Tiada Rakyat Marah Pm Tiada Sebab Juga Rakyat Nak Salahkan Ph


 
UMNO tidak mahu rakyat marah kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib Razak dalam kes rasuah SRC International, kata Setiausaha Agung parti itu, Ahmad Maslan.
Sebaliknya, kata beliau, kemarahan mereka perlu ditujukan kepada Pakatan Harapan (PH) kerana telah melakukan pendakwaan yang bersifat terpilih terhadap Najib.
“Kami tidak mahu rakyat marah kepada Ismail Sabri, tetapi rakyat perlu marah kerana berlaku pendakwaan politik terpilih kepada Najib ketika era pemerintah kerajaan PH sebelum ini,” ujar beliau.
Mat…Oh Mat….mimpi ke?
Sudah hampir dua minggu Najib dipenjarakan, sebenarnya tiada kedengaran rakyat marah kepada Ismail Sabri atas hukuman yang menimpa Najib itu.
Rakyat secara umumnya menerima dengan baik keputusan Mahkamah Persekutuan itu kerana ia dibuat berdasarkan fakta yang jelas bahawa ada kemasukan wang RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Tiada sebab untuk rakyat marah kepada Perdana Menteri atas hukuman kepada Najib itu kerana ia adalah keputusan mahkamah dan bukan hukuman yang diputuskan oleh Ismail Sabri.
Bahkan, rata-rata rakyat gembira kerana Perdana Menteri telah menunjukkan sikap serta pendirian tidak mahu campurtangan dalam urusan mahkamah, sesuai dengan konsep pengasingan kuasa yang menjadi amalan negara.
Yang ada menunjukkan rasa marah hanyalah segelintir pentaksub Najib dalam UMNO yang enggan menerima hakikat kesalahan memang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu yang mana ia telah dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah dalam mahkamah.
Jadi, tak perlulah Ahmad Maslan cuba memberi nasihat agar rakyat jangan marah kepada Ismail Sabri.
Hakikatnya, memang tiada rakyat yang marah pun kepada Perdana Menteri, malah majoritinya bersyukur kerana “jerung besar” telah menerima hukuman yang sewajarnya.
Dalam banyak perbualan saya dengan ramai orang dan dapatan di media sosial sendiri, tiada kedapatan sama sekali rasa marah rakyat kepada Ismail Sabri sebagaimana digambarkan Ahmad Maslan itu.
Jika Ahmad Maslan termasuk dalam kalangan pentaksub Najib yang sedang marah kepada Ismail Sabri ketika ini, lebih baik beliau cuba menasihati dirinya sendiri, selain lain kali basuhlah kaki sebelum tidur agar tidak bermimpi yang bukan-bukan.
Begitu juga, tidak perlu sama sekali Ahmad Maslan mengajak rakyat mengalihkan kemarahan mereka kepada PH berikutan pemenjaraan Najib itu.
Tiada apa-apa kesalahan telah dilakukan oleh PH, tetapi pendakwaan yang dilakukan kepada Najib ketika era PH menjadi kerajaan adalah kerana telah terbukti ada kesalahan melanggar undang-undang dibukti dilakukannya.
Kalau tiada wang RM42 juta ditemui dalam akaun bank peribadi Najib, sudah tentu, bukan saja PH, malah siapa pun jadi kerajaan, mereka tiada keupayaan untuk mendakwa Najib di mahkamah.
Dalam kes Najib, tiada pendakwaan terpilih telah berlaku, pokoknya pendakwaan dilakukan adalah kerana ada kesalahan yang dilakukan Najib sendiri.
Dari segi rakyat, mereka sebetulnya amat bersyukur kepada PH lantaran berani membawa seorang bekas Perdana Menteri ke muka pengadilan.
Yang patut kita marah sebenarnya ialah Najib kerana dengan skandal 1MDB yang terkait dengannyalah menyebabkan negara dan rakyat terus menanggung hutang hingga puluhan tahun akan datang.
UMNO malah lebih patut marah kepada Najib kerana beliaulah menjadi punca utama UMNO dan BN hilang kuasa pada 2018 lalu. – ShahbudinHusin 04/09/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/tiada-rakyat-marah-pm-tiada-sebab-juga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Ke Penjara Umno Tak Mahu Rakyat Marah Kepada Pm Kata Ahmad Maslan

Najib Ke Penjara Umno Tak Mahu Rakyat Marah Kepada Pm Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 112 hits
freemalaysiatoday com September 3 2022 5 15 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan emosi marah dan simpati kepada Najib Razak akan digunakan bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Umno...
Rakyat Akan Marah Jika Najib Dibebaskan Tun M

Rakyat Akan Marah Jika Najib Dibebaskan Tun M

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 138 hits
agendaily com28 08 2022Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak boleh dibebaskan dengan pengampunan Agong tetapi rakyat akan marah Rakyat akan kecewa sekiranya Datuk Seri Najib Razak yang dihukum penjara ...
Nak Ajak Semua Rakyat Malaysia Bersedekah Di Tempat Masing Dengan Niat Tanda Syukur Penyamun Sudah Masuk Penjara

Nak Ajak Semua Rakyat Malaysia Bersedekah Di Tempat Masing Dengan Niat Tanda Syukur Penyamun Sudah Masuk Penjara

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 131 hits
Semoga keadilan penghakiman berterusan ke atas 40 lagi penyamun dan Malaysia terus maju dengan kepimpinan PM sekarang PRU nanti fikir semula Boleh kecam tetapi jangan kutuk Jangan Hina Jangan fitnah
Dayangku Intan Nak Salahkan Ph Tapi Maklumat Salah

Dayangku Intan Nak Salahkan Ph Tapi Maklumat Salah

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 189 hits
Bukan nafikan kritikan Dayangku Intan terhadap kerajaan PH Negeri Sembilan Betul kritikannya Kerajaan kena cepat selesaikan aduan rakyat Cuma dia kata kalau Tok Mat dah siap jalan depan rumah dia Kalau baca katanya permohonan dibuat semenja...
Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

Datuk Menyamar S U Sulit Tengku Mahkota Pahang Di Tuduh Tipu Yayasan Bank Rakyat

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang dua tahun lepas Tertuduh Datuk Redzuan Zainudd...
Jangan Perasan Boleh Dak Kah Kah Kau Siapa Nak Pastikan Ph Tak Ke Putrajaya Bukan Rakyat Ke Yang Pastikan

Jangan Perasan Boleh Dak Kah Kah Kau Siapa Nak Pastikan Ph Tak Ke Putrajaya Bukan Rakyat Ke Yang Pastikan

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 266 hits
Kau siapa nak pastikan PH tak ke putrajaya bukan rakyat ke yang pastikan PH pun pastikan Lebai PAS akan hilang negeri T ganu dan Kedah bab PAS ke putrajaya tak payah mimpi la lainlah kalau Hadi Awang tebuk lubang kut mana pulak Hadi Awang k...
Muslimat Pas Di Kedah Mula Tanya Bila Nak Tubuh Cawangan Amanah Di Kampung Mereka

Muslimat Pas Di Kedah Mula Tanya Bila Nak Tubuh Cawangan Amanah Di Kampung Mereka

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 121 hits
Sokongan kepada Pas mula berubah selepas parti itu menyertai kerajaan ekoran kegagalan pemimpinnya yang berada dalam kerajaan untuk melaksanakan apa yang mereka cakapkan sebelum ini Ekoran itu sudah ada kebangkitan kesedaran di kalangan rak...
Sudah Setahun Lima Bulan Bila Nak Lantik Duta Ke Indonesia

Sudah Setahun Lima Bulan Bila Nak Lantik Duta Ke Indonesia

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 178 hits
Malaysiakini Penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff mempersoalkan kenapa kerajaan belum melantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia selepas mengambil kira betapa pentingnya hubungan diplomatik antara dua negara itu Menerusi hantaran di Fac...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Lunch Di Kedai Makan Os Gerik Perak

Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi