Tiada Ruang Buat Pemain Naturalisasi Besar Kepala


Bernama  
   
Pemain naturalisasi negara akan berdepan nasib malang sekiranya menimbulkan masalah dan tidak berdisiplin, kata bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, B. Sathianathan.

Jurulatih berpengalaman luas membimbing pemain asing di peringkat kelab itu mengakui sikap besar kepala dan sukar dikawal antara masalah disiplin yang sering ditonjolkan segelintir pemain setelah mencapai sesuatu kejayaan.

Namun, beliau menegaskan sekiranya pemain naturalisasi negara memilih untuk bersikap sedemikian ia hanya akan membunuh masa depan dan karier mereka.

“Sebenarnya kalau mana-mana pemain (asing) ada masalah disiplin, mereka tidak akan bermain untuk skuad negara (menjadi pemain naturalisasi). Tetapi katakan kita naturalisasikan seorang berumur 17 tahun dan apabila mencecah 22 tahun dia buat masalah...maka tiada tempat untuk dia lagi.

“Bila tiada tempat dalam skuad kebangsaan mahupun kelab, mereka mungkin jual jam atau kain di kaki lima...jadi kalau mereka betul ingin menyarung jersi negara, mereka harus jaga disiplin,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sathianathan, yang juga Ketua jurulatih Selangor dan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), merupakan salah seorang daripada ahli Jawatankuasa Program Naturalisasi kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada masa sama, pengendali berusia 61 tahun itu berkata jawatankuasa program akan memastikan pemain yang ditawarkan peluang itu lulus proses tapisan yang ketat melibatkan segenap aspek termasuk faktor disiplin.

“Kita (jawatankuasa) mengambil serius soal pengambilan pemain. Kita akan menilai segenap aspek berkaitan pemain (calon) itu sedalam-dalamnya. Kita mahu pastikan pemain diberi kerakyatan itu mempunyai kesungguhan dan semangat yang sama seperti pemain tempatan,” katanya.

Untuk rekod, penyerang Pahang, Mohamadou Sumareh mencipta sejarah menjadi pemain naturalisasi pertama negara dan membantu skuad kebangsaan muncul naib juara Piala AFF 2018.

Sejak itu, FAM tidak menoleh ke belakang apabila menyatakan hasrat untuk membuka lebih kuota kepada pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Namun, masalah disiplin yang dikaitkan dengan salah seorang daripada calon pemain naturalisasi negara seterusnya kini menjadi kebimbangan buat peminat tanah air sekiranya kehadiran pemain berkenaan mampu menggugat keharmonian skuad kebangsaan.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/tiada-ruang-buat-pemain-naturalisasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Faisal Basri Negeri Ini Terlalu Besar Untuk Dikelola Sepenuhnya Oleh Bumn

Faisal Basri Negeri Ini Terlalu Besar Untuk Dikelola Sepenuhnya Oleh Bumn

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 245 hits
Ekonom Faisal Basri mengatakan bahwa kolaborasi antara BUMN dan Swasta sangat diperlukan Menurut dia pelibatan swasta dalam proyek pemerintah akan memberikan keuntungan bagi perekonomian
Waspada Potensi Gempa Besar Sesar Lembang

Waspada Potensi Gempa Besar Sesar Lembang

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 444 hits
Jadi bisa terjadi gempa bumi dalam waktu sekarang atau 100 tahun ke depan dari sekarang Kita tidak tahu kapan akan terjadi kata Mudrik
Crossroad One Two Jaga Raih Kemenangan Besar

Crossroad One Two Jaga Raih Kemenangan Besar

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 369 hits
28 April 2019 11 14 AM28KUALA LUMPUR 28 April Filem bergenre drama penyiasatan dan kepolisan Crossroad One Two Jaga arahan Namron yang berjaya meraih kemenangan besar dalam Festival Filem Malaysia ke 30 hujung bulan lepas sekali lagi mencat...
Harga Barang Tidak Turun Lepas Hapus Gst Antara Kegagalan Besar Ph Kata Pakar Ekonomi

Harga Barang Tidak Turun Lepas Hapus Gst Antara Kegagalan Besar Ph Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 465 hits
Seorang pakar ekonomi berkata antara kegagalan kerajaan Pakatan Harapan setelah kira kira setahun berkuasa ialah tidak berjaya menurunkan harga barang walaupun selepas menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan Prof Barjoyai Bardai berkata ...
Pelajar Di Pelosok Indonesia Punya Kesempatan Besar Kuliah Ke Luar Negeri

Pelajar Di Pelosok Indonesia Punya Kesempatan Besar Kuliah Ke Luar Negeri

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 303 hits
Fredy menuturkan pelajar juga bisa leluasa berkonsultasi langsung konsultan pendidikan terkait dengan rencana studi pemilihan jurusan negara tujuan biaya kuliah hingga universitas yang tepat
Jalan Tidur Makin Sukar Tya Kawal Nafsu Makan Supaya Bayi Tak Besar

Jalan Tidur Makin Sukar Tya Kawal Nafsu Makan Supaya Bayi Tak Besar

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 337 hits
Jalan tidur semakin mencabar tatkala hampir dengan tarikh jangkaan bersalin Tya Ariffin akui perlu kawal makan supaya bayi dalam kandungan tak terlalu besar Melewati minggu minggu terakhir sebelum bersalin isteri kepada Asyraf Dato Seri Kha...
Ini Jualan Gudang Besar Besaran Paling Diitunggu Kaum Wanita

Ini Jualan Gudang Besar Besaran Paling Diitunggu Kaum Wanita

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 565 hits
Orang perempuan sememangnya sangat sinonim dengan produk kecantikan dan alat solekan ni sejak dari dulu lagi dan boleh dikatakan confirm ianya akan kekal sama macam tu juga sampai bila bila Apa yang membezakan bukan semua mampu untuk beli b...
Kepala Botak Ada Kesan Merah Imej Aliff Aziz Ke Mahkamah Jadi Bualan Netizen

Kepala Botak Ada Kesan Merah Imej Aliff Aziz Ke Mahkamah Jadi Bualan Netizen

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1739 hits
Selesai sudah kemelut rumah tangga yang melanda Aliff Aziz dan Bella Astillah apabila artis kelahiran Singapura itu melafazkan talak kepada isterinya petang tadi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur Keputusan untuk bercerai telah mendapat perse...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green