan  mengambil tindakan tegas ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang  membatalkan notis pengosongan tanah dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah  Raub sehingga 28 Oktober ini. 
#Sumber : – UTUSAN    
MR :   Bila nak Sultan letak gambar, bila tak nak cakap Sultan ganggu politik, buat habis duit rakyat.. itu politik mereka 
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/09/tiada-rundingan-dengan-pekebun-musang.html